*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ >Jika kita melihat sejak kebelakangan ini......PM kita byk membuat >kenyataan yg lemah untuk menjelaskan sebab2 beliau tidak menjalankan >hukum hudud... Kalau PM masih jahil tentang Hudud, kenapa dia berani berkata bahawa hukum Hudud belum selesai dibuat kajian oleh ulama? Sekarang sudah lebih 1400 tahun hukum Hudud dihuraikan oleh ulama dalam kitab-kitab Fekah pelbagai mazhab. Benarkah seluruh ulama dalam dunia belum faham tentang Hudud? Jika ramai umat Islam masih jahil tentang Hudud, kenapa mereka tidak belajar? Siapakah yang bertanggungjawab menerangkan tentang hukum Hudud kepada masyarakat. Saya tidak berminat sama ada hukum Hudud boleh atau tidak boleh dilaksanakan. Yang penting ialah ia adalah hukum-hakam dalam syariat Islam. Maka menjadi tanggungjawab UMNO dan PAS menjelaskan kepada masyarakat Islam apa itu hukum-hukum Hudud. Janganlah kejahilan kita menyebabkan kita mempersenda syariat Islam tanpa disedari. Saya berminat mendengar apakah tindakan pihak PAS menerangkan tentang hukum-hukum Hudud kepada masyarakat. Setakat ini pihak berusaha menarik perhatian orangramai mengenali apakah Hudud. Mereka menganjurkan ceramah dan seminar menjelaskan tentang Hudud. Sekurang-kurangnya mereka cuba wujudkan satu draf Hudud untuk dikanunkan sebagai undang-undang yang didaulatkan, walaupun mereka TIDAK BERJAYA melaksanakannya. Soalan, apakah sumbangan yang UMNO telah buat. "Draf" pun tidak ada. Yang saya marah kepada UMNO, mereka kata "Hudud PAS" tidak menepati kehendak Islam, sekarang manakah "Hudud UMNO" yang lebih islamik?? Saya sudah bertanya ramai orang UMNO tentang apa yang mereka tahu tentang Hudud, maka saya mendapati mereka TIDAK TAHU apa itu Hudud, seolah-olah isu Hudud itu adalah rekaan PAS. Saya dapati masih ramai orang PAS tidak tahu apakah hukum Hudud, tetapi mereka bersemangat ingin tahu tentang Hudud. Yang UMNO pula, macam benci sahaja apabila dibawa berbincang tentang Hudud. Sekarang saya buka isu berdebat dengan orang-orang UMNO dalam HizbiNet tentang isu Hudud. Cuba terangkan apakah Hudud??? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>