*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah saya menulis tentang siapakah orang-orang "Islam" yang
berfahaman modernis. Mereka adalah yang menolak beberapa 
kepercayaan tradisi umat Islam seperti terjadinya peristewa mi'raj
pada Nabi Muhammad, kedatangan Imam Mahdi sebagai pemimpin
umat Islam, Nabi Isa akan turun semula sebagai pemimpin umat
Islam, Israil akan dikalahkan oleh umat Islam dan umat Islam akan
berperang dengan Dajjal.

Kata mereka, umat Islam yang mempercayai perkara-perkara tersebut
adalah kolot dan ia adalah khurafat dan setengah-setengah hadith
boleh ditolak kerana menyebabkan ugama Islam setaraf dengan
kepercayaan-kepercayaan khurafat dan dongeng (mithos). Mereka
menyalahkan ulama-ulama Islam silam yang bertanggungjawab yang 
menyebabkan umat Islam menjadi mundur. Oleh itu untuk umat Islam
menjadi maju, mereka mestilah menolak kepercayaan-kepercayaan
tersebut sungguhpun ia terdapat dalam hadith-hadith sohih.

Saya hendak mengulas khususnya berkenaan Dajjal dan Nabi Isa.
Sebelum itu, saya mahu sebut satu peringatan daripada Al-Qur'an.
Bagi pihak yang mengatakan perkara Dajjal dan turunnya Nabi Isa
adalah satu kepercayaan karut dan tidak masuk akal..bagaimana
dengan ayat Surah An-Naml 27:82, yang mengatakan pada akhir zaman,
Allah akan mengeluarkan sejenis "binatang melata" yang boleh
bercakap-cakap dengan manusia yang memberitahu bahawa umat 
manusia telah menolak ajaran-ajaran Al-Qur'an. Barangkali pihak
modernis tidak berani berkata bahawa "binatang melata" itu
satu dogengan orang zaman dahulu..ini kerena ia disebut dalam 
Al-Qur'an? Adakah masuk akal satu binatang yang pandai
bercakap-cakap? Maka, di sini perkara ghaib tidak boleh diukur
dengan logik akal.

Tentang perkara Dajjal, Nabi kita telah berpesan ia adalah
perkara benar. Dajjal adalah satu makhluk luarbiasa yang disebut
dalam hadith-hadith yang mengaku dirinya adalah Tuhan. Orang-
orang yang menjadi pengikut Dajjal adalah orang yang lemah
akidah Islam. Dikatakan Dajjal sekarang sudah lama ada, tetapi
bersembunyi dan menunggu masa untuk keluar menyesatkan manusia.
Perkara ini ada tersebut dalam Bible pihak Kristian. Orang-orang
Kristian juga percaya Dajjal akan datang tetapi mereka masih
tidak dapat memahami bagaimana Dajjal itu boleh mengaku dirinya
adalah Tuhan.

Adalah menjadi satu misteri kenapa perkara Dajjal disebut dalam
kitab Bible.."Kedatangan Si Penderhaka (Dajjal) adalah perkerjaan
Iblis dan akan disertai dengan pelbagai perbuatan ajaib, tanda-
tanda dan mukjizat palsu.." (2 Tesalonika 2:9). Persoalannya
kata-kata dalam 2 Tesalonika 2:9 adalah ucapan Paulus. Dia bukan
pengikut asal Nabi Isa dan dari manakah dia mendapat maklumat
tentang Dajjal? Jawapannya .. Paulus telah mendengar perkara itu
daripada murid-murid Nabi Isa yang sebenarnya. Nabi Isa pernah
memberi amaran kepada murid-muridnya tentang Dajjal. Sebab itu
ia tercatit dalam Bible dan ia merupakan satu misteri kenapa
perkara itu terdapat dalam Bible (Wahyu 13:7)

Yang menjadi tandatanya bagi pihak Kristian, jika Dajjal itu
wujud, adakah musnasabah seorang manusia yang dilahirkan hari
ini, 50 tahun kemudian dia berani mengaku dia adalah Tuhan?
Sungguhpun pihak Kristian percaya Dajjal itu akan datang, tapi
mereka tidak dapat menerangkan kenapa Dajjal (seorang manusia)
boleh mengaku dirinya adalah Tuhan. Maksudnya, perkara Dajjal
yang terdapat dalam ajaran Kristian tidak logik.

Nabi kita berkata dalam beberapa Hadith bahawa Dajjal sudah
lama wujud dan bersembunyi di suatu tempat. Ini bererti Dajjal
adalah seorang manusia luarbiasa yang boleh hidup lama sama
saperti Iblis. Pada akhir zaman, dia akan muncul untuk menyesatkan
umat manusia. Ia mempunyai kebolehan luarbiasa seperti kekuatan
sihir dan teknologi modern. Satu sifat Dajjal itu ialah ia sukar
dibunuh. Akhirnya dia akan mati dibunuh oleh Nabi Isa sahaja.

Turunnya Nabi Isa adalah untuk membersihkan namanya bagi orang-
orang yang mangatakan dia adalah Tuhan atau Anak Tuhan. Dia tidak
mati disalib. Di akan kembali menghidupkan syariat Islam yang
telah sia-siakan.

Apa sekali peristewa-peristewa akhir zaman, perkara yang pelik-
pelik, JANGAN sekali-sekali diukur dengan akal manusia. Semua
itu akan tetap terjadi. Kita umat Islam wajib percaya sahaja tanpa
banyak soal. Kalau dalam ayat Surah An-Naml 27:82 mengatakan
pada akhir zaman akan lahirnya sejenis "binatang malata" (dabbatul
-ardhi) yang boleh bercakap-cakap..cukuplah kita percaya dan
beriman tanpa banyak soal. JANGAN sekali berfahaman ala modernis,
itu adalah kesesatan. AWAS !! Dajjal itu adalah seorang Yahudi !!!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke