*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada semua rakan-rakan Tan Sri, Datuk, Dr-dr dan pakar-pakar ilmuan,
sila komen apa yang diutarakan oleh Utusan Meloya semalam 26-10-2000.

+-------------------------------------------------+
10 tahun Pas di Kelantan: Satu sorotan
Oleh :HANAN ALAWIYYAH
Kewujudan Pas pada bulan Ogos 1951 atas nama kononnya hendak menegakkan 
Islam, syariat Islam, pemerintahan Islam dan negara Islam telah banyak 
mencorakkan senario politik negara dengan seribu satu kecelaruan yang tidak 
putus-putus.

Pas yang dikatakan diasaskan atas dasar Islam telah bergelumang dengan 
sistem demokrasi dan telah sepuluh kali pilihan raya disertai oleh Pas, 
namun kepercayaan umat Islam terhadap Pas tidak pernah memungkinkan Pas 
menguasai arus perdana politik negara.

Hampir 50 tahun Pas terpinggir sebagai sebuah parti Kelantan, Terengganu dan 
sebahagian negeri Kedah.

Kewujudan Pas sebagai parti serpihan UMNO tidak banyak membantu 
menaiktarafkan kesucian agama Islam bahkan lebih kepada satu petunjuk bahawa 
kewujudan Pas adalah satu lambang kepada senario perpecahan.

Golongan yang merasakan menyertai Pas akan membanyakkan pahala mereka dan 
golongan yang mencari kesempatan atas nama Islam adalah elemen yang meniup 
bara Pas untuk terus hidup di pentas politik negara. Sorotan kepada 
pemerintahan Pas selama 19 tahun di Kelantan iaitu dari tahun 1959 hingga 
1978 mendedahkan kita kepada suatu kelemahan kepimpinan Pas yang terus 
diwarisi oleh kepimpinan Pas di Kelantan sejak 21 Oktober 1990.

Sekiranya ada perbezaan antara pemerintahan Pas 1959-1978 dan pemerintahan 
Pas sekarang, perbezaan tersebut adalah sekadar berkisar kepada soal slogan 
dan laungan sahaja. Pemerintahan Pas secara halus melekakan rakyat dengan 
slogan dan isu remeh-temeh.

Mereka berteriak kepada rakyat bahawa mereka juara Islam, merekalah orang 
yang benar-benar mahukan Islam tetapi pada masa yang sama terlalu banyak 
persoalan yang tidak terjawab tentang erti tanggungjawab pemerintah terhadap 
rakyat dalam konteks Islam.

Persoalan utamanya ialah atas nama Islam yang mereka laungkan mereka tidak 
menjaga imej negeri yang diperintah. Selama hampir sepuluh tahun Pas gagal 
membina kemuliaan bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang 
tidak boleh berdikari. Kelantan kekal menjadi negeri yang tidak maju. 
Kelantan terus menjadi negeri yang mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat yang 
didakwa oleh sebahagian pengikut Pas sebagai kerajaan Mahafiraun, kerajaan 
Namrud, kerajaan Haman, kerajaan Qarun, kerajaan zalim, kerajaan taghut, 
kerajaan munafik dan kerajaan kafir.

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan negeri yang makmur dan berkat 
tentunya Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit 
daripada Kerajaan Pusat.

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan keberkatan 
turun dari langit barulah Kelantan mempunyai izzah iaitu kemuliaan, kekuatan 
dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan jika Pas kalau masih 
terpaksa menagih geran peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan lebih daripada 
itu terpaksa mencari Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk 
membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan air di Kelantan. 
Di manakah kemuliaan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang resah gelisah jika 
terlewat mendapat geran peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Maka dari sini mana lebihnya Kelantan berbanding negeri lain. Di mana 
keberkatan dari langit untuk Kelantan. Sekiranya Kelantan mempunyai izzah 
sudah tentu bukan sahaja tidak perlukan bantuan daripada Kerajaan Pusat, 
hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain.

Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada 
Kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak 
dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh 
berdikari. Tidak ada diketahui satu Majlis Daerah di Kelantan yang mampu 
menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan.

Persoalan seterusnya ialah kenapa Pas gagal memajukan ekonomi. Sepanjang 10 
tahun memerintah Kelantan Pas gagal menjadikan Kelantan pilihan utama 
saudagar, pedagang, pengeksport atau pengimport. Petunjuk mudah ialah tidak 
adanya bank-bank ternama membuka cawangan di Kelantan.

Sepanjang sepuluh tahun kemasukan pelaburan di Kelantan kelihatan lesu dan 
tidak bermaya.

Pelabuhan di Kelantan tidak ada yang terkenal kecuali bagi pendaratan ikan 
tempatan dan usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan untuk 
memajukan pelabuhan tidak nampak di mata rakyat.

Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun 
kedudukannya yang strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Apakah 
kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Kegagalan ini juga 
dapat dikesan dengan mudah apabila Pas gagal mengaut untung daripada 
anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Banyak anak syarikat yang rugi sehingga terpaksa ditutup. Kita semua merasa 
malu kerana sebuah kerajaan yang dikatakan Membangun Bersama Islam terpaksa 
menutup anak syarikat PKINK kerana rugi. Lebih malu lagi kerana kita tidak 
pernah diberitahu apakah kerugian itu kerana salah laku pengurusan atau ada 
sebab-sebab lain.

Penyokong Pas yang mendakwa Pas sebuah parti telus sepatutnya berani 
bertanya berapakah elaun yang diterima oleh pengerusi-pengerusi anak 
syarikat PKINK dan siapakah yang menjadi pengerusi dan ahli lembaga 
pengarahnya. Pelan tindakan ekonomi bagi memajukan Kelantan tidak pernah 
dikemukakan kepada rakyat. Maka apabila pelannya tidak ada, tidak ada yang 
boleh diharapkan dari kerajaan yang seolah-olah sentiasa bertindak sebagai 
kerajaan caretaker iaitu kerajaan peralihan antara masa selepas pembubaran 
Dewan Undangan Negeri dan menunggu hari mengundi.

* BERSAMBUNG JUMAAT DEPAN




_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Kosong IQ" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke