Main News/Berita Utama
 





Umat Islam Amerika demo bantah pentadbiran Clinton

WASHINGTON DC, 30 Okt (Anakmama)
- Beribu ribu umat Islam dari seluruh Amerika mengadakan tunjuk perasaan anti zionis di taman Lafayette Park di hadapan White House, kediaman rasmi Presiden Clinton, Sabtu, 28 Oktober lepas. Berita Penuh.




Umat Islam Amerika demo bantah pentadbiran Clinton

WASHINGTON DC, 30 Okt (Anakmama) - Beribu ribu umat Islam dari seluruh Amerika mengadakan tunjuk perasaan anti zionis di taman Lafayette Park di hadapan White House, kediaman rasmi Presiden Clinton, Sabtu, 28 Oktober lepas.


Mereka mengadakan tunjuk perasaan aman anti-Zionis dan membantah pentadbiran Amerika/Clinton yang terus menerus membantu kerajaan Zionis haram Israel.


Tunjuk perasaan antara yang terbesar pada kali ini di anjurkan oleh beberapa pertubuhan Islam yang berpengaruh antaranya: ISNA (Islamic Society of North America), IANA (Islamic Association of North America), CAIR (Counsel of America Islamic Relation), MSA (Muslim Student Association), Latino Muslim Association, ICNA (Islamic Circle of North America), MAS (Muslim American Association), AMC (American Muslim Counsel), Pertubuhan Islam seluruh Michigan dan beberapa pertubuhan Islam dari seluruh Amerika.


Tunjuk perasaan bermula pada jam 11.00 pagi waktu Washington dari Freedom Plaza.


Mereka berarak menujuk ke Lafayette Park. Jalan jalan laluan kearah White House ditutup dan dikawal rapi oleh polis untuk memberi laluan kepada penunjuk perasaan.


Sebuah pentas dan TV litar besar di Lafayette Park disediakan oleh pihak penganjur untuk para pemimpin dari setiap pertubuhan memberikan ucapan.


Presiden ISNA ISNA, Muzammil M Siddiqi turut memberikan ucapan yang bersemangat. Ucapan beliau diselang dengan laungan takbir oleh orang ramai.


Kemudian seorang demi seorang pemimpin pemimpin Islam memberikan ucapan.


Mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Amerika yang selama ini menjadi dalang berlembut dengan Israel untuk menghancurkan umat Islam di Palestine.


Mereka mengutuk bantuan kepada Israel sebanyak 5.5 billion pada setiap tahun hasil dari 'Tax Money'.


Amerika berselindung disebalik 'Foreign Aid' Duit ini digunakan oleh Kerajaan haram yahudi ini untuk membeli senjata dan memperkuatkan pertahanan kerajaan Israel.


Senjata yang mereka beli semata mata untuk membunuh rakyat Palestine dan menluaskan tanah jajahan dari masa ke semasa.


Tiada lagi perbincangan dan tiada lagi perdamaian yang diharapkan daripada mereka.


Umat Islam Amerika hari ini berikrar dengan kebebasaan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.


Mereka akan menjadi suara kepada umat Palestine yang telah menjaga bumi suci Palestin, masjidil Aqsa dengan darah serta nyawa mereka sementara hak, kebebasan sudah lama terhapus.


Umat Islam Amerika akan melakukan apa saja untuk membela umat Islam Palestin,membebaskan dari cengkaman Zionis, mengembalikan hak rakyat dan masjidil Aqsa kepada umat Islam.


Mereka melancarkan kempen menghubungi 'State Congressman' dan menghantar poskad kepada Presiden Clinton.


Sebanyak 10,000 poskad telah dicetak dan diedarkan. Antara kandungan poskad adalah: -I do not support American military aid to Israel being used to attack Palestinan civilians. -Time and again, Israel has shown itself to be a strategic liability, not a strategic asset. -Blind American support for Israel is harming our national interest and betrays our American ideals Risalah risalah tentang 'Tax Money' yang dibelanjakan untuk Israel diedarkan kepada orang ramai.


Paling menarik demonstrasi ini di sokong oleh segolongan Rabbi Yahudi dari Neturei Karta International-Jews United Against Zionism berpusat di New York.


Mereka hadir dan memberikan ucapan sambil menegaskan negara haram Israel di asaskan oleh Zionis.


Zionis adalah hasil ciptaan manusia Atheis dan tiada kena mengena dengan ugama Yahudi (Judaism).


Agama Yahudi lebih mementingkan kehidupan yang harmoni sesama manusia. Untuk pilihan raya Presiden Amerika pada November ini.


Mereka menyeru umat islam memberi undi kepada calon presiden G.W. Bush. (anakmama.tripod.com)



Comments ? E-mail Us





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke