*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apabila seseorang itu telah mengucap 2 kalimah syahadah,
kita TIDAK BOLEH mengkafirkan dia. UMNO bukan kafir,
begitu juga PAS bukan kafir. Tetapi seseorang yang
mengaku Islam boleh sesat jika dia tidak mempelajari
Islam dengan cara betul. Lebih-lebih lagi kita dia itu
menjadi seorang pemimpin, maka kata-katanya boleh
mempengaruhi orangramai pula. Mari kita perhatikan baik-
baik ayat yang berikut:
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah
dan RasulNya ...supaya amal-amal kamu tidak terhapus, SEDANGKAN
KAMU TIDAK MENYEDARINYA."(Surah Al-Hujurat 49:1-2)
Ramai kita yang membaca ayat tersebut tetapi kurang faham
apakah maksudnya yang sebenarnya. Eloklah kita melihat apa
kata ulama-ulama muktabar. Ayat itu bermaksud, seorang yang
mengaku "beriman", dalam ayat sendiri ada seruan, "wahai
orang-orang yang beriman"..yang bererti ayat ditujukan kepada
orang Islam yang mengaku beriman. Allah memberi amaran kepada
kita supaya BERHATI-HATI apabila memperkatakan tentang
ugama dan hukum-hakam Islam. Takut-takut tersilap mulut
boleh menyebabkan orang Islam itu gugur IMAN dan AMAL !!
Berkata Imam Ibnu-Kathir apabila mentafsirkan ayat tersebut,
dia kemukakan sebuah hadith: "Sesunggunya seseorang (Islam
itu), berkata-kata satu kalimat yang mendapat keredhaan
Allah yang dia tidak terfikir tentangnya, Allah akan mengangkat
darajatnya. Dan sebaliknya seseorang (Islam itu) berkata-kata
satu kalimat yang mendapat kemurkaan Allah yang dia tidak
terfikir tentangnya, akan masukkannya ke dalam Neraka."
(Hadith riwayat Imam Bukhari).
Berkata Imam Ibnu Hajar Asqalani dalam kitab Fathul-Bari
Syarah Sahih Bukhari (Juzuk 11, mukasurat 310-310):
"Para ulama telah berfatwa bahawa satu kalimat yang disampaikan
kepada pemerintah yang zalim untuk membantu membawa kemudharatan
(kesesatan) kepada rakyat, amalan ibadatnya akan gugur.
Sebaliknya kalimat yang disampaikan kepada pemerintah yang
zalim untuk menegakkan kebenaran dan membela orang yang
dianiaya, dengan kalimat itu akan memasukkannya ke dalam
Syurga." [Saya rasa macam ada hujjah untuk menyokong orang
yang berkata sesiapa yang mengundi parti Islam, dia mendapat
Syurga]
Imam Al-Alusi dalam kitab tafsirnya (Juzuk 26, mukasurat 137)
membayangkan.."Sesungguhnya para ulama telah memberi perhatian
yang berat terhadap adab Al-Qur'an supaya alim-ulama dihormati
dan didengar pandangan mereka, dan tidak dipersenda-sendakan..
(kitab Minhajul-Dakwah Al-Islamiyyah, karangan Muhd. Amin Ansori,
mukasurat 300, terbitan Majlis Fatwa Arab Saudi).
Kebanyakan ahli-ahli tafsir menulis.."secara dzahir, ayat
(Surah Al-Hujurat 49:1-2) menyatakan tanpa boleh dipertikaikan
bahawa seseorang Islam itu BOLEH terbatal amalannya (atau imannya)
jika dia berbuat sesuatu (berkata satu kalimat) yang buruk
sama ada dia sedar atau tidak.."(Minhajul-Dakwah, memetik
daripada Tafsir At-Tabari, Ibnu-Kathir, dan Ta'lik Al-Kasysyaf).
Oleh itu, adalah cukup merbahaya apabila seseorang pemimpin
bercakap perkara ugama, tetapi kejahilannya sendiri akan
membawa padah kepada dirinya dan orangramai. Berhati-hatilah
terhadap ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin UMNO.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>