*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ UMNO memutarbelitkan ayat Al-Qur'an dalam sidang Parlimen.. http://www.harakahdaily.com/okt/m31okt2000_1.shtml ======================== Banyak perkara yang menarik dalam perbentangan Budget 2001. Maka kita mendengar Daim Zainuddin membaca sepotong ayat Al-Qur'an... "...negeri yang baik, dan Tuhan yang Maha Pengampun.." (Surah Saba' 34:15) Bunyi arabnya ialah..baldat(un) thoyyibat(un) was robb(un) ghafuur(un). Maka seorang menteri UMNO membaca ayat Al-Qur'an tanpa memahami hakikat maknanya sebenar. Dia menghiasi "pidato"nya dengan sepotong ayat Al-Qur'an. Mari kita perhatikan maknanya sekali lagi.. "..negeri yang baik.." yang menjadi negara Islam contoh. Tetapi menyokong kelab judi Tan Sri Haniff Omar di Genting Highlands. "..Tuhan Yang Maha Pengampun.." kerana memuja undang-undang buatan manusia setaraf dengan hukum-hukum Allah. Menganiaya Anwar Ibrahim dan membazirkan wang rakyat membuat projek- projek mega. Sebenarnya ayat Surah Saba' 34:15 adalah berkenaan sebuah negeri zaman dahulu yang diberikan oleh Allah rezki yang banyak SEBAGAI UJIAN. Rakyatnya disuruh beriman dan taat kepada peraturan-peraturan Allah. Akan tetapi, mereka menjadi angkuh dan berpendapat kemewahan dan kemajuan yang mereka dapat adalah hasil kejayaan mereka sendiri. Mereka tidak perlu mengikut ajaran-ajaran Allah, oleh itu ... "Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan.." (Saba' 34:16) "Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka.."(Saba' 34:16) Persoalannya, jika negeri Saba' adalah sebuah negeri Islam, kenapa Allah membinasakan sebuah negeri yang penduduknya adalah orang-orang Islam? Mereka diperintah supaya "bersyukur" atas rezki yang banyak sebagai pemberian Allah? Adakah mereka dimurkai Allah kerana tidak berkata "Syukur AlHamduliLLah"? Apakah "kekufuran" mereka itu? Jawapannya ialah .. rakyat negeri Saba' telah dihantar nabi-nabi supaya beriman kepada Allah. Mereka merasa angkuh dan menganggap segala kemewahan yang mereka ada itu tiada kaitan dengan KEIMANAN kepada Allah. Mereka mengingkari dakwah Islam yang disampaikan kepada mereka, sebab itulah Allah menghancurkan mereka kerana pada asalnya mereka adalah kafir. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>