*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




>
>
>
>
>Assalamualaikum,
>Saudara "TIger" yang saya hormati, setiap kali saya membaca tulisan 
>saudara,
>saya berasa seolah-olah tulisan tersebut bukannya datang daripada seorang
>yang lahir daripada parti yang memperjuangkan Islam, apatah lagi apabila
>parti itu terdiri daripada ramai ilmuan Islam maka seharusnya parti itu
>lebih baik dan lebih Islam daripada lain-lain parti yang ada. Namun tulisan
>Tiger, memberi gambaran bahawa saudara Tiger adalah tidak jauh berbeza
>dengan lain-lain ahli yang bukan dari PAS.
>Saya benar-benar berharap agar saudara Tiger dapat menilai kembali beberapa
>cabang ilmu Islam yang saudara pelajari kemungkinan selama 25 tahun
>pengajian saudara tentang Islam, masih ada akar-akar yang lemah seperti 
>saya
>yang hanya  berketurunan Islam tetapi masih kurang berjaya dalam
>mendisiplinkan diri untuk memperdalami ilmu Islam. Saya tahu, saya tidak
>layak untuk menegur saudara apatah lagi ilmu saya tidak setinggi saudara.
>Namun, saya tidak ingin ada wujudnya ahli PAS yang mempunyai karakteristik
>seperti bukan ahli PAS kerana seharusnya PAS adalah jauh lebih baik 
>daripada
>parti yang zalim dan jjahil.  Maaf sekiranya saya secara peribadi 
>mengatakan
>tulisan saudara adalah agak berbahaya kerana tiada bukti serta rujukan atau
>pandangan yang bersandarkan Al-Quran dan hadis, atau penulisan daripada
>Ulamak muktabar di dalam komen saudara di bawah:
>
>"�.terpengaruh oleh ajaran sesat Dr Mahathir. Sekarang ini banyak
>pihak mula membuat teguran terhadap ucapannya menyentuh perkara
>hukum bunuh bagi orang murtad. Dr Mahathir mahu setengah-tengah
>hukum Islam diubah dan dia menggunakan IKIM (Institut Kefahaman
>Islam Malaysia) menyampaikan mesejnya mengajar semua pakar-
>pakar Islam seluruh dunia supaya MENGUBAH syariat Islam."
>
>1. Saya berharap agar saudara Tiger dapat menaip semula kenyataan Mahathir
>yang boleh saudara dapati di dalam akhbar Utusan bertarikh 25 Oktober 2000
>m/s 6 ataupun copy daripada website Utusan.  Di dalam akhbar yang bertarikh
>serupa, m/s 2, saya harap saudara dapat mengambil kenyataan Mahathir yang
>berkaitan dengan hukum murtad.Selepas saudara Tiger mengeluarkan
>kenyataan-kenyataan Mahathir ini, diharap agar saudara Tiger dapat
>memberitahu secara  terperinci dan satu persatu maksud kenyataan2 Mahathir
>dan mengapakah kenyataan tersebut adalah sesat disertai dengan bukti
>daripada Al-Quran dan hadith serta pandangan Ulamak besar seperti Prof. Dr.
>Yusof Al-Qardhawi ataupun lain-lain sumber.
>
>"�Yang kita tahu ramai ustaz lulusan pengajian Islam seperti Dr
>Ismail Ibrahim, Prof Hamid Othman, Ust Uthman Muhammadi,
>Prof Mahmood Zuhdi, Astora Jabat, Ust Hayie Abd Shukur,
>Syed Hussin Al-Attas, mufti-mufti..dan lain-lain bersetuju
>dengan "fatwa" Dr Mahathir. Kenapa mereka diam sahaja tanpa
>menegur "silap faham" Dr Mahathir. Mungkin mereka itu adalah
>apa disebut oleh Nabi kita sabagai ulama'us-su' (ulama jahat)
>dan syaithan bisu?"
>
>2.   Gaya penulisan di atas seolah-olah bukan datangnya daripada ahli PAS.
>Kerana tidak jauh bezanya Tiger dengan orang dari bukan PAS yang menuduh
>ustaz-ustaz ahli PAS secara membuta tuli.  Berhati-hatilah dalam menulis 
>dan
>mengeluarkan kenyataan kerana kenyataan Tiger dibaca oleh beribu-ribu
>netters yang lain dan adalah ditakuti sekiranya salah seorang daripada
>netters ini menemui ajal, kenyataan Tiger telah dipegangnya sampai mati.
>Manalah tahu kalau2 Ustaz Uthman Muhammadi atau lain-lain ustaz yang
>disenaraikan meruopakan insan yang dikasihi Allah kerana perjuangan mereka
>dalam menyebarkan ilmu Islam. Atau erana akhlak dan akidah mereka ..etc.
>Saya harap saudara dapat mengemukakan rujukan tentang adab lisan, bahaya
>lidah , perbantahan dan permusuhan yang boleh saudara dapati daripada Kitab
>seperti Ihya Ulumiddin karya ulamak besar Imam Al-Ghazali.
>
>Saya bukanlah ustazah atau seorang yang alim, dan saya tidak layak untuk
>memberi hujah atau pandangan peribadi dan menggunakan kenyataan Quran untuk
>kepentingan pandangan saya. Kerana itulah adalah lebih baik menyerahkannya
>kepada orang yang lebih alim (lebih berilmu) dan mungkin yang terdaya saya
>lakukan ialah menaip atau scan beberapa artikel daripada penulisan ulamak
>muktabar yang saya percaya telah dibaca oleh para netters tetapi hanya
>sedikit yang merenungi tulisan2 tersebut. Dan seboleh-bolehnya saya tidak
>mahu taraf ahli PAS adalah tidak jauh bezanya dengan taraf ahli UMNO dari
>segi akhlak kerana sepatutnya PAS adalah jauh lebih baik daripada UMNO.
>Teguran saya terhadap Tiger adalah teguran atas asas kasih sayang sesama
>umat Islam. Itu sahaja.
>
>Wassalam�
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at
>http://profiles.msn.com.
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "azri s.b" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "azri s.b" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke