*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,

saya pun bersetuju dgn saudara Anuar QC,
I think PAS should take some actions and make sure that
this thing will not happen again in the future.
I hope they can solve this problem asap.

wassalam


Jangan bohongi diri sendiri

Saya merupakan penyokong setia Parti Islam Pas dan saya sebagai pengundi 
setia calon parti PAS dinegeri Kelantan amat bersukur di atas "kejayaan" 
kita memerintah negeri serambi mekah ini selama 10 tahun.

Walau bagaimana pun saya amat berasa kecewa berkenaan kelembapan pihak 
kerajaan pimpinan Tuan Guru MB yang bersikap berdiam diri diatas apa yang 
dilakukan oleh pihak PTN yang mula menentang kerajaan secara terbuka.

Sepatutnya dalam keadaan sekarang yang mana kita memperolehi majoriti DUN 
yang besar yang melebihi 2/3 sudah bertindak menrombak perlembagaan negeri 
yang mana SPN dan PTN berada di bawah kuasa sultan.

Ke mana perginya ADUN-ADUN yang di waktu ceramah berucap dengan berapi-api 
tetapi dalam keadaan berhadapan dengan sultan mereka termasuk Tuan Guru 
sendiri seolah-olah betindak seperti pondan. Sampai bila Tuan Guru hendak 
bersabar dan berlembut, adakah sehingga kerajaan kita tersungkur ?.

Ingat lah jika kerajaan kita tewas dimasa yang akan datang, ianya adalah 
berpunca daripada kelemahan kerajaan kita sendiri. Kenyataan pihak Tuan Guru 
berterima kasih kepada para pegawai termasuk SUK (lihat gambar di keluaran 
terbaru harakah) membaca ikrar taat setia menjunjung slogan MBI adalah 
seperti menipu diri sendiri.

Saya amat percaya ianya bukannya datang dari hati yang ikhlas daripada 
mereka. Ingat lah apabila pihak Tuan Guru berhadapan dengan sultan dalam 
pemindaan perlembagaan negeri berkenaan perkara yang dinyatakan tadi, saya 
percaya seluruh penyokong PAS akan bersama-sama dibelakang Tuan Guru.

Saya amat berharap kepada semua ADUN-ADUN PAS kelantan akan membaca luahan 
hati saya ini dan jika terdapat apa-apa kemuskilan sila hubungi saya di 
alamat di bawah.

Anuar QC


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kita ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke