*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENGENALI ASTORA JABAT : Part 2

1. Metodologi

Astora mempunyai metodologi rekaan sendiri ketika berwacana tentang
Islam, iaitu metodologi 'cacamerba dan Lubsu al-Haq bi al-Batil'
(mencampuradukkan antara hak dan batil). Beliau mengambil mana-mana
ayat al-Quran yang disukai untuk menyokong hawanya sehingga
kadang-kadang terpaksa menyelewengkan terjemahan ayat al-Quran ke
dalam Bahasa Melayu, dan membuang mana-mana ayat yang tidak
menepati seleranya dengan menyembunyikannya daripada kandungan
wacana walaupun ayat terbabit sepatutnya digunakan dalam wacana itu.

2. Seorang Opportunist

Penulis Bebas wrote:

"Minta maaf saya tak dapat nak tulis panjang pasal Astora Jabat walau pun 
keturunan kami
berasal dari tempat yang sama; cuma cukup saya katakan Astora Jabat cumalah 
seorang
opportunist yang cuba mengambil kesempatan di atas suatu perjuangan yang sudah 
kita ketahui
tiada lagi mendapat dokongan daripada alim ulamak dan majoriti orang Islam di 
Malaysia."


3. Menggunakan Kemahirannya Berbahasa Arab untuk Mengelirukan Pembaca/Pendengar

Penulis Bebas wrote:

"Saya sempat bersemuka dengan si Astora Jabat ini pada Kongres Professional Muda 
Melayu
bulan Februari lalu di PWTC. Sebenarnya saya merasa hairan kenapakah Astora 
Jabat yang
dipilih untuk membentang kertas utama pada bahagian Agama dan Sosial untuk 
dibincangkan
oleh peserta kongres, sedangkan ramai lagi tokoh agama yang lebih senior dan 
lebih
berkelayakan untuk dijemput memberi ucaptama dalam perhimpunan sedemikian rupa. 
Saya
mengesyaki itulah pilihan pihak UMNO kerana tokoh ulama lain 'tidak boleh 
diharapkan' untuk
membela mereka.

Mungkin juga ketentuan takdir, walaupun saya telah memilih kumpulan perbincangan 
aspek
ekonomi kerana ia paling berkaitan dengan bidang kajian saya serta badan yang 
saya wakili
(ISIS Malaysia), saya telah dimasukkan juga ke bahagian ini. Maka, mahu tak 
mahu, saya
terpaksa bersemuka dengan seorang 'tokoh ulama UMNO' yang kononnya berjuang 
untuk
menyucikan agama ini.

Sebagaimana diperkenalkan oleh Pengerusi, nama asal beliau (Siam) ialah Sei 
Toramain
(ejaannya mungkin tak betul, tapi begitulah bunyinya), berasal dari daerah 
Jabat, di daerah
Pattani, selatan Thailand. Itulah kaitannya dengan nama pena beliau "Astora 
Jabat". Mengikut
Pengerusi, nama panggilan masyarakat tempatan beliau ialah "Hussein". Beliau 
mendapat
pendidikan awal sekolah agama di Pattani, kemudian melanjutkan pelajaran ke 
Jordan. Beliau
pernah tinggal di beberapa tempat di tanah Arab, termasuk Mesir, Jordan dan 
Palestin dan
pernah juga melawat Israel. Semasa di sana beliau pernah bertugas sebagai Tutor 
bahasa Arab,
dan kemudiannya sebagai Kolumnis Utusan Malaysia. Beliau boleh bertutur dalam 
beberapa
bahasa, antaranya Bahasa Melayu, Siam, Inggeris, Arab dan Perancis.

Memerhatikan cara beliau membentangkan kertas ucaptama beliau, saya mendapati 
beliau
memang mahir dalam Bahasa Arab dan kaedah mantik bahasa. Cara beliau mengulas 
terbukti
beliau cuba mempamirkan kebolehan beliau ini dengan membidas beberapa pandangan 
ulama
(kebanyakannya telah diulas dalam ruangan beliau di Utusan Meloya), dengan 
menggunakan
mantik bahasa yang berbelit-belit serta mengelirukan orang kebanyakan. Saya 
meneliti setiap
baris pengucapan beliau dan mendapati tidak banyak isi sebenarnya (itupun 
kebanyakannya isu
basi), serta memang banyak 'loophole' dalam cara penghujahan.

Walau bagaimanapun, saya merasa agak gusar juga kerana mungkin 
kelemahan-kelemahan
susunan hujjah beliau ini mungkin tidak disedari oleh orang kebanyakan dan ini 
boleh
mengelirukan mereka. Perhatikan saja cara beliau mengulas saban minggu di Utusan 
Malaysia,
walaupun bagi kita ia adalah idea yang menyongsang daripada maksud sebenar, 
semakin ramai
nampaknya masyarakat yang tertipu dengan beliau. Saya mengagak inilah agenda 
utama
mengapa beliau telah diberi ruang yang luas untuk menyuarakan pendapatnya dalam 
media
massa, supaya 'golongan atas pagar' dan orang kebanyakan keliru, yang hasilnya, 
UMNO akan
dapat mengekalkan 'status quo'nya. Sesuatu perlu dilakukan untuk membendung 
agenda jahat
ini, atau masyarakat makin bertambah keliru.

Berbalik kepada pembentangan beliau, di samping menyampaikan pandangan beliau 
tentang
kepentingan keseimbangan dunia dan akhirat, beliau akan menyelitkan beberapa 
'technicalities'
bahasa Arab melalui beberapa istilah (beliau memang mahir bab ini) yang boleh 
menyebabkan
kekaguman di minda pendengar. Maka dengan cara ini, hujjah-hujjah beliau 
(walaupun
sebenarnya banyak kelohongannya) mudah diterima oleh ramai pendengar. 
Kemudiannya
walaupun penekanan banyak diberikan kepada pembangunan duniawi, sehingga 
seolah-olah
ukhrawi itu dikebelakangkan, saya melihat sidang pendengar kelihatan khusyuk 
seolah-olah
setuju atau pun sudah layu kerana diulit dengan beberapa kerumitan 'terms' yang 
menyulitkan
mereka.

Apa yang saya nampak, agenda yang cuba diketengahkan sebenarnya ialah, suatu 
pernyataan
sokongan terhadap kaedah pembangunan duniawi yang sedang dilaksanan oleh PM dan
sekutunya. Itulah yang saya dapat simpulkan daripada kupasan pembentangan 
beliau. Sesiapa
yang ingin melihat secara lebih lanjut, bolehlah melawat ke halaman 
http://www.kpmm.com.my,
yang mengandungi kertas kerja beliau.

Selesai pembentangan, saya melihat para peserta masih cuba 'recover' daripada 
leteran panjang
beliau. Begitulah selalunya yang terjadi jika seseorang pintar cuba menegakkan 
sesuatu yang
sebenarnya tidak betul, tetapi dengan kemahiran mereka, membuat ulasan-ulsan 
yang kompleks
yang menyebabkan pendengar leka malahan pasrah terhadap hujjah mereka.

Menyedari hal ini, saya bangun menempelak isu utama beliau dengan penegasan 
kembali bahawa
halatuju utama kita adalah sebenarnya ke akhirat, bukannya dunia dengan 
berdalilkan ayat ke-4,
surah ad-Duha. Bagi saya keperluan pembangunan dunia perlulah dilihat dari 
konteks
tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi, yang hasilnya akan dipersoalkan di 
akhirat kelak.
Saya juga melahirkan kebimbangan tentang merebaknya penyakit 'hubbud-dunya' 
(cintakan
dunia) yang menyerang para korporat dan cendekiawan, yang menumpukan seluruh 
tenaga
mereka hanya untuk dunia dan telah lari dari maksud asal kehidupan kita di dunia 
ini. Tanpa
halatuju yang jelas ke akhirat, kita sebenarnya bukan membangunkan dunia, tetapi 
akan
merosakkannya.

AlhamduliLlah! Penegasan sedemikian nampaknya dapat disambut baik oleh para 
peserta dan
mulalah perbincangan menjadi hangat dan lahirlah beberapa kritikan membina. Jauh 
dalam sudut
hati saya, saya berdoa semoga para peserta tidak terpedaya dan semoga agenda 
utama beliau
untuk mengelirukan masyarakat itu dapat disekat.

Selesai daripada kongres, saya bertemu semula dengan beliau semasa mengambil 
komuter untuk
balik ke Kajang. Saya berjaya mengelak dan cuma memerhatikan beliau dari 
kejauhan.
Kelihatannya beliau bersama seorang perempuan TIDAK BERTUDUNG dan seorang anak
kecil, saya agak itu adalah keluarga beliau (husnus-dzan ya Sheikh!). Beliau 
juga turun di stesen
Kajang dan mengambil teksi untuk ke destinasi yang tidak saya ketahui bersama 
'keluarga' beliau
tadi.

Analisis deduktif yang saya buat, kalaulah 'isteri' beliau (atau mungkin 
keluarga terdekat) pun
dibiarkan togel sedemikian, maka tentulah penekanan kepada penghayatan Islam 
beliau tidak
mantap. Berdasarkan pula tulisan-tulisan beliau yang sering mengelirukan bahkan 
berbahaya itu,
saya berpendapat kita harus berhati-hati dengan orang sebegini. Asas ilmu yang 
ada serta
kepintaran akal beliau mungkin digunakan untuk maksud yang tidak baik. Oleh yang 
demikian,
tulisan dan hujjah beliau sepatutnya tidak dibiarkan bebas tanpa ditapis dan 
perlu dijawab untuk
mengelakkan sebarang kekeliruan kepada masyarakat umum. "

-bersambung-



__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke