*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

laman UMNO tu tak payah risau sangatlah. Berapa sangat surfer yang masuk tu. 
Tak macam harakahdaily.com yang dapat sampai 200 ribu pengunjung sehari.

Jadi, sebanyak manapun fitnah yang mereka nak beritahu, tak ramai yang akan 
tahu.

Ibarat sebuah kek yang beracun. Walaupun kek tu ada, tapi tak ada yang minat 
nak menjamahnya setelah diketahui umum pembuat kek itu selalu memasukkan 
racun ke dalam keknya.

Wassalam


>From: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: Ezzah <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Harakah setanding kesucian al-Quran?
>Date: Fri, 27 Oct 2000 00:47:18 +0300
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Salinan E-mel kepada Wawasan Merdeka (laman web UMNO) di:
>
>http://www.umno.org.my/wawasan/index.html
>
>=====================
>Saya bekas penganut ugama Buddha. Sekarang hampir 25 tahun
>saya mempelajari Al-Qur'an dan Syariat Islam. Sukacita saya
>mahu menyentuh tentang ayat yang berikut:
>
>"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang
>dikatakan secara berterus-terang (untuk mendedahkan
>kejahatan orang atau puak); kecuali orang-orang yang
>dianiaya.."(Surah An-Nisa' 4:148)
>
>Maksud ayat di atas ialah kita dibolehkan oleh Islam
>berceramah, memberi penerangan, mengadu hal di mahkamah
>menceritakan tentang keburukan orang atau puak yang zalim.
>Begitu juga kita boleh menulis risalah dan akhbar
>menjelaskan perkara sebenarnya kepada orangramai tentang
>pemimpin yang sesat. Huraian ayat di atas terdapat dalam
>semua kitab-kitab tafsir Al-Qur'an. Orang yang dizalimi
>diberi hak oleh Islam untuk menyuarakan pandangannya.
>
>Persoalannya..apabila orang UMNO diberi ruang yang
>seluas-luasnya menuduh PAS begitu dan begini, disebalikanya
>UMNO menggunakan kuasa politik menyekat PAS dari menjawab
>tuduhan-tuduhan UMNO. Sekarang lidah resmi PAS, iaitu
>Harakah dibenarkan hanya 2 kali sebulan sahaja pihak PAS
>bersuara. UMNO pula boleh menggunakan akhbar Utusan, Berita
>Harian, TV dan pelbagai media cetak lagi. Kalau boleh pihak
>UMNO mahu mengharamkan Harakah. Saya hendak sebut juga,
>tindakan UMNO bercanggah dengan semangat yang dianjurkan
>oleh Al-Qur'an yang menyuruh kita mendengar pandangan semua
>pihak dan membuat perbandingan..
>
>"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang disampaikan
>kepadanya lalu mereka memilih dan menurut yang sebaik-baiknya.."
>(Surah Az-Zumar 39:18)
>
>Ayat tersebut menyatakan semangat orang Islam yang ikhlas
>dan tidak fanatik. Dia menimbangkan berita-berita dan maklumat
>yang diterima dengan penuh adil dan tidak berat sebelah.
>
>Tuduhan UMNO di laman web:
>
>http://www.umno.org.my/wawasan/index.html
>
>yang mengatakan orang PAS menganggap Harakah setanding dengan
>kesucian Al-Qur'an tidak boleh saya terima. Itu adalah satu
>fitnah dan pembohongan. Setahu saya, akhbar Harakah hanya
>dibeli oleh orang-orang PAS sebagai sumber resmi daripada
>PAS tentang berita terkini jawapan PAS terhadap dakwah UMNO.
>Ada orang PAS menggunakan kertas Harakah lama untuk membungkus
>kuih dan melapik punggung ketika mendengar ceramah. Oleh itu
>tuduhan itu tidak berasas.
>
>Terdapat dalam laman web tersebut kata-kata:
>
> >“Orang kampung dipujuk supaya memangkah PAS jika mahu masuk
> >syurga dan akan masuk neraka kalau pangkah UMNO. Pro­paganda
> >seperti ini berjaya mengelirukan orang kampung yang mudah
> >terpedaya dengan imej Islam, “
>
>Ini adalah taktik UMNO yang mereka-reka pembohongan terhadap
>PAS. Saya sudah lama belajar di pondok-pondok ugama, berkenalan
>rapat dengan penceramah-penceramah PAS, dan TIDAK pernah saya
>mendengar tokguru-tokguru dan penceramah-penceramah PAS berkata
>begitu.
>
> >Menurut bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Omar Khalid
> >gelaran itu sengaja diberikan kerana rakyat terutama di Kelantan
> >dan Terengganu cukup menghormati kepada mereka yang bergelar
> >tok guru.
>
>Saya kenal siapa Ustaz Omar Khalid. Dia adalah kenalan saya
>semasa dia menjual kaset-kaset ceramah PAS. Dia BUKAN seorang
>yang alim dalam ilmu Islam dan banyak berdusta. Dia kerap silap
>faham tentang ayat-ayat Al-Qur'an dan mendakwa dirinya adalah
>lebih alim daripada Nik Aziz dan Haji Hadi. Dia tidak pandai
>nahu dan Bahasa Arab dan ceramah-ceramahnya penuh dengan putar-
>belit. Semasa dia dalam PAS, apabila berceramah, dialah orang
>yang kuat membawa isu kezaliman UMNO. Setelah dia keluar PAS,
>dia memfitnah PAS pula. Orang yang bernama Omar Khalid adalah
>pembohong yang tidak boleh dibuat kira.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke