*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MENGENALI ASTORA JABAT


Nama dalam KP ialah Asae Toramae. Nama pena Astora adalah singkatan daripada 
Asae
Toramae. Nama yang digunakan di kalangan ahli keluarga dan penduduk tempatan 
ialah
Hassan Abdul Rahman.

Berasal Melayu Patani di selatan Thailand, mendapat pendidikan awal di sekolah 
Melayu,
Thai, pondok (agama) di Jabat, Narathiwat dan Yala.

Pernah menuntut di Sekolah Al-Asriah (Institut Pendidikan Islam) di Wakaf Bharu, 
Kelantan
dan Kolej Al-Wa'zu Al-Irshad di Kairawan, Tunisia.

Pernah mengambil kursus di Syria selama tiga bulan.

Mendapat ijazah dalam bidang syariah dari Kuliah Syariah, Universiti Kurawiyine 
di Fez,
Maghribi.

Pernah melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana dalam bidang Ulum Al-Quran 
dan
Al-Hadis di Universiti Dar El-Hadis El-Hassania di Rabat, Maghribi (tidak 
tamat).

Pernah mengajar agama di sebuah sekolah Arab di Rabat selama tiga tahun dan 
mengajar
bahasa Arab kepada para diplomat selama satu tahun.

Boleh bercakap dalam lima bahasa, iaitu Melayu, Arab, Siam, Inggeris dan 
Perancis.

Merupakan wartawan Islam pertama yang memasuki dan menjelajah ke kebanyakan 
wilayah
Palestin dan Israel ketika intifadah sedang kemuncak pada tahun 80-an.

Tinggal di dunia Arab kira-kira 20 tahun sejak zaman belajar sehingga zaman 
kerja dan
pernah bertugas sebagai wakil Utusan di Kaherah selama lapan tahun.

Kini bertugas sebagai Pengarang Agama di Utusan.

Mempunyai isteri seorang warganegara Algeria.


__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke