Date: Thu, 19 Oct 2000 12:09:59 +0800

www.harakahdaily.com
Malay Section

Tolak usul royalti: Di mana lagi isu negara mahu dibincangkan?
Oleh Salman Hussin

MUAR, 19 Okt (Hrkh) - PAS kini mempersoalkan kewibawaan Parlimen setelah
gagal berperanan sebagai forum terbaik dalam menyelesaikan sebarang masalah
yang berlaku di negara ini.

Ahli Parlimen PAS, Dr Hassan Ali ketika memberikan ceramahnya dekat sini,
berkata, di mana lagi forum terbaik untuk membincangkan masalah negara
selain dari Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penolakan usul untuk membahaskan
sekatan royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan
Pusat.

Usul tersebut telah dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ketua
Pembangkang, Dato' Fadzil Mohd Noor di Parlimen Isnin lepas.

Speaker Dewan Rakyat, Tun Mohamad Zahir Ismail menolak usul tersebut dengan
alasan ia tidak menepati ketiga-tiga ciri usul yang! wajar diterima iaitu
perkara tertentu, untuk kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Menurut Dr Hassan Ali, "setelah usul ini tidak berjaya untuk dibahaskan di
Parlimen maka kemana lagi kita akan bawa usul ini untuk dibincangkan
sedangkan isu royalti minyak ini sangat besar yang melibatkan hubungan
antara kerajaan negeri dan Pusat".

"PAS akan membawa isu royalti minyak ini kepada seluruh rakyat negara ini
agar rakyat menyedari perbuatan tidak bermaruah yang dilakukan oleh kerajaan
BN pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang menafikan hak rakyat negeri
Terengganu".

Menurut beliau lagi, "kita akan terus menjelajah ke seluruh pelusok negara
ini bagi menerangkan kepada rakyat keadaan sebenar yang berlaku dalam isu
royalti minyak ini".

"Penerangan ini amat perlu supaya rakyat tidak menerima maklumat dari pihak
kerajaan sahaja yang sudah tentu akan memihak kepada mereka sedangkan apa
yang mereka jelaskan adalah tidak t! epat malah menyimpang jauh dari fakta
sebenar".

Selanjutnya menurut beliau, "untuk menutup isu ini maka mereka telah
menggembargemburkan isu lain dengan harapan rakyat akan lupa kepada isu
sebenar yang lebih penting lagi".

"Antara isu yang mereka war-warkan untuk mengelabui mata rakyat adalah isu
ujudnya 'lesen terbang', kononnya terdapat lebih 100,000 kes lesen terbang
yang dikeluarkan oleh satu sindiket".

Selanjutnya menurut beliau lagi, "inilah cara mereka untuk menutup sesuatu
isu yang melibatkan kepentingan rakyat tetapi hari ini rakyat sudah celik
mata, seluruh rakyat negara ini sudah dapat menilai setiap isu yang mereka
mainkan dan kemuncak dari kesedaran rakyat ini akan mereka buktikan di dalam
pilihanraya umum yang akan datang apabila rakyat akan memilih barisan
alternatif untuk memerintah negara ini".

Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke