*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,


Terengganu tidak berhak -- Semua perlombongan petroleum di bawah Kerajaan 
Pusat - Rais
KUALA TERENGGANU 29 Okt. - Kerajaan Pas Terengganu tidak mempunyai hak di 
segi undang-undang terhadap penguasaan seluruh hasil petroleum dan berkaitan 
dengannya jika ia ditemui di perut bumi negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim menegaskan, semua 
hak pemilikan perlombongan berkaitan dengan petroleum terletak di bawah 
kuasa Kerajaan Pusat melalui Petronas.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri tidak boleh memajukan sendiri 
sumber itu secara bersendirian tanpa membabitkan Pusat seperti yang 
disangkakan.

Menurut Dr. Rais, ini kerana mengikut perundangan, ia memerlukan Petronas 
selaku syarikat milik Pusat memberi ihsannya dalam bentuk yang ditentukan 
terlebih dahulu.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas 
menyampaikan penerangan berhubung isu semasa khususnya isu royalti minyak 
kepada kakitangan awam di Hotel Grand Continental di sini hari ini.

Dalam lawatan kerjanya hari ini beliau kemudiannya turut memberi penjelasan 
yang sama kepada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Dewan 
Seri Budi di sini.

''Kerajaan negeri tidak boleh menentukan haknya sahaja. Ini disebabkan Akta 
Pelantar Benua 1966 dan juga Akta Perlombongan Petroleum menentukan hak itu 
sentiasa berada di pihak Kerajaan Pusat menerusi Petronas,'' ujar beliau.

Beliau berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Menteri 
Besar Terengganu Abdul Hadi Awang pada 25 Oktober lalu bahawa lokasi baru 
sumber petroleum dikesan di pesisir pantai dan daratan negeri ini yang bakal 
dimajukan kelak dengan penglibatan syarikat asing.

Menurut Abdul Hadi berikutan penemuan itu, kerajaan negeri akan memperoleh 
hasil dari sumber itu sepenuhnya sekiranya ia dimajukan kelak kerana ia 
berada dalam kawasan milik negeri dan bukan lagi di luar pesisir pantai.

''Jika terdapat mana-mana bumi negeri sama ada petroleum atau galian 
berbentuk petroleum maka hak utama terletak kepada Pusat kerana hak ini 
telah diserah pada tahun 1966.

''Negeri tidak boleh memajukannya bersendirian kerana itu adalah 
undang-undang negara tetapi biasanya, setelah berunding maka akan diadakan 
lunas persetujuan tertakluk kepada undang-undang Pusat,'' ujar Dr. Rais.

Terdahulu, ketika menyampaikan penjelasan kepada kakitangan awam beliau 
berkata, seperti Seksyen 2 Akta Pelantar Benua, Seksyen 2 Akta Petroleum 
1974 menetapkan hak-hak perolehan minyak sama ada di darat dan laut tertumpu 
kepada Petronas.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kita ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke