*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SUMBANGAN ILMIAH KEPADA WARGA HIZBI.
Semoga kita semua memperoleh manfaat.

=============================================================

Temingat Di Belantara wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Forwarded>>>>>>>
> 
> BEBERAPA KEKELIRUAN PENENTANG HUKUM MURTAD
> 
> Golongan yang menentang hukum hudud ke atas orang yang murtad nampaknya membawa
> beberapa hujah yang kononnya membuktikan bahawa hukum bunuh ke atas si murtad
> (yang tidak bertaubat dan kembali kepada Islam setelah diminta berbuat demikian
> oleh pihak berkuasa), bukanlah satu hukum yang disepakati di kalangan ulama
> Islam. Jadi mana-mana pihak berkuasa yang tidak memperkanunkan hukum murtad
> dianggap tidak berdosa kerana memakai `pendapat ulama' yang mengatakan si murtad
> tidak dibunuh.
> 
> Dalam rencana yang lepas (Hadis sahih atau palsu: Bunuh Si Murtad - majalah
> Fokus `JOM BOIKOT MEDIA' Editor Suria Janib) saya telah membahaskan tentang
> kewajipan melaksanakan hukuman bunuh ke atas orang murtad yang tidak bertaubat
> (walaupun secara palsu/bohong di hadapan hakim) dan hukuman tersebut adalah
> disepakati (ijma`) oleh ulama muslimin sejak para Sahabat, Tabi`in, Tabi`
> al-Tabi`in dan para ulama pewaris Nabi s.a.w. seterusnya hingga akhir
> zaman. Beberapa kekeliruan atau hujah celup golongan penentang itu juga telah
> saya bahas dan hapuskan.
> 
> Namun masih ada segelintir di kalangan umat Islam dewasa ini yang kalah dan
> pasif terhadap keadaan semasa yang tidak lagi berpihak kepada ketuanan Islam
> (iaitu dengan keruntuhan sistem Khilafah) masih lagi bertindak melakukan proses
> meneutralisasikan (`amaliyyah tatbi`/neutralization process) hukum Islam ini
> dengan keadaan semasa. Ini disebabkan oleh kelemahan dan kegagalan mereka
> berhadapan dengan gelombang pemikiran dan tamadun Barat yang kerap mengkritik
> aliran Islam yang mereka sifatkan sebagai `ortodoks/ekstrim/fundamental' yang
> sememangnya mereka tidak senangi.
> 
> Untuk berhadapan dengan rakan-rakan akademik Barat yang berfikiran sedemikian,
> segelintir ilmuan Islam tadi mula
> membuat kajian semula (I`adah al-Nazor/refreshing the view point) terhadap
> beberapa hukum Islam yang dipertikaikan
> oleh ilmuan Barat supaya ia dilihat selari dengan perkembangan zaman kini yang
> didominasikan oleh Barat. Hasilnya,
> anak-anak umat Islam tadi mempertikaikan  ijma` para ulama sepanjang zaman
> dengan beberapa hujah yang kononnya
> baru mereka temui, membuktikan bahawa hukum hudud ke atas si murtad itu bukanlah
> hukum yang disepakati dan ia juga
> kononnya bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama yang dianjurkan oleh
> al-Quran sendiri.
> 
> Saya akan menyenaraikan beberapa lagi hujah celup mereka itu dan akan
> membahaskannya semula satu persatu untuk
> mengeluar dan memurnikan natijah yang asal, iaitu hukum bunuh ke atas si murtad
> yang tidak bertaubat dan kekal
> mengisytiharkan kemurtadannya, adalah satu hukum yang disepakati oleh seluruh
> ulama muslimin sepanjang zaman
> berdasarkan nas-nas yang sahih dan sabit daripada ucapan Nabi s.a.w dan amalan
> para Sahabat r.a. selepasnya.
> 
> Berikut adalah beberapa kekeliruan mereka yang menganggapnya sebagai hujah untuk
> menafikan ijma` ulama:
> 
> Pertama:
> Hukum bunuh ke atas si murtad adalah bertentangan dengan prinsip tiada paksaan
> dalam agama (al-Din) yang dianjurkan
> oleh al-Quran dalam Surah al-Baqarah: 256. Kata mereka, walaupun ayat ini turun
> berkaitan dengan perbuatan memaksa
> orang kafir memeluk Islam, tetapi kaedah dalam memahami al-Quran ialah
> "ayat-ayat yang menggunakan lafaz umum,
> maka hukumnya jatuh kepada umum walaupun sebab turun ayat adalah berkaitan
> dengan perkara-perkara yang khusus"
> (al-`ibrah bi `umum al-lafzi la bi khusus al-sabab).
> 
> Ulasan:
> Sebenarnya tiada apa-apa percanggahan antara kehendak ayat di atas dengan
> kehendak hadis-hadis  sahih yang
> memerintahkan hukuman bunuh si murtad. Ini kerana ayat di atas adalah khusus
> untuk memberitahu bahawa tiada dan
> tidak boleh memaksa seseorang yang belum Islam agar memeluk Islam. Buktinya,
> perkataan `al-Din' itu adalah merujuk
> kepada Islam sahaja dan bukan kepada agama-agama lain yang dikenali di dunia
> hari ini. Ini berdasarkan bahawa `al-Din'
> yang sebenar dan satu-satunya diiktiraf oleh Allah ialah Islam, dan kepercayaan
> yang selainnya tidak dinamakan `al-Din'.
> (Lihat Surah Ali `Imran:19 dan 85) Perlu disebut bahawa hampir semua perkataan
> `al-Din' dalam al-Quran merujuk
> kepada `Islam' yang dibawa oleh para nabi a.s. melainkan beberapa tempat sahaja
> ia bermakna `Hari Kebangkitan
> /Pembalasan' bila ia disandarkan kepada perkataan lain seperti `yawm" (hari)
> (Lihat Sheikh Muhammad Fu`ad `Abd
> al-Baqi, al-Mu`jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur'an al-Karim, Dar al-Hadith,
> Kaherah, cet. ke-3, 1991). Oleh yang
> demikian, mengatakan ayat 256 Surah al-Baqarah itu meliputi semua agama secara
> umum adalah satu tafsiran yang
> menyeleweng dan lari daripada kehendak Allah s.w.t. dalam ayat-ayat lain yang
> jelas membawa maksud perkataan
> `al-Din' itu sebagai Islam. Jadi kaedah keumuman hukum yang mereka pakai itu
> tiada kena mengena dengan tafsiran
> al-Baqarah: 256 tersebut.
> 
> Kesimpulannya, ayat 256 Surah al-Baqarah itu tidak bercanggah dengan perintah
> (hadis) membunuh si murtad yang telah
> mencabul kehormatan Islam dengan menghebohkan kemurtadannya kepada orang lain.
> Mendakwa ayat tersebut
> bercanggah dengan hadis sahih berkenaan hukum murtad adalah satu dakwaan yang
> lemah, lebih lemah daripada sarang
> labah-labah. Oleh kerana kemasukan seseorang itu ke dalam Islam adalah
> berdasarkan keredhaan dan keikhlasan hati
> sendiri tanpa paksaan sesiapa, maka tidak timbul persoalan menyekat kebebasannya
> untuk keluar daripada Islam,
> sebaliknya persoalan yang timbul ialah pencabulan kehormatan Islam dan
> penghinaan kepada penganutnya yang
> beriltizam. Dengan ketegasan hukum murtad ini, seseorang itu tidak akan berani
> untuk menyamar memeluk Islam,
> sebaliknya yang memeluk Islam itu semuanya berdasarkan kefahaman yang jelas dan
> keikhlasan hati yang tulus. Penganut
> yang ramai tanpa kualiti dengan membawa sifat nifaq dan kepura-puraan tidak
> menguntungkan Islam, sebaliknya akan
> membawa fitnah kepada Islam dan merosakkannya dari dalam.
> 
> Kedua:
> Mereka mengatakan bahawa hukum bunuh si murtad adalah satu hukuman yang amat
> keras. Sekiranya Allah s.w.t.
> menghendaki hukum itu, sudah tentu Allah s.w.t. akan menyebutkannya
> sekurang-kurangnya dalam satu ayat. Sebaliknya
> tiada satu ayat pun yang menyebutkan bentuk hukuman dunia termasuk hukum bunuh
> itu, yang ada hanyalah hukuman
> akhirat.
> 
> Ulasan:
> Ini adalah hujah yang menggunakan logik akal semata-mata yang tiada kena mengena
> dengan gaya berhujah cara Islam.
> Hujah ini sama dengan hujah kumpulan Azariqah daripada puak Khawarij yang
> mengatakan hukum rejam sampai mati
> terhadap penzina muhsan adalah tidak wujud kerana Allah s.w.t. tidak
> menyebutkannya dalam al-Quran. Memandangkan
> hukuman itu amat dahsyat, tidak mungkin Allah s.w.t. tidak menyebutkannya dalam
> al-Quran. Oleh kerana tiada disebut
> hukum itu dalam al-Quran, maka hukum itu tidak wujud dalam Islam.
> 
> Begitulah logik kosong mereka, walaupun hadis sahih yang memerintahkan hukum
> rejam ke atas penzina muhsan itu
> adalah hadis mutawatir yang qat`iy al-Thubut wa al-Dilalah (yakin dan muktamad
> dari segi kesabitannya daripada Nabi
> s.a.w. dan dari segi kefahaman maknanya).
> Satu persoalan logik bodoh juga patut dilontarkan kepada mereka ini: Apakah
> Allah s.w.t. hanya berhak menurunkan
> wahyu kepada Nabi s.a.w. dalam bentuk hadis apabila sesuatu perintah itu
> menepati logik dan rasional manusia sahaja?
> Jika ianya tidak logik atau rasional kepada manusia, maka Allah s.w.t. tidak
> berhak menurunkannya? Sedangkan kita
> diberitahu oleh Allah s.w.t. sendiri bahawa Nabi s.a.w. itu tidak bercakap
> berdasarkan hawa nafsu, sebaliknya semua
> ucapan, perbuatan dan tingkah lakunya adalah berdasarkan wahyu daripada Allah
> s.w.t. (Lihat Surah al-Najm: 3)
> 
> Namun perlu didalami semula, apakah benar bahawa di dalam al-Quran tiada
> langsung hukuman atau pun isyarat
> hukuman ke atas orang murtad? Sebenarnya, paling kurang terdapat isyarat hukuman
> bunuh ke atas si murtad di dalam
> al-Quran, kalau pun tidak terdapat hukuman khusus untuk jenayah tersebut. Ayat
> 33 Surah al-Maidah (ayat al-Hirabah)
> ada menyatakan hal tersebut:
> 
> "Sesungguhnya balasan bagi orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan
> melakukan fasad (kerosakan) di
> muka bumi ialah sama ada dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kakinya
> secara bersilang atau dibuang
> negeri……."
> 
> Walaupun ayat ini difahami oleh kebanyakan ulama sebagai ayat untuk menghukum
> penjenayah rompak dan samun, tetapi
> tidak dapat dinafikan bahawa perbuatan murtad secara terang-terangan adalah
> salah satu daripada perbuatan memerangi
> Allah dan Rasul-Nya. Maka ada ulama Salaf (ulama yang hidup pada tiga ratus
> tahun yang pertama Hijrah) yang
> berpendapat hukum bunuh si murtad itu juga diambil daripada ayat ini, selain
> hadis-hadis sahih lain yang bertindak sebagai
> penghurai. Antara yang berkata demikian ialah Abu Qilabah dan lain-lain (Lihat
> Ibn Rajab al-Hanbali, Jami` al-`Ulum wa
> al-Hikam, m.s: 32; juga Dr. Yusuf al-Qaradawi, Malamih al-Mujtama` al-Muslim
> Allazi Nansyuduhu, m.s: 41, cet.
> pertama, Maktabah Wahbah, Kaherah, 1993).
> 
> Bila kita menyebut tentang ayat al-Hirabah ini, satu persoalan penting mesti
> diungkitkan. Jika golongan penentang hukum
> murtad berhujah mengatakan hukum bunuh si murtad tidak disebut dalam al-Quran,
> maka ianya tidak perlu dilaksanakan,
> maka soalan balas kita: Baiklah, anda berkata demikian kerana kononnya hukum
> tersebut tidak disebut dalam al-Quran,
> jadi bagaimana pula hukum-hukum lain yang Allah s.w.t. sebutkan sejelas-jelasnya
> seperti hukum zina, tuduhan zina tanpa
> saksi, mencuri, merompak samun, membunuh dan lain-lain? Adakah pihak berkuasa
> yang anda sokong itu telah
> memperkanun dan melaksanakannya atas dasar ianya disebut secara terang dalam
> al-Quran? Jawabnya; hukum yang
> disebut secara terang pun tidak diperkanun dan dilaksanakan juga! Jadi apa
> gunanya anda berhujah konon hukum bunuh
> si murtad tidak disebut dalam al-Quran maka tidak wajib melaksanakannya,
> sedangkan yang disebut secara terang dan
> jelas pun anda tidak perkanun dan laksanakan?
> 
> Ketiga:
> Dakwaan mengatakan hukuman bunuh ke atas si murtad yang tidak bertaubat dan
> kembali kepada Islam sebagai satu
> hukuman yang disepakati (ijma` ulama) adalah tidak benar. Ini kerana definisi
> ijma` ialah "persepakatan seluruh ulama
> mujtahidin daripada umat Islam pada sesuatu zaman selepas kewafatan RasuluLlah
> s.a.w. dalam sesuatu hukum syar`ie".
> Dalam masalah hukuman ke atas si murtad ini, "persepakatan seluruh ulama
> mujtahidin" itu tidak wujud kerana ada
> beberapa ulama yang berpendapat si murtad tidak dibunuh, antaranya Ibrahim
> al-Nakha`ie, Sufyan al-Thawri,
> Shamsuddin al-Sarakhsi dan Abu al-Walid al-Baji. Jadi tidaklah menjadi kesalahan
> jika memakai pendapat yang
> mengatakan si murtad tidak dibunuh.
> 
> Ulasan:
> Inilah antara masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pengkaji dalam memahami
> hukum Islam berdasarkan tulisan-tulisan
> ulama silam. Mereka seolah-olah lemas dan karam dalam lautan `perselisihan
> ulama', lalu mendakwa setiap orang bebas
> mengikuti mana-mana pendapat yang disukainya berdasarkan pertimbangan akalnya.
> Ini mereka lakukan tanpa
> menganalisis apakah yang diperselisihkan oleh ulama itu, apakah perselisihan
> pada sesuatu hukum wajib atau pada cara
> bagaimana hendak melaksanakan kewajipan itu, apakah sebab perselisihan itu
> berlaku, sama ada perselisihan pada
> pemahaman terhadap sesuatu nas atau disebabkan terdapat nas yang bertentangan.
> 
> Masalah `lemas dan karam' ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya
> tidak menguasai bahasa asal (Arab) yang
> digunakan oleh ulama silam, tidak mempunyai asas yang kuat dalam bidang
> pengajian syariah kerana mungkin belajar
> dalam bidang yang berlainan atau tidak mempunyai asas langsung dalam pengajian
> Islam, tidak mencapai atau membaca
> sendiri apa yang diperkatakan atau ditulis oleh seseorang alim sebaliknya
> mengetahui pendapat seseorang alim itu
> berdasarkan cakap atau tulisan pihak kedua, ketiga atau keempat (merujuk rujukan
> sekunder dengan meninggalkan
> rujukan primer/ummahatul kutub), terpengaruh dengan idea dan metodologi
> pengkajian sekularis dan orientalis, tidak
> ikhlas mencari ilmu untuk mencapai kebenaran, ataupun sebab-sebab yang lain.
> 
> Marilah kita selidiki satu persatu kebenaran dakwaan kononnya Ibrahim
> al-Nakha`ie dan beberapa ulama lain itu
> berpendapat si murtad tidak wajib di bunuh. Sebelum itu, perlu ditegaskan sekali
> lagi bahawa hukuman bunuh ke atas si
> murtad yang mengisytiharkan kemurtadannya dan tidak kembali kepada Islam adalah
> satu hukuman yang disepakati oleh
> paling kurang generasi Sahabat r.a. kalau pun tidak seluruh ulama sepanjang
> zaman. Maka syarat "persepakatan seluruh
> ulama mujtahidin pada sesuatu zaman selepas kewafatan Nabi s.a.w. terhadap
> sesuatu hukum syar`ie" telah wujud
> sebelum wujudnya Ibrahim al-Nakha`ie dan beberapa orang ulama yang dikatakan
> berpendapat si murtad tidak wajib
> dibunuh. Ini kerana "persepakatan" itu  telah berlaku di kalangan para Sahabat
> r.a. lagi tanpa diketahui walaupun seorang
> daripada mereka membantah tindakan Abu Bakar dan `Ali r.a. yang memerangi dan
> membunuh orang murtad. Ijma` para
> Sahabat ini tidak boleh dibatalkan hanya sekadar ada riwayat yang tidak dapat
> dipastikan kesahihannya mengatakan
> sebaliknya. Apatah lagi ianya hanyalah pendapat manusia yang boleh diterima atau
> ditolak berbanding dengan beberapa
> hadis sahih yang jelas lagi terang maksudnya. Apakah sekumpulan hadis sahih itu
> dicampakkan ke luar pagar hanya
> kerana ada pendapat beberapa ilmuan yang berkata sebaliknya?
> 
> Sesetengah ulama meriwayatkan bahawa Ibrahim al-Nakha`ie (seorang Tabi`ie dari
> Iraq, meninggal pada tahun 95H)
> berkata, "orang murtad diminta bertaubat selama-lamanya". Mereka memahami
> daripada kata-kata ini bahawa orang
> murtad tidak sekali-kali dibunuh, sebaliknya dipenjara dan diperintah bertaubat
> sehinggalah dia bertaubat atau mati dalam
> penjara. (Lihat Ibn Qudamah, al-Mughni 10/77; al-Nawawi, al-Majmu`, 19/230;
> al-`Ayni, al-Binayah Syarhu
> al-Hidayah, 5/852; Ibn Hazm, al-Muhalla, 11/186; al-Syawkani, Naylu al-Awtor,
> 7/221; juga Dr. Muhd Mursi
> Ghunaym, Jarimah al-Riddah fi al-Fiqh al-Islami, 180).
> 
> `Abd al-Razzaq pula menyebutkan dalam kitab al-Musannafnya bahawa Sufyan
> al-Thawri telah meriwayatkan pendapat
> tersebut daripada al-Nakha`ie lalu berkata, "inilah yang kami pegang". Oleh
> kerana itu, pendapat yang sama disandarkan
> kepada al-Thawri (`Abd al-Razzaq, al-Musannaf, 1/166; al-Nawawi, al-Majmu`,
> 19/230).
> 
> Sebenarnya, riwayat daripada al-Nakha`ie itu dipertikaikan kesahihannya kerana
> al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan dalam
> kitabnya Fathu al-Bari bahawa terdapat dua riwayat daripada al-Nakha`ie
> sebenarnya. Riwayat Sa`id bin Mansur dengan
> sanadnya bahawa al-Nakha`ie berkata, "Apabila seseorang lelaki atau wanita itu
> keluar daripada Islam, hendaklah
> keduanya diminta bertaubat. Jika bertaubat, mereka bebas, jika enggan, mereka
> dibunuh". Manakala satu lagi ialah
> riwayat Ibn Abi Shaybah dengan sanadnya bahawa al-Nakha`ie berkata, "orang
> murtad tidak dibunuh". Ibn Hajar
> berkata, "riwayat yang pertama lebih kuat kerana salah seorang periwayat dalam
> sanad Ibn Abi Shaybah, iaitu Abu
> `Ubaydah adalah lemah dan meriwayatkan banyak percanggahan daripada al-Nakha`ie"
> (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fathu
> al-Bari, 12/280).
> 
> Jadi pendapat yang kuat dan sahih daripada al-Nakha`ie sebenarnya ialah sama
> dengan pendapat para ulama majoriti
> yang lain yang mengatakan si murtad wajib dibunuh bila enggan bertaubat. Setelah
> kita mengetahui pendapat yang kuat
> (rajih), maka wajiblah kita mengetepikan pendapat yang lemah (marjuh) kerana
> beramal dengan yang rajih itu adalah
> wajib. (Lihat tentang hal ini dalam al-Isnawi, Nihayah al-Sul, 3/156;
> al-Ghazzali, al-Mustasfa, 2/349, al-Amidi, al-Ihkam,
> 4/206).
> 
> Apatah lagi ada ulama yang menukilkan daripada al-Nakha`ie bahawa beliau
> berpendapat si murtad perempuan wajib
> dibunuh, iaitu sama dengan pendapat majoriti ulama  (lihat Ibn Qudamah,
> al-Mughni, 10/74; Ibn Hajar, Fathu al-Bari,
> 12/280; al-`Ayni, al-Binayah, 5/854; Syeikh Abu Zahrah, al-`Uqubah, 173).
> 
> Jika al-Nakha`ie berkata perempuan murtad wajib dibunuh, amatlah tidak masuk
> akal si lelaki murtad tidak pula wajib
> dibunuh. Ini memperkuatkan lagi hujah bahawa riwayat yang mengatakan al-Nakha`ie
> berpendapat si murtad tidak
> dibunuh adalah riwayat yang lemah dan palsu.
> 
> Jika ditakdirkan riwayat tersebut adalah riwayat yang sahih daripada al-Nakha`ie
> sekalipun, namun perkataan "diminta
> bertaubat selama-lamanya" itu tidaklah hanya membawa makna si murtad tidak
> dibunuh sahaja, kerana mungkin ia
> bermaksud si murtad diminta bertaubat selagi ada harapan ia akan bertaubat walau
> selama mana pun. Bahkan inilah
> makna yang difahami oleh al-Thawri (al-`Ayni, al-Binayah fi Syarh al-Hidayah,
> 5/852) dan Sheikh Abu Zahrah dalam
> kitabnya al-`Uqubah (m.s: 176). Namun apa yang pasti riwayat itu adalah tidak
> sabit daripada al-Nakha`ie seperti
> ditegaskan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani. Apatah lagi jika dibandingkan riwayat
> yang tidak pasti itu dengan sekumpulan
> hadis yang dipastikan kesahihannya daripada Nabi s.a.w. dan amalan Sahabat r.a.
> 
> Setelah terbukti riwayat yang mengatakan tidak wajib bunuh si murtad itu tidak
> sahih daripada al-Nakha`ie, maka
> gugurlah seluruh pegangan segelintir ulama yang dikatakan sependapat dengan
> al-Nakha`ie seperti Sufyan al-Thawri,
> Shamsuddin al-Sarakhsi dan Abu al-Walid al-Baji (walaupun tidak dinyatakan oleh
> puak penentang hukum murtad di
> mana kedua tokoh ulama yang terakhir ini berpendapat sedemikian). Ini kerana
> semua pendapat mereka itu hanyalah
> bersumberkan al-Nakha`ie(taqlid)  tanpa nas atau dalil.
> 
> Keempat:
> Kebanyakan ulama berpendapat hukum hudud tidak boleh disabitkan dengan hadis
> ahad. Hadis yang bermaksud
> "Sesiapa yang menukar agamanya maka bunuhlah dia" adalah hadis ahad, walaupun ia
> diriwayatkan secara sahih oleh lima
> pengarang kitab besar hadis kecuali Imam Muslim,  maka tidak boleh diamalkan
> untuk menjatuhkan hukuman hudud
> bunuh ke atas si murtad. Perkara (kekeliruan?) ini dibawa oleh al-Marhum Sheikh
> Mahmud Syaltut dalam bukunya
> al-Islam Aqidah wa Syari`ah m.s: 281.
> 
> Ulasan:
> Ulama yang berpendapat hadis ahad tidak kuat sebagai hujah untuk menjatuhkan
> hukum hudud ialah segelintir daripada
> ulama dalam mazhab Hanafi sahaja, bukannya kebanyakan ulama seperti didakwa oleh
> Syeikh Syaltut. Tetapi bagaimana
> pula dengan ulama Hanafi yang lebih ramai berpendapat sebaliknya (boleh
> menghukum hudud dengan hadis ahad yang
> sahih dan sabit)?
> 
> Yang sebenarnya, pendapat sedemikian hanya di peringkat teori dalam perbahasan
> Usul al-Fiqh sahaja, tetapi bila sampai
> di peringkat praktikal (al-Fiqh), tiada seorang pun ulama dalam mazhab Hanafi
> yang mempertikaikan hukum bunuh ke
> atas si murtad yang mengisytiharkan kemurtadannya, bahkan semua mereka
> bersepakat seperti kesepakatan ulama Salaf
> dan Khalaf yang lain.  Bukalah kitab-kitab induk mazhab Hanafi seperti
> al-Hidayah Syarhu Bidayah al-Mubtadi (oleh
> al-Marghinani) serta syarah-syarahnya (seperti al-Binayah, Fathu al-Qadir dan
> lain-lain), al-Mabsut (al-Sarakhsi),
> Badaie` al-Sonaie` (al-Kasani), Tabyin al-Haqaiq (al-Zayla`ie) dan lain-lain
> lagi, nescaya kita akan dapati semua mereka
> kata sepakat si murtad yang tidak bertaubat wajib dibunuh. (Lihat Dr. Muhd Mursi
> Ghunaym, Jarimah al-Riddah fi
> al-Fiqh al-Islami, m.s: 185, 186).
> 
> Kelima:
> Memang benar terdapat hadis-hadis sahih yang memerintahkan supaya si murtad
> dibunuh,  tetapi ianya tidak harus
> difahami secara zahirnya kerana ada beberapa hadis lain yang menjadi qarinah
> (isyarat) yang memesongkan makna zahir
> hadis itu kepada makna yang tersirat. Antara hadis yang menjadi qarinah itu
> ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
> al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang Badwi telah berbai`ah (bersumpah setia
> masuk Islam) dengan Nabi s.a.w.
> Apabila kesusahan menimpanya di Madinah, beliau meminta supaya Nabi s.a.w.
> memecat bai`ahnya sebanyak tiga kali,
> tetapi tidak dihiraukan oleh Nabi s.a.w. sehingga Badwi itu berlalu pergi.
> Ibn Hajar dan al-Nawawi menukilkan daripada Qadhi `Iyad mengatakan si Badwi itu
> meminta Nabi s.a.w. memecatnya
> daripada Islam (iaitu satu kemurtadan yang jelas), tetapi Nabi s.a.w. tidak pun
> menghukum ataupun suruh Sahabat
> menghukum bunuh ke atas si Badwi itu, sebaliknya beliau dibiarkan bebas keluar
> meninggalkan Madinah tanpa halangan
> sesiapa.
> 
> Kekeliruan ini dibawa oleh Dr. Muhammad Salim al-Ewa dalam bukunya Fi Usul
> al-Nizom al-Jinai al-Islami, Dar
> al-Ma`arif, Kaherah, m.s: 141 dan selepasnya).
> 
> Ulasan:
> Memang benar itu nukilan pendapat Qadhi `Iyadh, tetapi jangan lupa bahawa
> al-Nawawi dan Ibn Hajar juga memberi
> ulasan tentang pendapat Qadhi `Iyadh itu dengan mengatakannya sebagai pendapat
> yang marjuh (lemah). Pendapat yang
> rajih (kuat) ialah yang mengatakan lelaki Badwi itu meminta Nabi s.a.w.
> memecatnya daripada residensi (kewajipan
> tinggal) di Madinah selepas berhijrah dan berbai`ah (bersumpah setia) untuk
> tinggal di sana. Demikian kata al-Nawawi
> dalam Sharhu al-Nawawi `ala Sahih Muslim, 9/156.
> 
> Ibn Hajar pula membuat ulasan, "Nampak secara zahirnya si Badwi itu meminta
> beliau dipecat daripada Islam, begitulah
> keputusan Qadhi `Iyadh, tetapi ulama selainnya berpendapat si Badwi itu meminta
> beliau dipecat atau dibenarkan untuk
> tidak tinggal di Madinah, kerana kalau tidak demikian sudah tentu Nabi s.a.w.
> mengenakan hukuman bunuh kerana
> murtad ke atasnya (Fathu al-Bari, 4/166).
> 
> Pandangan ini disokong oleh ulasan Ibn al-Tinnin yang mengatakan bahawa sebab
> Nabi s.a.w. enggan memenuhi
> permintaan si Badwi itu ialah kerana tidak mahu menolongnya atas maksiat. Ini
> kerana bai`ah pada asalnya ialah atas
> dasar tidak keluar dari Madinah, maka tindakan keluar tanpa keharusan syarak
> merupakan perbuatan maksiat. Perlu
> disebut bahawa hijrah ke Madinah adalah wajib ke atas setiap orang Islam sebelum
> pembukaan kota Makkah, sesiapa
> yang tidak berhijrah maka tiada lagi hubungan persaudaraan antaranya dengan umat
> Islam yang lain (Fathu al-Bari,
> 13/212, 213).
> 
> Berdasarkan ulasan al-Nawawi dan Ibn Hajar di atas, maka jelaslah permintaan si
> Badwi itu adalah untuk keluar dari
> Madinah, bukan untuk keluar daripada Islam. Maka dari sini bertambah jelaslah
> tiada apa-apa percanggahan dalam
> tindakan Nabi s.a.w. terhadap jenayah murtad, kerana si Badwi itu bukanlah
> murtad seperti difahami daripada satu
> pendapat yang lemah. (Lihat Dr. Muhd Mursi Ghunaym, Jarimah al-Riddah fi al-Fiqh
> al-Islami, m.s: 194, 195).
> 
> Keenam:
> Ada satu lagi riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w. tidak menghukum bunuh ke atas
> si murtad, iaitu riwayat al-Bukhari
> daripada Anas r.a. bahawa seorang lelaki Nasrani telah memeluk Islam lalu
> membaca Surah al-Baqarah dan Ali `Imran
> serta mencatatkannya untuk Nabi s.a.w. tetapi selepas itu si lelaki itu kembali
> kepada agama Nasraninya (murtad) dan
> berkata, "Muhammad tidak tahu melainkan apa yang telah aku catat sahaja…", lalu
> beliau ditakdirkan menemui ajal
> selepas itu. Orang ramai mengebumikannya tetapi bumi tidak menerima mayatnya
> (memuntahkannya).
> Pembawa hujah ini (Dr. Muhd Salim al-Ewa dalam Fi Usul al-Nizam al-Jina'I
> al-Islami, m.s: 153 ) berkata tiada pun
> riwayat yang mengatakan Nabi s.a.w. memerintahkan lelaki itu dikejar dan
> dibunuh, sedangkan menurut riwayat Muslim,
> lelaki itu lari keluar dari Madinah dan bergabung dengan kaum Nasrani yang lain.
> 
> Ulasan:
> Oleh kerana lelaki murtad itu telah melarikan diri dan bergabung dengan kaumnya,
> bagaimana mungkin Nabi s.a.w. akan
> mengenakan tindakan bunuh ke atasnya? Apa yang nyata, lelaki itu tidak
> dijatuhkan hukuman bunuh kerana terhalang oleh
> tindakannya melarikan diri. Namun sekiranya beliau ditangkap juga selepas itu
> pun, hukuman tidak juga dapat
> dilaksanakan kerana beliau telah `dibunuh' oleh Allah s.w.t. sehingga bumi pun
> tidak mahu menerimanya, berdasarkan
> riwayat yang sahih daripada Thabit bin Abdillah, dan ini sebagai pengajaran
> kepada orang lain. Berpegang kepada
> peristiwa ini untuk mengatakan Nabi s.a.w. tidak menghukum si murtad adalah satu
> perbuatan mengelirukan yang amat
> tidak patut.
> 
> Ketujuh:
> Jika hukum bunuh ke atas murtad dijalankan, orang-orang bukan Islam akan takut
> dengan Islam dan tidak akan
> mendekati Islam. Ini seolah-olah hukum bunuh si murtad itu tidak selari dengan
> prinsip berhikmah dalam berdakwah.
> 
> Ulasan:
> Dalam keadaan negara umat Islam hari ini tidak menjalankan hukum murtad dan
> hukum-hukum hudud yang lain pun,
> kebanyakan orang bukan Islam terutamanya dari Barat sudah lama memberi gambaran
> buruk terhadap Islam kerana
> sememangnya mereka tidak akan merestui agama Allah ini tertegak di muka bumi.
> Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani
> (dan juga sesetengah penganut agama selainnya) tidak akan redha terhadap umat
> Islam sehinggalah umat Islam mengikut
> jejak langkah mereka (merujuk al-Baqarah: 120).
> 
> Dalam keadaan umat Islam di Palestine, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, Kosovo,
> Timor Timur, Ambon dan Maluku tidak
> melaksanakan hukuman murtad pun, orang-orang bukan Islam di tempat mereka tidak
> melakukan kebaikan terhadap
> mereka bahkan apa yang berlaku ialah penindasan, kekejaman, pembunuhan
> beramai-ramai yang amat tragis ke atas
> mereka! Jadi apakah kita sanggup mengetepikan perintah Allah s.w.t. yang terang
> lagi jelas dalam hukum hudud
> semata-mata untuk mendapat restu orang bukan Islam yang pasti tidak akan kita
> capai?
> 
> Daripada ulasan-ulasan terhadap beberapa kekeliruan di atas, ternyatalah
> golongan yang menentang hukum hudud ke atas
> si murtad tidak mempunyai sebarang hujah yang tegak untuk diamalkan, sebaliknya
> hanyalah kekeliruan yang
> disengajakan (atas beberapa faktor) atau pun tidak disengajakan.
> 
> Daripada perbahasan ini juga, kita dapat putuskan secara yakin bahawa hukum
> bunuh ke atas si murtad yang tidak
> bertaubat dan mengisytiharkan kemurtadannya kepada orang lain adalah satu hukum
> yang disepakati (ijma`) oleh para
> ulama sejak dahulu sehingga bila-bila, kerana tidak terdapat bukti yang boleh
> dipakai bahawa ijma` tersebut dibatalkan
> oleh sesiapa pun.
> 
> Setelah diyakini bahawa hukum bunuh ke atas si murtad adalah satu hukum hudud
> yang tidak berubah, langkah tidak
> memperundangkannya akan membawa bala bencana yang besar terhadap umat Islam.
> Lihatlah apa yang berlaku di
> Afghanistan apabila orang-orang Islam yang murtad dengan menganut ideologi
> komunisme tidak dihukum. Setelah
> golongan murtad ini tidak dibendung dan telah menjadi satu komuniti yang
> mempunyai fahaman khusus, akhirnya mereka
> akan mengkhianati agama dan umat Islam yang komited dengan Islam sehingga
> berlakulah peperangan dan pembunuhan
> beramai-ramai. Apa yang berlaku di Afghanistan lebih sedekad lalu kini berlaku
> pula di Timor Timur, Ambon dan
> seterusnya di Maluku setelah orang-orang Melayu yang murtad dan dimurtadkan itu
> membentuk satu kaum yang berlainan
> daripada orang-orang Melayu asal yang beragama Islam. Semoga dengan penjelasan
> ini kita akan mengorak langkah yang
> lebih positif ke arah memperkanunkan undang-undang Allah s.w.t. yang paling baik
> untuk manusia.
> 
> __________________________________________________________
> This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke