Wa`alaikum salam warahmatullah,

Saya nak cadangkan kepada saudara dan sahabat-sahabat yang sepemikiran dengan saudara supaya mengamal doa ini setiap kali selepas solat, agar ALLAH SWT berikan kebenaran kepada saudara-saudara sekelian.

Doa nya ialah untuk memohon Panduan kepada perkara yang benar.Ia berbunyi begini :

ALLAAHUMMA ARINAL HAQQO HAQQON WAR ZUQNATTIBA `AH; WA ARINAL BA THI LA BATHI LAN WAR ZUQNAJ TI NABAH.

Maksudnya :

Ya ALLAH, tunjukkanlah kepada kami perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya; dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya.

Wassalam.


 

 

  alQubah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Assalamualikum.................

Saya menyokong 100% pendapat fakhrull.Sepanjang pemerhatian saya ,dia
adalah seorang yang paling popular dlm hizbi.net ini.Sehinggakan
jawapan-jawapannya menimbulkan kontroversi dan melatahkan sang tiger
.Jawapannya sering disalah tafsirkan.Jawapannya cukup menampakkan saya
perjuangan islam yg sebenar.Dalam pemerhatian saya lagi ,dia cuba
mengetengahkan satu persoalanan yang tiada siapa ambil peduli disini
.Iaitu,kenapa kita perlu menghabiskan masa dengan hanya menyalahkan
musuh,sedangkan masa itu diperlukan untuk membangunkan islam,terlalu
banyak yg kita belum buat lagi,jangan hanya pandai bercakap,nanti orang
kata cakap tek serupa bikin.
Terlalu bayak kerja agama yg kita tinggalkan,kita nak suruh siapa
buat?Kalau kita kata umno tak layak buat sebab kita tak suka dia,kita
buatlah seelok-eloknya.Jangan kerana belum d! apat laksanakan hukum hudud
,kita tinggalkan semuanya.Dan pihak mereka pula ,hukum hudud belum buat
tapi yang lain mereka dah jauh meninggalka kita.Kita perlu ingat kawan,
hudud itu bahagian jenayah,islam itu bukan hudud saja,muamalahnya,
munakahahnya,........dan lain lain.Katakan hudud tu payah sangat nak
ditegakkan ,takkan yang lain kita nak tinggalkan.
Tujuan fakhrull yang saya nampak ialah, dia cuba menegur sikap kengkawan
yang hanya pandai bercakap ,tapi sumbangan apa pun tak dak pada
agama.Hari-hari habiskan masa mengutuk musuh ,tapi musuh tak nampak pun
dan tak dengarpun,depa bukannya tunggu hizbi net ni noh...Buatlah kerja
kita, kan kita kata nak pejuang agama.Ulamak-ulamak besaq dulu kalau
kita baca sejarah mereka ,bila ditanya sesutu masalah agama amat
berhati-hati mengeluarkan pendapat.Bila ditanya.....dia jawab
wallahua'lam,seratoih kali tanya seratoih wallahua'lam.kita pula
belain.Saya perhati contohnya sitiger ,orang belu! m tanya dah jawab
seratoih kali.Lepas tu ceghita dia intelek.Lepas tu orang yg nasihat dia
tadi,dia tuduh umno,setengahnya menuduh munafik,setengahnya menuduh
kapiak.Lepaih tu berhujah menggunakan akal fikiran melebihi fakta dari
quran dan hadith.Dan menegak benang basah sehingga lari tajuk.Fakhrull
tu baguih nak ingatkan kita ,tapi kita menunjukkan sikap fanatik
kita,bukalah minda sikit had dia habak tu betui.Saya ni bukan
penasihat,tapi tak adapun orang alim dalam hizbi ni nak nasihat .Saya
pun beranikan diri turun habaq.Jangan marah kengkawan.Jangan marah
tiger...

Terimalah kebenaran walaupun pahit.Terimalah teguran yg benar walaupun
dari musuh kita.

Minta maaf banyak-banyak noh ......Wassalamualaikum
warahmatullah......... > ATTACHMENT part 2 message/rfc822 name=nsmailD4.TMP From: [EMAIL PROTECTED]
Date: Mon, 30 Oct 2000 23:49:45 +0800
Subject: Re: H-Net* Mengapa PM Begitu Tindakannya.....?
To: tua dah kubur
CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]

 
assalamualaikum.......
Terima kasih kerana melontarkan kata kata yang begitu lunak kepada
saya,saya amat yakin dengan kata kata itu  membuat Allah memberi pahala
kepada saya dan itulah janji Al Mujib kepada hambanya yang dizalimi oleh
kata kata dari sahabat sahabatnya dan semoga Allah  memberi rahmat tau
fik dan hidayah kepada seoranghambanya yang bercita cita tinggi untuk
menegakkan khalimah allah dibumi malaysia dan dialah saudara kita 'tua
dah kubur' insyaallah........

Kita tak nafikan Iman dan Kufur,Yang beriman beruntung lah ia nanti
disana dan barang yang kufur amat pedih azab siksanya.....sesungguhnya
azab tuhan amat pedih tidak tertanggung sekian
makhluknya.......Begitulah seterusnya hinggakan Rasulullah sering
menangis bila terkenangkan umatnya diakhir zaman....dan begitu pula hal
nya Nabi Ibrahim yang ditegur oleh Allah kerana dianugerahkan doa yang
mustajab dan sering medoakan pada keengkaran kaumnya dan membawa pada
binasa.Takkala Nabi Ibrahim sa. hendak menyembelih akan anak nya Ismail
dan amat merasa sedih tak terhingga lalu tuhan menyapa 'sesungguhnya aku
kasih akan hambaku lebih dari engkau kasih akan Ismail'sehinggakan Nabi
Ibrahim memohon kepada tuhan agar doa ditarik akan mustajabnya....Dan
begitu halnya dengan Nabi nabi lain yang ditegur oleh dan didenda oleh
Allah kerana meninggalkan kaumnya dalam kebinasaan disebabkan Nabi
merasa jemu  dengan kengganan kaumnya unt! uk beriman setelah puas
didakwahnya .....dan begitu jua hal lagi dengan nabi Nuh as....yang
masih berteriak kepada anaknya yang amat menentangnya ketika sudah lemas
dilautan banjir dan begitu jua hal nya Mansur Alhalaj setelah di zalimi
oleh masyarakatnya dengan mencongkel akan mata ,memotong tangan dan
sebagainya namun didoakan akan dia Syurga kepada mereka yang menyaksikan
dan yang membunuhnya...begitu lah hal nya lagi dengan nabi Musa
as....menjadi tidak layak
untuk menjadi murid kepada Nabi Allah Khaidir as...apa bila sering
menegur sifat zalim yang ditunjukan oleh nabi khaidir as...dan dialah
yang paling sempurna bak bulan penuh yaitu jujungan tercinta Habibullah
ya Muhammad Rasulullah Saw. ynag menadah tangan takkala darah masih
menitis dari kepalanya hingga ketumit supaya Allah memberi hidayat
kepada kaum yang menyakiti nya...dan dia jua masih medoakan agar 2 Umar
pada zamannya beriman....Saidina Umar dijamin Syurg! a sedang dia pernah
zalim dan sezalimnya......Tapi seandainya Tua dah kubur yang memerintah
islam pada masa itu mungkin tua dah kubur telah menhukum Saidina
Umar.....lenyap dari muka bumi....Ada lagi.... Allah pula memberi
peluang dan membuka pintu taubat seluas luas nya kepada hambanya stelah
dipohon oleh junjungan sehingga roh di gholghoroh.....Dan itulah sifat
keRasulan ,sifat kenabian Sifat kesufian atau sifat kewalian dan sifat
orang mukmin sebenarnya....SIAPAKAH KITA.......HEBATKAH KITA dari
sekelian mereka ..,Tinggi mana Iman KIta dari iman sekelian
mereka..........dan itulah sifat orang islam yang beriman dengan Al
Quran dan sunnah.Dua petunjuk yang kita harus ingat.....satu petujuk
dakwah yang datang dari iman  yang datang dari lintasan malaikat yang
diperintahkan oleh Ar Rahman ditiup akannya kehati  pendakwah islam dan
mendakwahlah mukmin tadi...maka nampak akan perbezaan dakwahnya penuh
harap, kasih ! dan akhlak yang tinggi seumpama diajarkan oleh Nabi....dan
Petunjuk ke dua dakwah yang datang dari nafsu orang islam yang syirik di
tiup akan lintasan oleh syaitan yang direjam ,yang diperintahkan oleh
Iblis Laknatullah dan nampaklah peribadi pendawah tadi dalam mengajak
kepada islam dengan akhlak yang amat rendah sebagai mana akhlak syaitan
dan iblis .Maka kelihatan pendawah ini amat fanitik seolah berdendam dan
merasa puas kalau orang yang dibencinya masuk NEraka
Masyaallah...selamatkan lah.....Ingat masuknya Jannah anak adam itu
bukan dengan amal dan ilmu akan tetapi dengan rahmat
Allah.....Bersyukurlah kalau kita terpilih didalam Rahmatnya dan
kasihlah saudara lain jua agar mendapat akan rahmat dan tidak ada
jaminan kita untuk syurga dan tidak ada jua jaminan untuk mereka
neraka...Kerana Allahlah yang memegang hati makhluknya...Syurga dan
Neraka adalah miliknya jua.....jangan sekali kali merasa diri lebih
kerana itu s! ifat kaum yang mushrik lagi tercela...tandanya sering
mencela orang lain  dan bukan muhasabah diri.....WallahuA'lam......

katanya....

tua dah kubur wrote:

A'kum ...

saya cadangkan kita serahkan dr.maha menjadi pimpinan saudara fakrull ....
selamat menuju ke akhirat!!!.  bunyi punya lah lembut .... macam tok wali
mana nie !!! tapi kesalahan besar yang melibatkan iman/kufur pun tak boleh
nak beza ..... namun dirasanya yang dirinya hampir dengan Tuhan .... Tuhan
mana nie ??? Tuhan yang tak kesah betul ke salah ... malu lah sikit !!!
tengok lah sekali sekala kitab hikam ibn ata' tu , kalu kamu rasa dekat tu
tandanya kamu jauh nak mampus lah tu!!!  saya ni jenis tak  wujud ....
bayang saja tapi sekali sekala bila ngusik orang takut jugak!!!.

pemimpin zalim yang dapat hidayah dulu-dulu tu ada ke yang jenis masuk islam
dulu kemudian perli-perli, sindir-sindir hukum Tuhan, ngata-ngata ke Nabi
SAW ....... kamu ni auta lebih , setahu saya zalim sesama manusia biasa ada
le ??? macam kerat tengkuk kamu ke atau tengkuk aku ni !!! yang selalu
perlekeh hukum Tuhan, sunnah Nabi SAW tu jenis munafik . Ade ke orang yang
dihukumkan munafik kembali beriman .!.

jelasnya kamu tidak berada di hadratiLLAH .... check lah sendiri dengan
kitab ... kamu banyak kitab tua kan!. gua sememangnya tidak!! ..... jenis
kerdil , dungu , lemah .... banggang pulak tu mana layak untuk berada di
situ.

kes gini yang buat sufi macam songsang semua nya.

bila lah saya nak mati !!! (mati nafsu niE !!).
nak muda tak boleh dah!.

>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: luqman ismael <[EMAIL PROTECTED]>, Hizbi-Net <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Mengapa PM Begitu Tindakannya.....?
>Date: Sat, 28 Oct 2000 23:48:27 +0800
>
>Assalamualaikumm.. wahai sahabat.....
>Berikut adalah pandangan saya yang kerdil disisi Allah yang empunya
>segala isi langit dan bumi....insyaallah
>
>Apabila seseorang hamba itu jauh dengan Allah maka terumbang ambinglah
>ia tanpa pimpinan rohani dari yang Maha Ghaib....Segala tindakan tidak
>beserta keyakinan yang jitu mengikut akal manusia yang
>lemah.Persekitaran lebih ditakuti dari yang Mencipta persekitaran itu
>sendiri.....Ketahuilah sahabat hanya orang yang berada dihadrat Allah
>sahaja yang mampu membawa Islam ketepat yang sepatutnya..dan mereka yang
>be! rjaya duduk dihadrat tuhan adalah  hanya mereka yang terpilih dengan
>rahmatnya tiada daya usaha yang dapat memberi bekas untuk itu walau
>setinggi mana ilmu dan amal sekalipun...sama sama kita berdoa agar
>diberi pemimpin yang cintaka Allah ...tak kira siapa
>hatta....DR.Mahathir sendiri sekiranya mendapat rahmat dari Allah kita
>terima....tidak mustahi mengikut sirrah lampau pemimpin yang zalim
>menerima hidayat dan menjadi seorang ulama' yang terkenal didalam sirrah
>islam.....wallahua'allam.
>
>Pokok perbincanganya....
>
>akum saudara/i yg dirahmati Allah....
>
>Jika kita melihat sejak kebelakangan ini......PM kita byk membuat
>kenyataan
>yg lemah untuk menjelaskan sebab2 beliau tidak menjalankan hukum
>hudud...
>adakalanya saya terta! nya....apakah PM kita ini yg telah lama berkhidmat
>lagi berusia ini tidak faham2 kebaikan hukum hudud...?......apakah
>beliau yg
>berpandangan jauh ini tidak nampak hasil2 hudud jika ia
>dipraktikkan......
>akhirnya saya mengsyaki PM kita ini telah melihat satu perkara pokok yg
>menyebabkan beliau mencari alasan2 untuk tidak melaksanakan hudud.....
>mungkinkah beliau melihat ancaman Yahudi dan Amerika (yg terkenal anti
>hudud...).....yg akan melanda negara kita apabila hudud
>dilaksanakan......?
>Mungkinkah serangan Soros itu satu amaran bagi kita untuk tidak
>melaksanakan
>hudud.........?.....
>Apa komen2 saudara/i dlm hal ini..........mungkinkah PM telah melihat
>satu
>ancaman kpd negara jika hudud dilaksanakan...?.....
>
>--[ ORaNG MuDE ]-! -
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "luqman is! mael" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke