*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum,
Saudara "TIger" yang saya hormati, setiap kali saya membaca tulisan saudara, 
saya berasa seolah-olah tulisan tersebut bukannya datang daripada seorang 
yang lahir daripada parti yang memperjuangkan Islam, apatah lagi apabila 
parti itu terdiri daripada ramai ilmuan Islam maka seharusnya parti itu 
lebih baik dan lebih Islam daripada lain-lain parti yang ada. Namun tulisan 
Tiger, memberi gambaran bahawa saudara Tiger adalah tidak jauh berbeza 
dengan lain-lain ahli yang bukan dari PAS.
Saya benar-benar berharap agar saudara Tiger dapat menilai kembali beberapa 
cabang ilmu Islam yang saudara pelajari kemungkinan selama 25 tahun 
pengajian saudara tentang Islam, masih ada akar-akar yang lemah seperti saya 
yang hanya  berketurunan Islam tetapi masih kurang berjaya dalam 
mendisiplinkan diri untuk memperdalami ilmu Islam. Saya tahu, saya tidak 
layak untuk menegur saudara apatah lagi ilmu saya tidak setinggi saudara. 
Namun, saya tidak ingin ada wujudnya ahli PAS yang mempunyai karakteristik 
seperti bukan ahli PAS kerana seharusnya PAS adalah jauh lebih baik daripada 
parti yang zalim dan jjahil.  Maaf sekiranya saya secara peribadi mengatakan 
tulisan saudara adalah agak berbahaya kerana tiada bukti serta rujukan atau 
pandangan yang bersandarkan Al-Quran dan hadis, atau penulisan daripada 
Ulamak muktabar di dalam komen saudara di bawah:

"….terpengaruh oleh ajaran sesat Dr Mahathir. Sekarang ini banyak
pihak mula membuat teguran terhadap ucapannya menyentuh perkara
hukum bunuh bagi orang murtad. Dr Mahathir mahu setengah-tengah
hukum Islam diubah dan dia menggunakan IKIM (Institut Kefahaman
Islam Malaysia) menyampaikan mesejnya mengajar semua pakar-
pakar Islam seluruh dunia supaya MENGUBAH syariat Islam."

1. Saya berharap agar saudara Tiger dapat menaip semula kenyataan Mahathir 
yang boleh saudara dapati di dalam akhbar Utusan bertarikh 25 Oktober 2000 
m/s 6 ataupun copy daripada website Utusan.  Di dalam akhbar yang bertarikh 
serupa, m/s 2, saya harap saudara dapat mengambil kenyataan Mahathir yang 
berkaitan dengan hukum murtad.Selepas saudara Tiger mengeluarkan 
kenyataan-kenyataan Mahathir ini, diharap agar saudara Tiger dapat 
memberitahu secara  terperinci dan satu persatu maksud kenyataan2 Mahathir 
dan mengapakah kenyataan tersebut adalah sesat disertai dengan bukti 
daripada Al-Quran dan hadith serta pandangan Ulamak besar seperti Prof. Dr. 
Yusof Al-Qardhawi ataupun lain-lain sumber.

"…Yang kita tahu ramai ustaz lulusan pengajian Islam seperti Dr
Ismail Ibrahim, Prof Hamid Othman, Ust Uthman Muhammadi,
Prof Mahmood Zuhdi, Astora Jabat, Ust Hayie Abd Shukur,
Syed Hussin Al-Attas, mufti-mufti..dan lain-lain bersetuju
dengan "fatwa" Dr Mahathir. Kenapa mereka diam sahaja tanpa
menegur "silap faham" Dr Mahathir. Mungkin mereka itu adalah
apa disebut oleh Nabi kita sabagai ulama'us-su' (ulama jahat)
dan syaithan bisu?"

2.   Gaya penulisan di atas seolah-olah bukan datangnya daripada ahli PAS.
Kerana tidak jauh bezanya Tiger dengan orang dari bukan PAS yang menuduh 
ustaz-ustaz ahli PAS secara membuta tuli.  Berhati-hatilah dalam menulis dan 
mengeluarkan kenyataan kerana kenyataan Tiger dibaca oleh beribu-ribu 
netters yang lain dan adalah ditakuti sekiranya salah seorang daripada 
netters ini menemui ajal, kenyataan Tiger telah dipegangnya sampai mati. 
Manalah tahu kalau2 Ustaz Uthman Muhammadi atau lain-lain ustaz yang 
disenaraikan meruopakan insan yang dikasihi Allah kerana perjuangan mereka 
dalam menyebarkan ilmu Islam. Atau erana akhlak dan akidah mereka ..etc.  
Saya harap saudara dapat mengemukakan rujukan tentang adab lisan, bahaya 
lidah , perbantahan dan permusuhan yang boleh saudara dapati daripada Kitab 
seperti Ihya Ulumiddin karya ulamak besar Imam Al-Ghazali.

Saya bukanlah ustazah atau seorang yang alim, dan saya tidak layak untuk 
memberi hujah atau pandangan peribadi dan menggunakan kenyataan Quran untuk 
kepentingan pandangan saya. Kerana itulah adalah lebih baik menyerahkannya 
kepada orang yang lebih alim (lebih berilmu) dan mungkin yang terdaya saya 
lakukan ialah menaip atau scan beberapa artikel daripada penulisan ulamak 
muktabar yang saya percaya telah dibaca oleh para netters tetapi hanya 
sedikit yang merenungi tulisan2 tersebut. Dan seboleh-bolehnya saya tidak 
mahu taraf ahli PAS adalah tidak jauh bezanya dengan taraf ahli UMNO dari 
segi akhlak kerana sepatutnya PAS adalah jauh lebih baik daripada UMNO. 
Teguran saya terhadap Tiger adalah teguran atas asas kasih sayang sesama 
umat Islam. Itu sahaja.

Wassalam…

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azri s.b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke