*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Nampaknya puzzle 45, 46, 47 terlalu mudah ya. Almost all got it right.

45 - suaminya seorang stuntman. Mungkin dengan terbinanya E-village,
salah satu jawatan yang pasti dipenuhi oleh anak2 orang kita ialah
stuntman, sebab yang lain tu payah sikit kot. Hero? Heroin? susah nak
cakap. Tapi kalau jadi daredevils, senang sikit.  Mengenai E-village,
setelah di renung2, cuba cari penyebab mengapa ianya teramat perlu 
diadakan di Malaysia, masih lagi tak jumpa jawapan (jawapan yang 
serasi dengan Islamlah). 

46 - Memang itu kerja Nabi Noh.  Nasib baiklah dizaman kita ni tidak
berlaku bala bencana yang sedemikian rupa. Walaupun penyampai2
peringatan Allah disekat2 diharam2 (macam yang terbaru di Selangor),
masih tidak turun bala besar.  Khabarnya, kamal atartuk pun anti
sungguh dengan penyebaran dakwah Islam ni. Cara matinya pun ramai 
sudah maklum. Namun orang masih tak nak belajar dari sejarah. Sudah
lah Allah begitu bermurah bagi seseorang tu pangkat (DR lagi) dan 
darjat, Ulama pula di tenyeh2 ya.  

47 - Obviously, mancislah yang perlu dinyalakan dulu.  Yang lain tu
hanyalah nak kasi hilang fokus aje.  Macam juga lah pelbagai isu
yang hebat2 keluar di akhbar2 hari ini.  Disebalik isu2 itu, ada
benda2 yang terlebih penting yang ingin dikelabukan.  Oleh itu jangan
mudah hilang fokus. 

Bersabit dengan kenaikan harga barang, kena rajin2lah buat pembelian
bijak. Contoh, kalau anda beli sabun fab concentrated untuk mesin
basuh dikedai biasa, harganya sebungkus RM6.50. Tapi di Giant, harga
2 bungkus RM10.00. Belilah 2 bungkus. Tapi ada barang2 di Giant yang
mahal dari kedai depan rumah - macam cornflakes. Apakata rancang 
pembelian seminggu dari beberapa kedai berdekatan - untuk RM100, 
senang2 boleh jimat 10-15%. Menteri kata, barang naik bukan sebab
minyak.  Joke sungguh.

Selamat solat Jumaat.  
   
Sekian

> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >Assalamualaikum,
> >
> >Kita selingan ringan sekejap ya hujung2 minggu ni.  
> >
> >Puzzle 45.  Ada orang ceritalah, betul ke tidak tak tahu; ada 1 
> >tingkat di KLCC tu sengaja dibiarkan kosong  tidak digunakan. 
> >Tingkat berapa dan apa sebabnya kurang pasti pulak.  Tapi, itu 
> >bukan puzzlenya.  Puzzle kali ini ialah:  Seorang isteri yang sedang
> >shopping di KLCC, menyaksikan dengan ngeri suaminya jatuh menjunam 
> >kebawah dari jejantas-udara  yang menghubung 2 menara kembar KLCC.  
> >Tapi lepas tu, dia meneruskan shoppingnya seperti biasa.  Apa pasal?
> >
> >Puzzle 46:  Kalau hujan sedang turun tak henti2 40 hari 40 malam,
> >dan haiwan2 dinaikkan keatas bahtera pada kadar 40 pasang setiap 
> >hari.  Berapa lama telah diambil oleh Nabi Musa untuk menaikkan 
> >360 jenis haiwan ke atas bahtera itu?   
> >
> >Puzzle 47:  Mengikut sorang Ustaz, rumah lama yang tinggal terbiar, 
> >misal rumah terbengkalai sebab ekonomi meleset, biasanya akan di 
> >diami oleh jin.  Jadi kalau nak masuk, bacalah apa2 ayat yang patut
> >untuk halau makhluk tu keluar dulu.  Nanti tersepak kepala jin yang 
> >sedang bercengkerama dengan pasangannya, naya kita dibelasahnya.
> >Walaubagaimanapun itu bukan persoalannya.  Soalannya ialah: anda 
> >sesat dalam hutan waktu senja.  Anda terjumpa satu rumah kosong, dan
> >masuk kedalamnya untuk bermalam.  Kebetulan dalam rumah kosong tu ada
> >satu pelita (minyak tanah masih ada) , dapur gas (gas masih ada), dan
> >hanya sebatang mancis.  Angin sedang bertiup kencang. Which one 
> >should you light first?  
> >
> >Sekian, (macam mana harga barang ditempat anda?)   


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke