*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang

Assalamualaikum warah matullah
Semoga rakan semua berada di dalam rahmat dan kasih
sayang Allah sentiasa…

Teman teringat zaman teman muda-muda dulu… dulu,
sebelum teman sokong PAS, … teman selalu salahkan
orang PAS sebab tak nak dengo cakap orang lain… orang
PAS ni sama je….diorang je nak menang… orang PAS ni
ketegaq… degil tak kena tempat…. Fikiran sempit,
jumud… tak nak pembangunan… tak de wawasan…. bagi
teman.. bila nampak je orang PAS… teman bayangkan
kemunduran…. Teman selalu fikir orang PAS menolak
kemajuan… tak pandang ke depan… suka sangat kutuk
orang sedangkan diorang sendiri pun bukannya baik
sangat…  dan macam-macam sangkaan buruk lagi..

Ayah teman pun macam tu jugak dulu… nampak orang PAS
ni kolot… tak hargai jasa Umno memerdekakan Malaysia…
sedangkan kalo nak ikut hujjah akal… kerana Umno lah
M'sia mampu hidup merdeka.. Bebas dari penjajah… tak
de peperangan…. Tak de peristiwa 13 Mei… PAS tak
berterima kasih pada k'jaan yang dah bagi macam-macam
kesenangan hingga M'sia sendiri namanya gah di serata
dunia…

Padahal teman tak pikio semua tu berlaku atas kehendak
Allah dan kurnianNYA..… bermakna bila Allah bagi
kebebasan/ kemewahan kat kita, kita kena bersyukur dan
sepatutnya iman kita bertambah… dan seharusnya usaha
kita untuk mendalami/menjalankan hukum Allah
digandakan selaras dengan iman kita, sebagai tanda
syukur kita padaNYA… dan sekarang, bila ayah teman dah
join PAS, orang lain pulak yang kata dia cam tu…
sampai perang lidah dengan bapa saudara sendiri..
Ketua Kampung pulak tu…

Kawan-kawan teman pun camtu dulu dan fenomena ni
berlaku kat kebanyakan orang, sebelum mereka menyertai
PAS tu sendiri… bila mereka dah kenal PAS… baru la
mereka dapat rasa suka duka PAS… kita hanya mampu
pilih yang terbaik kerana tidak ada yang sempurna di
dunia ni melainkan Allah SWT… nak pilih yang terbaik…
berpandukan "kayu ukur' Allah, bukannya kerana jasa
orang/British…

Mengapa agaknya ye… bila orang sebut pasal agama, kita
rasa sensitiviti kita tercabar… kita rasa kita dah
mantap dalam ilmu agama… dan bila orang nak beri
sedikit penjelasan kita rasa seolah-olah mereka
menghina kita dan menganggap seolah-olah kita tak tau
pasal agama….padahal kita tak sedar dan masih "tak
nampak" apa yang disampaikan tu.. kita rasa kita dah
nampak tapi sebenarnya masih kabur, hinggalah kita
sendiri berusaha mencari maksud tersirat tu….teman pun
bengang jugak dulu sebab selalu rasa terhina, teman
rasa seolah-olah kakak teman anggap teman ni tak
belajar agama.. tak tau hukum Allah …

Kakak teman pun sama je macam kita sebelum dia kenal
PAS ni… dulu, dia sekolah agama , pada mulanya sekolah
tu tak mewajibkan pelajar pakai tudung labuh… tapi
bila sekolah tu mewajibkan pakai tudung labuh, dia
bengang… apa taknya… masa tu, bila tengok tudung
labuh, memang dok bayang PAS la… masa tu dia pun benci
PAS.. wal hal itulah sebenarnya yang terbaik kan…. Dan
sekarang ni Alhamdulillah bila dah faham dia pulak
yang ajak orang lain… apa yang teman cuba nak
sampaikan di sini, jika kita berfikiran terbuka,
cubalah jadikan diri kita di tempat yang berlainan…
fikir dua hala dan fikir baik buruknya..

Teman dulu.. mula-mula teman cuba berfikir ikut cara
Umno dan kemudiannya teman bandingkan dengan "kayu
ukur" Allah… kemudian teman cuba fikir cara PAS… dan
bandingkan dasar perjuangan mereka dengan "kayu ukur"
Allah dan setelah dibuat perbandingan… teman buat
pilihan yang terbaik… bukan fikir tak tentu hala..
tapi.. berfikir setelah teman korek ilmu sedalam
mungkin mengenai kedua-dua pilihan ni….

Teman mula diperkenalkan dengan PAS masa teman form
three (1993) … itupun jenuh gaduh dengan kakak teman….
tapi ye la… dah kakak sendiri… gaduh-gaduh pun.. dia
tetap kakak teman… lagipun teman ni mudah dipujuk… dia
buat lawak sikit je… teman pun ok balik…. Tapi lepas
tu gaduh balik…. Ada sekali tu memang teman bengang
sangat sangat sangat sampaikan dendam kat dia… dan
untuk balas dendam, teman cuba sedaya upaya cari
hujjah yang mantap untuk menolak hujjah dia… teman
fikir berkali-kali… teman baca buku-buku agama… teman
dengar ceramah agama.. dan masa nak masuk form four
(1994), teman saja pilih nak sekolah kat K'tan,
(walaupun arwah mak tak bagi sebab jauh sangat)
sebabnya, nak cuba cari kesalahan PAS….tapi malangnya,
teman tak jumpa jugak hujjah yang mantap tu… tapi
teman makin membenarkan apa yang dia kata…. Teman tak
pandang pembangunan yang memakan harta berjuta sebab
Allah pun tak pandang semua tu… apa yang Allah pandang
dan apa yang Allah nak.. hambaNYA melaksanakan apa
yang disuruh dan TINGKATKAN IMAN / BANYAKKAN AMALAN..
bukannya TINGKATKAN PEMBAZIRAN / BANYAKKAN BANGUNAN….
Rakyat M'sia pun masih ramai yang tak cukup makan…

Akhirnya teman mula fikir…. Ngapa teman tak jumpa
hujjah lain untuk menolak hujjah dia…Apa yang dia kata
tu memang betul.. kalo dia salah… ngapa golongan orang
yang arif tentang ilmu agama menyokong PAS… seperti
ustaz-ustaz, ulama'-ulama' dsb…  kalo tak silap teman,
dalam hadith ada disebut..'hati kita akan mati jika
tidak mendampingi ulama' (orang yang arif tentang
agama) melebihi 3 hari'… hadith ini mengajak kita
mengikut jejak langkah mereka bukan setakat
berdamping/dok dekat… dan Rasulullah juga mengiktiraf
para ulama' kerana mereka adalah pewaris Nabi.. 

Kalo bandingkan antara kita dengan ulama', setakat
mana lah ilmu kita… teman la tu… jadi, kita kena kaji
di mana silapnya bila para pewaris Nabi ni menyokong
apa yang kita tak sokong…… silap diorang ke? Kalo
silap diorang, kenapa makin ramai orang mengikut jejak
mereka…? Adakah mereka mengajak kita buat perkara
mungkar? Kaji sedalam-dalamnya, baca buku-buku agama,
majalah, harakah… bukan setakat dengar tv je… nak jadi
orang yang adil.. kita pun kena adil jugak la kan
mencari bahan bukti…

Dalam memilih apa jua benda dalam dunia ni…. Apa yang
kita mesti nampak dulu ialah Allah…. Maksud teman,
jadikan hukum/aturan/undang-undang Allah tu sebagai
kayu pengukur bagi kita untuk memilih apa jua yang
kita inginkan… contohnya, pilih makanan, kita akan
pilih yang halal selaras dengan hukum Allah…… dan
tentunya pilih pemimpin pun, kita pilih yang
melaksanakan hukum Allah, sebab kita tau Allah
menjanjikan azab neraka bagi yang ingkar padaNYA…

Teman bukan apa.. bagi teman, dalam umur kita yang
kian meningkat ni, sepatutnya kita dah mempunyai satu
pemikiran yang syumul, sempurna, seimbang dan penuh
yakin mengikut kehendak Allah… bila kita memilih
pemimpin, bermakna kita juga kena bersedia memikul
dosa pemimpin tersebut bila dia buat salah…

Maaf andai ada terkasar bahasa… ilmu teman memang lah
tak semantap mana.. malah masih cetek dan diri teman
sendiri pun banyak buat dosa… tapi masih cuba
memperbaiki diri …  waallahua'lam

Ma'assalamah




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf!  It's FREE.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: teman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke