Date: Mon, 23 Oct 2000 15:48:37 +0800



 

 

 





10 Tahun Kelantan di bawah Kerajaan Islam

Umno bakar dokumen ketika lari dari Kelantan: Husam
PENGKALAN CHEPA, 21 Okt (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai Kelantan kira-kira 10 tahun lalu, begitu resah untuk meninggalkan Kota Darulnaim setelah mengetahui 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi semuanya kalah teruk. Laporan penuh.


Lebih 12 ribu menunaikan solat hajat di Stadium Sultan Mohamad IV sempena Ijtimak 10 tahun Kelantan di bawah pemerintahan PAS.


More than 12 thousand people join for prayers at the Sultan Mohamad IV stadium in conjunction with the 10th anniversary of PAS state government in Kelantan, October 21.


 


 


 


 


Umno bakar dokumen penting kerajaan BN: Husam


PENGKALAN CHEPA, 21 Okt (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menguasai Kelantan kira-kira 10 tahun lalu, begitu resah untuk meninggalkan Kota Darulnaim setelah mengetahui 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi semuanya kalah teruk.


Ekoran itu, mereka dikatakan mengambil tindakan drastik sebelum berlaku peralihan kerajaan kepada Angkatan Perpaduan Ummah, dengan melarikan dokumen-dokumen penting di pejabat Menteri Besar.


Anggota parlimen Kubang Kerian, Haji Husam Musa ketika mengimbaukan kembali detik-detik yang mencemaskan BN itu, mendedahkan dokumen yang dibawa lari tersebut dibakar di satu tempat di Pantai Cahaya Bulan.


Katanya, beliau dan beberapa saksi melihat sendiri kereta yang keluar masuk di Kota Darulnaim sebagai pusat pentadbiran  kerajaan negeri setelah mengetahui BN kalah teruk pada malam 21 Oktober 1990, ketika berlangsung pilihan raya umum kelapan.


"Ketika itu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berada di atas tikar sejadah di satu ruang di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan sepanjang malam ketika keputusan pilihanraya diisytiharkan untuk beribadat kepada Allah," katanya pada segmen pengkisahan pada program sambutan ulangtahun ke-10 kerajaan PAS Kelantan di Putik di sini, hari ini.


Perasmian ulangtahun itu dilakukan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetamu dari luar Kelantan termasuk Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Sabran Asmawi hadir sama.


Haji Husam berkata, setelah kemenangan penuh bergaya dicapai PAS dan Angkatan, pemilihan kerajaan perlu dilakukan segera untuk menubuh kerajaan baru.


"Pada awalnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak mahu dia dilantik sebagai Menteri Besar dengan alasan tiada pengalaman untuk menjadi pentadbir negeri.


"Bagaimanapun disebabkan desakan parti yang memerlukan seorang yang paling warak sekali memimpin kerajaan, akhirnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz akur dan bersetuju untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar," katanya.


'Tahniah dari gerakan Islam sedunia'


Haji Husam berkata, ekoran kemenangan PAS Kelantan menerima pelbagai ucapan tahniah dari gerakan Isam seluruh dunia termasuk melalui faks dan catatan pada kertas yang bermutu rendah.


Menurutnya, pada tanggal 23 Oktober 1990 setelah tiga hari memenangi pilihan raya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan anggota-anggota Exco yang dilantik memasuki Kota Darulnaim.


"Pegawai-pegawai kerajaan negeri ketika itu kelihatan begitu gusar sekali kerana menerima seorang ketua kerajaan yang dipimpin parti berlainan.


"Mereka khuatir perkhidmatan sebagai pegawai kerajaan di Kota  Darulnaim tidak lagi diperlukan.


"Bagaimanapun kegusaran dan keresahan itu terubat apabila menteri besar mengeluarkan pekeliling kerajaan pertama dengan memaafkan pegawai-pegawai," kata beliau. 


Katanya, kemenangan yang dicapai pada tanggal 21 Oktober 1990 telah mengubah senario politik di Kelantan dengan satu dasar baru diperkenalkan iaitu Membangun Bersama Islam.


Bagaimanapun menurutnya, kerajaan Pusat yang diketuai Umno tidak mahu menerima hakikat mereka dikalahkan pada pilihan raya kelapan, apabila mengenakan pelbagai tekanan terhadap Kelantan.


"Menteri Besar sebagaimana kelazimannya dilantik sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negeri telah ditarik balik.


"Sebelum ini setiap Menteri Besar secara tidak langsung dilantik pengerusi Majlis Keselamatan Negeri," katanya.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sepanjang 10 tahun lalu, kerajaan negeri berjaya mengubah minda rakyat ke arah Islamisasi termasuk menjadikan hotel-hotel lebih berimej Islam.


"Sebelum ini hotel tidak dikunjungi golongan ulamak kerana terdapat imej yang negatif.


"Namun, setelah PAS menguasai kerajaan, imej hotel diubah dan diberi suasana baru yang berunsur Islam, termasuk Hotel Ansar," katanya.


Beliau juga berharap PAS Kelantan menjadi sasaran ahli sebanyak 200,000 dan 200 cawangan.


Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Haji Zulkefli Mamat berkata, kemenangan kerajaan PAS di Kelantan pada 1990 membangkitkan semula kerajaan Islam setelah kerajaan Islam Othmaniah Turki tumbang pada tahun 1920-an.


Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke