*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Apakah tok guru itu suruh buat perhimpunan dan cetus keganasan 
>pada perintah Iraq, apakah tok guru itu menyuruhnya kembali 
>menghina dan memaki pemerintah.....sebalik nya beliau menegur 
>kerana ulama ulama tidak memngambil sebarang tindakan dalam 
>kejadian tersebut.....dan mereka boleh mengambil berbagai bagai 
>tindakan untuk mengatasi masaalah itu.....DAN TOK GURU ITU TAK 
>SURUH PUN BUAT CERAMAH MENGUTUK DAN BUAT PARTI SIAPA PENYOKONG 
>RAMAI DIALAH YANG MENANG WALAUPUN BHATIL

Itu satu cerita yang saya bawa untuk menggambarkan ada orang
yang terlalu halus belajar hukum-hukum tetapi tak nampak 
gejala-gejala kezaliman yang berlaku.

Kalau UMNO takut dikutuk, lebih baik mereka jangan buat parti 
politik. Lagipun, menjadi pemerintah itu satu amanah dariapada
Allah, bukan hak mutlak UMNO. Allah memerintah umat Islam 
menjadi sebagai wakilNya (khalifah) di muka bumi ini. Oleh itu
umat Islam mestilah mengikut panduan (Islam) yang diamanahkan
oleh Allah. Bumi ini bukan milik mak bapak UMNO, ia diamanahkan
oleh Allah untuk mengajak manusia supaya taat kepada Allah bukan
dijadikan tempat berbuat pelbagai maksiat dengan pesta-pesta
nyanyian dan tarian. Setahu saya, ulama UMNO tidak pernah
menasihati UMNO supaya jangan mempersenda Islam.

Sebagai contoh, ketika Malaysia bercadang menganjur Sukan
Commonwealth, tidak ada satu ulama UMNO memberi nasihat
kepada UMNO supaya jangan diadakan. Ini kerana dalam Sukan
Commonwealth tentu sekali ada acara-acara renang bagi wanita
yang pakai bikini. Adalah tidak sesuai bagi Malaysia yang
menjadi negara Islam contoh menganjurkan sukan yang terang-
terang ada unsur mengaibkan nama negara Islam. Sekarang oleh
kerana ulama UMNO tidak prihatin terhadap perkara ini, UMNO
beriya-iya pula menganjurkan Sukan Asia.

Mengikut sejarah Islam, selepas wafat Rasulullah, berlaku
satu puak "bughah" yang enggan membayar zakat. Sebenarnya
puak itu silap faham tentang ayat:

Ambillah dari harta "mereka" sebagai zakat ..dan doalah untuk
mereka, kerana doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka..
(At-Taubah 9:103)

Puak bughah pernah menyerahkan zakat kepada Rasulullah ketika
Baginda masih hidup. Setelah Rasulullah wafat, mereka mengira
tidak perlu lagi menyerahkan zakat kerana Nabi sudah tidak ada.
Pada fahaman puak bughah, ayat At-Taubah 9:103 memerintah mereka
menyerahkan zakat kepada Rasulullah seorang sahaja oleh itu
tidak wajib lagi bagi mereka membayar zakat setelah Nabi wafat.
Ketika itu Khalifah Abu Bakar mengumpul tentera untuk menghapuskan
ajaran kaum bughah itu. Ini kerana fahaman kaum yang sesat wajib
diperangi...sekalipun terpaksa menumpahkan darah.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke