*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Siapa pula nie [EMAIL PROTECTED] nie?

Lain kali kalau nak forward mana-mana artikel saya untuk berdebat dengan
puak-puak UMNO ini, tolong cc kan saya sekali; kalau ada apa-apa yg
perlu diberi penjelasan; insyaallah saya akan perjelaskan.

Ada pun mengenai dakwaan Astora bahawa beliau tidak menyentuh bab tidak wajib
bertudung dan bab memperlekehkan air jampi (2 bab yg semua orang tahu
pendirian rasminya); saya serahkan kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk
membuat penilaian,kerana maklumat daripada salah seorang hadirin yg hadir
menyatakan bahawa dalam satu kenyataannya, Astora Jabat ada berkata bahawa
"Air Yassin itu adalah Adat Hindu!!".

Lain dari itu, cuba baca betul-betul artikel yg saya cut & paste kan dari
ruangan Debat Agama Astora Jabat ini; ada ka patut penulis-penulis upahan
Utusan Meloya ini boleh kata soalan-soalan mengenai isu Datuk Ishak Baharom,
isu isu JAIS vs the SHIP dan isu JAIS vs Ratu Cantik adalah isu-isu HINGUSAN!!

Wassalamu,
Ahmad Baharudin Kasbi
p.s: Terhina sungguh aih bile melihat artikel saya tersiar dalam Utusan Meloya
ini....dalam laman sejijik laman Si Astora Jabat pulak tu....

==============================================================================

Ustazah Rock sebar fitnah

Oleh: ASTORA JABAT

Minggu ini disiarkan perdebatan antara Ustazah Rock
([EMAIL PROTECTED]) dan Nihaz Mohd Yusoff
(nihaz@ post. com).

Penulis tidak kenal siapa dia Ustazah Rock ini. Tidak
diketahui juga apakah dia perempuan atau lelaki atau
kabur jenis.

Mungkin dia bukan seorang ustazah kerana ustazah
tidak mungkin menggunakan nama yang bercanggah
dengan sifat yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang
guru agama.

Sedangkan Nihaz pula seorang pembaca istimewa di
mana rencana beliau sentiasa mendapat tempat dalam
ruangan Rencana Pilihan di bawah.

Dimulakan dengan tulisan Ustazah Rock. Ustazah Rock
menulis, seorang kawan dari Kedah ada memaklumkan
saya bahawa minggu lepas, Ustaz Astora Jabat telah
dijemput khas untuk sesi dialog dengan seorang ustaz
UMNO di sebuah Dewan UMNO di daerah Kulim
(tak silap saya di Jalan Kilang Lama).

Dialog Astora Jabat dengan orang-orang UMNO dan
turut disertai oleh beberapa orang bukan UMNO ini
pada dasarnya tak ada apa-apa yang menarik yang
saya nak tulis di sini, sebab apa yang Astora cakap dah
selalu kita baca di ruangan Debat Agamanya dalam
Utusan Malaysia.

Cuma yang saya nak habak di sini ialah cerita daripada
seorang mak cik atas pagar (bukan UMNO dan bukan
Pas) yang turut hadir dalam majlis itu.

Mak cik atas pagar ini jadi hairan dan terkedu, tak
boleh diterima akalnya apabila dia dengar Astora
bukan main rancak dok bagi hujah kata memakai
tudung itu bukan wajib dan tidak berdosa kalau tak
pakai.

Lepas tu pulak dia jadi lagi terkedu apabila dia dengar
Astora dok perleceh air jampi atau pun air Yasin yang
orang-orang kita selalu pakat dok buat tiap-tiap malam
Jumaat di masjid-masjid dan di surau-surau seluruh
negara.

Masalah pakai tudung mungkin bagi kita jelas bahawa
ianya adalah wajib ke atas kaum wanita, dan masalah
air jampi pula bagi orang-orang yang dok mengaji
kitab-kitab, dia akan tahu bahawa ada perbezaan
pendapat ulama di situ. Dan sebagai menghormati
perbezaan pendapat ulama ini, kita tak kisah sangat
sama ada hang nak pakai ka tidak air jampi itu. Tapi,
apabila kita berhadapan dengan orang-orang kampung
yang menerima dan mempraktikkan sesuatu sebagai
adat turun-temurun, kita tak boleh pi bambu depa ikut
dan.

Apabila Ustaz Astora dok pi kata macam tu kat depa.
Depa pun terus jadi terkedu, pening kepala.

"Ustaz apa macam nie, dah la kata tudung tak wajib
pakai, lepas tu pi kata pula air Yasin tak boleh buat?Ó

Bukan saja mak cik atas pagar tu pening, pak cik-pak
cik tua berkopiah hitam yang pekat UMNO itu juga
turut pening.

Maka itu, tak keterlaluan kalau kita katakan; kalau
dengar ada Ustaz Astora pi mana-mana, nak mai taman
kita ka, kampung kita ka, jomlah kita pakat pi tapi
pastikan di akhir sesi dialog semasa sesi soal jawab itu,
jangan lupa tanyakan beliau dua soalan di atas: (1)
Tudung itu wajib pakaikah? dan (2) Apa pendapat
Ustaz pasal air Yasin?

Nihaz yang turut berada dalam majlis ceramah penulis
itu menulis, "Ustazah saya amat ingin berkenalan
dengan saudari. Jika takut mendedahkan identiti di
dalam e-group ini, sila e-mel secara peribadi kepada
saya. Kita boleh jumpa dan cari jalan untuk
menyelesaikan masalah jiwa saudari yang begitu
sengsara hidup di bumi Malaysia dan di bawah
pemerintahan Dr. Mahathir ini. Jangan hampakan
harapan saya.

Tentang ceramah Astora di Kedah, saya ada di sana
dari mula hingga tamat.

Untuk pengetahuan semua, semasa ceramah itu,
orang-orang di dalam dewan majoritinya UMNO dan
orang-orang Pas majoritinya (atau semuanya) hanya
mendengar di luar dewan dan berbisik-bisik, mengutuk,
memperleceh dan merungut sesama sendiri. Mereka
tidak mendengar dengan tekun. Kaum wanita termasuk
mak cik-mak cik yang disebut di bawah pula semuanya
berada di dalam dewan dan majoriti mereka adalah
UMNO.

Astora langsung tidak bercakap tentang air jampi
mahupun tudung. Beliau bercakap tentang siapa ulama
dan memperdengarkan kaset-kaset ulama carut
saudari. Nampaknya, kawan saudari telah membuat
fitnah dan saudari telah menolong menyebarkan fitnah.
Yang menghairankan saya ialah apabila dijemput para
penyokong Pas berdialog, mereka sedikit pun tidak
menyentuh tentang tajuk ceramah malah
mengemukakan soalan berkenaan Datuk Ishak
Baharom dan kes ratu cantik serta kes penangkapan di
The Ship.

Sedikit pun mereka tidak dapat mempertikaikan
kesahihan bahawa ulama Pas memaki dan mencarut
dan tidak boleh digelar ulama. Sedikit pun mereka
tidak dapat mempertikaikan bukti-bukti Pas
mengkafirkan UMNO atau bukti bahawa Pas telah
memecahbelahkan ummah dengan jayanya.

Dan walaupun mereka tidak dapat menafikan segala
bukti itu, mereka nampaknya begitu bangga dan megah
dapat bertanya soalan hingusan di atas. Orang Pas
langsung tak dapat menyangkal dan tak ingin
menyangkal hujah-hujah Ustaz Kamal Saidin dan
Astora Jabat seolah-olah mereka menerima bahawa
ulama mereka tidak layak bergelar ulama.

Sahlah rupanya, orang Pas langsung tidak gusar tentang
perpecahan ummah, orang Pas langsung tidak kisah
sekiranya ulama mereka memaki dan mencarut dan
orang Pas tidak kisah sekiranya ulama mereka
mengkafirkan sesama Islam.

Mereka tidak kisah walaupun mereka tahu bahawa
akibat tuduhan kafir ke atas orang yang mengaku Islam
akan menyebabkan tuduhan itu berbalik kepada
mereka.

Orang Pas tidak kisah itu semua. Bagi mereka
persetankan ummah yang berpecah, persetankan jika
tuduhan kafir boleh berbalik kepada mereka,
persetankan semuanya, yang penting mereka tetap di
belakang ulama mereka yang memaki hamun dan
mengkafirkan orang itu.

Kesimpulannya, bagi Pas soal ratu cantik adalah lebih
penting daripada soal perpaduan ummah.

Untuk Ustazah Rock, sila sambut salam perkenalan
daripada saya. Saya amat ingin berjumpa saudari.
Hubungi saya secara peribadi di e-mel di atas.

Penulis mengucap terima kepada Nihaz kerana tolong
menjawab fitnah Ustazah Rock dan sekali gus menjadi
saksi pembohongannya.

Penulis ingin menjelaskan di sini walaupun penulis dan
Ustaz Kamal Saidin mengkritik ulama Pas pada malam
itu, tetapi kami tidak menolak mereka sebagai ulama.

Cuma kami menganggap ulama Pas bukan tergolong
daripada ulama pewaris nabi. Ini kerana tidak mungkin
ulama yang mengkafirkan orang Islam lain, memaki dan
mencarut, menuduh orang menentang parti mereka
sebagai menentang Islam dan macam-macam itu
dianggap ulama pewaris nabi.

Begitu juga tidak betul dakwaan Ustazah Rock hanya
beberapa orang pembangkang yang hadir pada malam
itu.

Penulis ingin menyebut di sini angka rambang tentang
jumlah orang ramai yang menghadiri ketiga-tiga majlis
ceramah penulis di Kedah munggu lepas. Angka ini
diperoleh daripada penganjur dan polis.

Kira-kira 2,000 orang yang hadir di Kulim, lebih 3,000
di Yan dan lebih 1,000 di Pokok Sena.

Tidak seperti di sesetengah tempat kebanyakan mereka
yang hadir adalah orang UMNO. Tetapi orang Pas pun
hadir dengan jumlah yang besar juga.

Ceramah penulis di Pokok Sena mencatat kehadiran
yang sedikit kerana bertembung dengan ceramah haram
Pas dan Keadilan yang diadakan di tempat
berhampiran.

Ceramah Pas dan Keadilan itu melibatkan Ahli
Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu, Ketua
Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan Naib Ketua
Pemuda Keadilan Kamil Ayub.

Sebagai orang Kedah, Ustazah Rock boleh cuba ikuti
ceramah pusingan ketiga penulis yang akan diadakan di
Kedah pada Januari depan. Sepanjang bulan Ramadan
(Disember) ini Ustazah Rock boleh membuat kerja
rumah untuk menyediakan soalan-soalan bagi
dibentangkan dalam majlis-majlis ceramah penulis itu.
Jika boleh tanya soalan-soalan lebih serius sedikit.
Mahu tanya soalan remeh macam isu tudung pun tidak
menjadi masalah.

Tetapi bagaimana jika Ustazah Rock juga lontarkan
soalan yang sama kepada pemimpin-pemimpin Pas?

Cuba tanya kenapa isteri para pemimpin Pas tidak
pakai tudung sebelum tahun 1979?

Jika Ustazah Rock berminat untuk melihat gambar isteri
para pemimpin Pas mendedahkan aurat semasa
menuntut di Al-Azhar, penulis boleh bantu dan ia ada di
negeri saudari.


© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow
Lin, 55200 Kuala Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke