www.harakahdaily.com

BELANJAWAN TANPA ARAH YANG BELUM SIAP
Ucapan Perbahasan Belanjawan
Dato' Fadzil Mohd. Noor
Ketua Pembangkang 30 Oktober 2000


Assalamualaikum wrt,

Tuan Yang DiPertua,

Saya ucapkan ribuan terima kasih atas izin yang diberikan untuk saya berucap
bagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2001. Perbahasan
Belanjawan telah menjadi satu agenda tahunan dalam mana-mana amalan
demokrasi berparlimen, bahkan pencetus keperluan penubuhan parlimen dalam
sejarah amalan demokrasi British ala-Westminster.

Justeru, forum dan pentas perdebatan yang membicarakan seluruh pengurusan
kewangan, ekonomi dan perbendaharaan negara ini perlu diberi segala
penghormatan, kepentingan dan kemuliaan yang selayak dan sewajar baginya.

Kedudukan Belanjawan adalah penting untuk menjadi alat menjaga kesihatan
ekonomi secara tahunan, sementara dasar-dasar pengurusan ekonomi yang
bersifat jan! gka panjang seperti Dasar Pembangunan Negara, Rancangan Malaysia
ke-8 dan juga Outline Perspective Plan 3 (OPP3) dengan izin, perlu diberi
perhatian dan fokas dalam proses untuk membaik-pulih pengurusan ekonomi
negara secara lebih berkesan dan bersifat jangka jauh. Dewan ini perlu
diingatkan supaya perbincangan Belanjawan tahunan yang dilakukan secara
rutin, mesti disejajarkan dengan polisi dan dasar pengurusan ekonomi dan
pembangunan negara untuk lebih bermakna dan berkesan lagi.

Tun Yang DiPertua

Sebelum saya memulakan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2001 di
Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan rasa tertarik kepada bahagian
penutup ucapan Menteri Kewangan Jumaat lalu yang merujuk kepada Surah Saba'
yang mengajak kita bersyukur kepada pencipta kita yakni Allah S.W.T atas
kemakmuran yang dicurahkannya kepada kita.

Kami amat bersetuju bahawa segala kesyukuran secara mutlaknya hanya kepada
Allah azzawajalla. ! Oleh itu janganlah kita sebagai 'beneficiary' daripada
kemurahan al-khaliq itu memaksa dan menuntut orang lain bersyukur dengan
kita sedangkan kita hanya diberi amanah oleh rakyat melaksanakan
tanggungjawab kita di muka bumi ini.

Saya nampak Menteri Kewangan cuba mengingatkan hal ini kepada orang tertentu
yang ke sana ke mari cuba meraih simpati minta disanjung, dipuji dan
disyukuri.

Cerita Surah Saba' Oleh kerana surah ini telah disentuh, lebih lanjut
daripada itu, elok kita meneliti sejarah kaum Saba' seperti yang diceritakan
oleh al Quran. Dalam ayat 16, sebagai sambungan ayat 15 yang dibacakan oleh
Menteri Kewangan, Allah berfirman, maksudnya: "Tetapi mereka berpaling
(menderhaka kepada Allah kerana tidak mematuhi seluruh perintahnya), maka
kami datangkan kepada mereka banjir yang besar (pelbagai musibah dalam
pelbagai bentuk) dan kami tukarkan kedua-kebun mereka dengan dua kebun yang
ditumbuhi (pohon-pohon) yang berbuah ! pahit, pohon Atsi dan sedikit dari
pohon Sidr.

Ayat 17 pula menerangkan: "Demikian kami memberikan balasan kepada mereka
kerana kekufuran mereka dan kami tidak menjatuhkan azab (yang demikian itu),
melainkan hanya kepada orang-orang yang sangat kufur. Tun Yang DiPertua,
Dinamakan Surah ini Saba' kerana di dalamnya terdapat kaum Saba'.

Saba' adalah nama suatu qabilah dari pelbagai qabilah Arab yang tinggal di
daerah Yeman sekarang. Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama
Kerajaan Sabaiyyah, ibu kotanya bernama Ma'arib, kerana telah dapat
membangun suatu empangan raksaksa diberi nama 'Empangan Ma'arib' sehingga
negeri mereka subur dan makmur.

Kemewahan dan kemakmuran ini menyebabkan kaum Saba' begitu angkuh, lupa dan
engkar perintah Allah yang telah melimpahkan nikmat-Nya kepada mereka, serta
mereka juga engkar akan seruan para Rasul. Disebabkan keengkaran mereka ini
Allah menimpakan mereka azab berupa banjir bes! ar yang ditimbulkan oleh
bolosnya bendungan (empangan) Maarib. Setelah empangan Maarib pecah, negeri
Sabak menjadi kering dan musnah sama sekali. Ini isyarat daripada Allah yang
sangat wajar dijadikan iktibar oleh Kerajaan BN, bahawa mereka jangan angkuh
kerana kononnya mereka mencipta pelbagai kejayaan.

Mereka membina KLIA, Menara Kembar, Putrajaya, Cyberjaya dan macam-macam
lagi. Kita tidak menentang pembinaan ini, tetapi pembinaannya telah
merangsang rasa angkuh dan sombong yang bukan kepalang sehingga lupa diri
dan memaksa rakyat supaya 'bersyukur' kepada kerajaan BN, pada hal yang
dituntut di sini ialah pemimpin BN mesti menyatakan dengan jelas rasa syukur
atas segala nikmat dan kurnia Allah kepada negara ini, bukan sebaliknya,
iaitu menderhaka kepada Allah kerana menolak hukum dan peraturan Allah.

Mereka membina masjid mega, untuk menunjukkan konon mereka sangat mengambil
berat dengan pembangunan Islam. Tetapi dalam masa ya! ng sama mereka
mengadakan pelbagai halangan dan sekatan untuk menghalang dakwah berkembang
di masjid dan surau, dengan hujjah kononnya ustaz yang mengajar membawa
unsur politik dan membawa pecah belah. Ini adalah hujjah yang sama digunakan
di mana saja pemerintahan sekular dan anti agama sejak zaman berzaman,
seperti pemerintahan sekular Kamal Attaturk di Turki, kerajaan sekular di
Tunisia, Mesir, Algeria, bahkan di Indonesia dan lain-lain.

Sebenarnya mereka bimbang, jika dakwah berkembang subur, rakyat berpegang
kepada Islam sekukuh-kukuhnya, maka rakyat semakin meninggalkan UMNO/BN. Ini
sebenarnya yang mereka takuti. Mudah-mudahan denagn memahami konteks sebenar
ayat ini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah dan sentiasa berharap
akan pertolongan-Nya saja. Senario Umum Ekonomi Malaysia

Tun Yang DiPertua,

Saya memberi tajuk kepada belanjawan 2001 sebagai "Belanjawan Tanpa Arah dan
Belum Siap". Ini kerana semasa u! capan Menteri Kewangan Jumaat lalu, beliau
telah menggariskan lima strategi utama. Namun beliau mencadangkan supaya
tumpuan khusus diberikan kepada tiga daripada lima teras utama. Lalu beliau
tidak langsung menyentuh strategi "mengenal pasti sektor pertumbuhan baru"
dan strategi "meningkatkan kualiti hidup". Kedua-duanya saya rasa amat
penting bagi menjamin ekonomi yang berkembang dan berdaya tahan. Bila pulak
agaknya beliau akan menghuraikan kedua-dua strategi ini?Selagi belum
dihurai, saya menganggap belanjawan ini belum siap.

Tun Yang DiPertua,

Jelasnya ekonomi telah semakin pulih dan negara telah keluar dari kegawatan
ekonomi. Barisan Alternatif turut mengiktiraf kedudukan perkara ini. Kita
sedar bahawa pertumbuhan ekonomi dalam tempoh suku tahun pertama tahun 2000
ialah 11.9 %. Bank Negara pula mengumumkan pertumbuhan sebanyak 8.8% dalam
suku kedua, satu pengurangan sebanyak 3%. Kita tidak harus terlalu gusar
dengan nila! i-nilai ini.

Pertumbuhan pada awal pemulihan telah dipacu oleh sektor pembuatan dengan
Indeks Produksi Industri (IPI) yang tinggi dan juga merupakan sepertiga
daripada KDNK (GDP). Dalam suku tahun kedua, sektor pembuatan tumbuh
sebanyak 20% sementara sektor pembinaan hanya tumbuh sebanyak 3% (rumah kos
sederhana dan projek infrastruktur kerajaan) dan perkhidmatan sebanyak 6.5%.
Walaupun akaun semasa dan imbangan dagangan nampaknya sihat, import semakin
meningkat dan lebihan dagangan semakin menipis kebelakangan ini.

Pakar-pakar ekonomi tempatan telah mulai meragukan samada pemulihan tahap
pertama yang digerakkan oleh pelaburan dan penggunaan (consumption) awam
mampu diikuti oleh pelaburan dan penggunaan pihak swasta. Inilah yang
diharapkan akan mencetuskan pemulihan dari segi bekalan kewangan (money
supply) dan pertumbuhan pinjaman (loan growth). Namun ia masih belum dapat
dipastikan.

Tuan Yang DiPertua,

Kalau pun p! emulihan ekonomi tahun 2000 tampaknya macam menyeluruh, kita
masih terdedah kepada berbagai risiko perkembangan negatif dalam senario
ekonomi antarabangsa terutama memandangkan pertumbuhan ekonomi Malaysia
adalah di pacu eksport. Pertama, ada risiko berkaitan dengan terjadinya
kemelesetan besar di dalam ekonomi Amerika Syarikat sekiranya berlaku
kejatuhan di dalam pasaran saham. Kedua, peningkatan kadar faedah
antarabangsa berbanding kadar faedah dalam negara boleh mengurangkan aliran
masuk dana.

Ketiga, jika pasaran barangan elektronik jatuh mendadak, maka pertumbuhan
eksport akan terjejas. Kempat, jika pelaburan terus berada di dalam
kemelesetan, maka pertumbuhan ekonomi dalam tahun 2000 akan turut terjejas.
Kelima, wujud ketidaksejajaran di antara pertumbuhan ekonomi benar dengan
pemulihan pasaran saham membayangkan modal jangka pendek dan 'hot money'
masih menguasai ekonomi dan pasaran di kuasai oleh kegiatan spekulatif.

O! leh itu adalah bijak untuk melihat pemulihan yang berlangsung sekarang
dengan pendekatan yang berhati-hati. Perbincangan dan dialog ini akan terus
berlaku dan berbagai teori dan telahan akan seterusnya dibuat oleh pakar
tempatan dan juga antarabangsa. Saya menjangkakan bahawa belanjawan kali ini
akan mengambil kira senario ini dalam penyediaannya. Tapi, seperti ramalan
beberapa orang pakar ekonomi, ianya belanjawan yang tiada kelebihan atau
keistimewaan, mungkin kerana pilihanraya masih jauh. Belanjawan Politik dan
Bukan Belanjawan Pertumbuhan

Tun Yang DiPertua,

Keseluruhan pembentangan belanjawan kali ini secara umumnya mendedahkan
kepada satu perancangan ekonomi yang kelam kabut dan tidak merujuk kepada
satu perancangan jangka panjang atau jangka sederhana. Ini kerana kedua-dua
pelan yang sediaada iaitu 2nd Outline Perspective Plan (1990-2000) dan
perancangan jangka sederhana Rancangan Malaysia ke tujuh (RM7) (1996-2000)
ke! dua-duanya tamat dalam tahun 2000, sementara rangka perancangan jangka
panjang seterusnya hanya akan dibentangkan tahun depan.

Pihak kerajaan boleh mendakwa bahawa belanjawan kali ini adalah lanjutan
atau fasa terakhir kedua-dua pelan, tetapi jika kita meneliti secara
mendalam, belanjawan ini tidak lebih daripada belanjawan politik UMNO/BN
dalam usaha mereka mendapatkan semula pengaruh yang terhakis dalam
pilihanraya yang lalu. Ianya tidak langsung memberikan gambaran ianya
belanjawan untuk pertumbuhan seperti yang didakwa.

Kita kagum dengan peruntukan RM 204.79 juta kepada JAKIM, RM 67.25 juta
untuk Kementerian Pendidikan dan RM 51.34 juta kepada Jabatan Perdana
Menteri untuk aktiviti Islam. Semua niat baik ini dihapuskan oleh tindakan
kerajaan BN yang cuba memisahkan rakyat daripada institusi ulama, menekan
pendidikan Islam dari peringkat tadika hingga universiti, mengecilkan fungsi
masjid, melaga-lagakan masyarakat melalui perl! antikan jawatankuasa masjid
yang tidak demokratik, melabel gerakan Islam sebagai fanatik, memperkecilkan
hasrat rakyat untuk menjuruskan anak mereka dalam jurusan agama, menghalang
kuliah-kuliah dan majlis ilmu semata-mata kerana dimakmurkan oleh 'parti
pembangkang', mengugut untuk mendakwa pemimpin Parti Islam yang melaksanakan
tugas dakwah, dan bermacam-macam lagi kerenah pemimpin BN.

Ada juga pemimpin tertinggi UMNO yang cuba berlagak sebagai ulama dengan
memberikan petua-petua termasuk mengenai solat yang mengelirukan,
menggunakan akal semata untuk mempertikaikan hukum syara' dan perintah yang
termaktub dalam al Quran. Sebahagian daripada hujjah pemimpin UMNO ini
adalah sama dengan pandangan kumpulan anti-hadith yang pada sepanjang zaman
mahu meruntuhkan akidah umat Islam.

Saya mencadangkan supaya peruntukan khas disediakan kepada JAKIM untuk
memulihkan akidah kumpulan anti-hadith ini serta mana-mana pemimpin negara
yang s! ealiran dengannya. Kami tidak dapat menerima sebarang tindakan yang
mensabotaj Islam. Jika BN serius, kami mahu mencadangkan supaya sebahagian
peruntukan di atas dijadikan biasiswa untuk menghantar anak-anak kita ke
institusi pengajian tinggi seperti Al Azhar, Madinah, Jordan dan sebagainya.
Janganlah kita meragui masa depan lulusan agama ini, kerana sebagai mata
rantai dakwah Islam, mereka mempunyai tugas berat dan penting.

Kami kesal tindakan kerajaan menghasut pentadbiran Universiti Al Azhar untuk
tidak menerima kemasukan pelajar Malaysia melainkan mereka mempunyai
kelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia, suatu peperiksaan yang dikendalikan
oleh kerajaan. Selama ini pelajar kita dapat memasuki Al Azhar berbekalkan
berbagai sijil yang diiktiraf. BA sentiasa mahukan pembangunan seimbang dan
tidak hanya mereng kepada pembangunan fizikal.

Tun Yang DiPertua,

Sebelum saya pergi lebih lanjut, saya minta JAKIM dan masyarakat Islamnegara ini melihat satu pelanggaran terhadap Islam yang berlaku dalam
keghairahan sebahagian kita mencari keuntungan. Saya tidak mahu mengulang
pendedahan tentang tokoh ternama Melayu yang mempengerusikan
syarikat-syarikat judi seperti Magnum Corporation dan Genting Berhad kerana
saya yakin semua sudah tahu.

Saya ingin mendedahkan perihal syarikat di mana Permodalan Nasional Berhad
(PNB) merupakan antara pemegang saham terbesarnya terlibat melabur dalam
syarikat yang aktivitinya bertentangan dengan Islam. Begitu juga saham
amanah lain dan juga LTAT dan KWSP. Sebagai contoh, syarikat Hap Seng
Consolidated Bhd di mana PNB memegang 12.56% sahamnya, adalah pemegang 25.7%
saham Carlsberg Brewery Malaysia Berhad. KWSP juga mempunyai hampir 8 juta
saham atau 1.12% saham Genting Berhad.

Saham Amanah Sabah pula melabur dalam Repco Holdings Berhad yang juga
merupakan syarikat judi. Lembaga Tabung Angkatan Tentera pula melabur lebih
! 62 juta saham dalam Resorts World Berhad, sebuah lagi syarikat judi.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh didedahkan tetapi apa yang saya nak
sebutkan ialah kita tidak mahu pelabur-pelabur dari kalangan umat Islam
teraniaya apabila pelaburan mereka dalam saham amanah atau simpanan mereka
dalam tabung seperti LTAT dan KWSP terlibat dalam pelaburan yang haram.

Saya ingin bertanya kepada umat Islam yang melabur samada mereka mahu
mendapat hasil daripada aktiviti perjudian atau arak? Bagaimana kita mahu
mendapatkan keberkatan apabila aktiviti kita dicemari oleh kegiatan haram.
Perkara ini mesti dihentikan segera. JAKIM perlu bertindak segera.
Belanjawan Balas Dendam

Tun Yang DiPertua,

Jika belanjawan asal 2000 yang dibentangkan pada Oktober 1999 adalah
belanjawan persediaan pilihanraya bagi BN, belanjawan kali ini adalah
belanjawan balas dendam. Ini amat mudah disaksikan apabila Perdana Menteri
dan juga Menteri Kewangan dalam u! lasan mereka selepas pembentangan
belanjawan, merasionalkan kenapa tiada bonus diberikan untuk kakitangan
perkhidmatan awam.

Mereka mengatakan bahawa kenaikan gaji 10% tahun lalu adalah lebih tinggi
daripada bonus sebulan. Ini adalah kenyataan yang mengelirukan serta
menggambarkan ketidakikhlasan pemimpin negara. Apakah mereka tidak dapat
membezakan antara kenaikan gaji dengan bonus? Adakah asas pemberian bonus
dan kenaikan gaji itu sama pada anggapan mereka? Tidakkah mereka peduli
untuk memahami bahawa kenaikan gaji berkait dengan kos hidup yang sentiasa
meningkat sementara bonus adalah bentuk pengiktirafan terhadap kerja kuat
sektor awam yang bersedia berdikit-dikit semasa negara susah tanpa
mengurangkan prestasi kerja mereka?

Tidakkah kakitangan awam menjadi tulang belakang kepada apa yang dikatakan
sebagai 'pemulihan ekonomi' Malaysia? Tentunya mereka layak menerima bonus.
Kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam harus ban! gkit bersuara
mempertikaikan permainan kata-kata pemimpin BN ini.

Kami melihat sikap kebudak-budakan pemimpin BN ini adalah cara mereka
menunjukkan rasa marah mereka terhadap kakitangan awam yang telah
menggunakan platform demokrasi menyokong parti yang mereka suka. Dalam
pilihanraya yang lalu, BA mendapat sokongan kakitangan awam. Dengan itu,

Tun Yang DiPertua,

saya mencadangkan kerajaan mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang cukup
hebat semasa tempoh kegawatan ekonomi lalu, dengan memberikan mereka bonus
sekurang-kurangnya satu bulan gaji, dengan jumlah minimanya RM 1000.00.
Antara yang ketara sifat balas dendam kerajaan ialah tiadanya pemotongan
cukai koperat seperti yang disebut-sebut sebelum ini. Apakah kerajaan juga
marah dengan kumpulan peniaga yang dilihat sudah mula cenderong kepada BA
dalam pilihanraya lalu?

Jika BN bersikap 'gentleman' dan percaya kepada sistem demokrasi yang selama
ini telah mengurn! iakan mereka kuasa, mereka juga harus bersedia untuk
menerima hukuman rakyat melalui sistem yang sama apabila mereka menyeleweng.
Kita melihat tingkah laku sumbang dan balas dendam BN ini juga berlaku di
negeri Terengganu. Menteri Kewangan cuba berbohong dalam parlimen apabila
menyamakan royalti minyak kepunyaan Terengganu dengan wang ehsan yang entah
dari mana datangnya.

Rakyat telah melihat sendiri isi perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan
Terengganu. Kita juga telah membaca sendiri siri ucapan pemimpin negara
dalam Parlimen pada masa lalu yang dicatit dalam hansard Parlimen, yang
mengakui bahawa bayaran tunai kepada kerajaan Terengganu oleh Petronas
adalah bayaran royalti. Tetapi Perdana Menteri cuba mengenepikan isu ini
dengan menyamakan kedua-dua terminologi ini, malah mengambil sikap tidak
menghiraukan perbedaan kedua-duanya.

Inilah sikap angkuh dan sombong yang menganggap rakyat jahil dalam memahami
isu ini. Ada pul! a Menteri yang menganggap perjanjian-perjanjian tersebut
sebagai MoU saja. Ini lagi karut. Hukuman BN Terhadap Rakyat Terengganu Tuan
yang DiPertua, Pengumuman kerajaan untuk tidak membayar wang royalti minyak
sebanyak 5% secara tunai yang telah jelas termeterai dalam satu perjanjian
di antara kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas pada 22 Mac 1975 adalah
amat merosakkan imej kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab sekaligus
mencemarkan nama baik imej syarikat gergasi negara iaitu Petronas.

Pelanggaran ini serentak membawa erti bahawa nasib yang sama mungkin sahaja
boleh berlaku kepada mana-mana pihak yang membuat perjanjian dengan pihak
kerajaan atau syarikat syarikat besar kepunyaan kerajaan, yang boleh sahaja
dimansuhkan dengan pengarahan dari pihak kerajaan. Sudah ada laporan dalam
media antarabangsa bahawa syarikat asing takut untuk mencuba nasib di negara
ini melihat kepada kerenah pemimpin yang tidak beramanah ini.

S! ifat berpegang kepada janji ini adalah sifat penting yang dianjurkan oleh
Islam. Orang yang memungkiri janji telah melakukan dosa besar. Antara
tanda-tanda besar golongan munafik ialah berdusta dan mungkir janji. Saya
tidak terkejut jika pemimpin BN tidak mengambil kira pandangan Islam dalam
hal ini kerana mereka terlalu marah apabila kalah besar di Terengganu.
Insaflah BN. Kerajaan perlu sedar dan insaf bahawa perkara seumpama ini
secara langsung memberi kesan ke atas prestasi ekonomi dan usaha untuk
membaik-pulih imej negara di mata dunia perniagaan antarabangsa.

Dalam dunia perniagaaan, terutamanya dalam amalan perdagangan elektronik
atau e-commerce, ketelusan, kesetiaan dan pertanggungjawaban adalah etika
perniagaan yang dianggap paling mustahak. Kalau contoh episod wang royalti
inilah yang ditampilkan oleh pengurusan dan tabiat kerajaan ini, maka BA
meramalkan bahawa semakin buruklah tanggapan dan persepsi masyarakat
perniagaan a! ntarabangsa terhadap negara ini. Saya dapat bayangkan bagaimana
perasaan rakan kongsi Petronas di peringkat antarabangsa seperti di Iran dan
Sudan, menerima episod zalim kerajaan BN ini.

Telah sampai masanya supaya reformasi ke arah pengurusan dan pentadbiran
yang lebih telus, bertanggungjawab dan beramanah perlu di institusikan oleh
kerajaan.

Tun Yang DiPertua,

Langkah menafikan kerajaan negeri Terengganu dan rakyat Terengganu dalam
pembayaran royalti minyak ini memberi isyarat bahawa kerajaan Pusat sudah
tidak lagi menghormati sistem demokrasi Federalisme dan enggan mengiktiraf
kerajaan negeri yang dilantik secara sah dan demokratik oleh rakyat. Dalam
isu ini, tak perlulah Menteri Kewangan atau sesiapa saja menyuruh kita
membawa kes ini kepada mahkamah untuk mencari pentakrifan sebenar antara
'royalti' dan 'wang ehsan'.

Sesiapa pun tahu apa makna 'bayaran secara tunai' dan apa yang dimaksudkan
dengan 'kerajaan N! egeri' iaitu pihak yang menerima bayaran seperti yang
termaktub dalam perjanjian berkenaan, kecuali mungkin pemimpin BN yang
meleleh air liur melihat sejumlah wang diberikan kepada satu kerajaan negeri
yang berlainan dasar dengan mereka. Tidak payahlah BN bersusah untuk
mendapatkan mana-mana pihak yang bersetuju menggantikan 'kerajaan negeri'
dengan 'JKKK' yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat bagi menerima wang rakyat
Terengganu ini.

Kes yang terang nyata ini boleh diputuskan oleh rakyat teramai dan janganlah
kita susahkah seorang hakim yang sekarang pun berada dalam keadaan susah
hati. Berat hati kami untuk menyatakannya tetapi kami tidak nampak keadilan
akan dapat ditunjukkan oleh sistem mahkamah dibawah telunjuk pemimpin BN.
Lebih menyedihkan,

Tun Yang DiPertua,

BN cuba mengalihkan pandangan rakyat atas kelemahan pentadbiran sepanjang
mereka memerintah Terengganu dan meletakkan punca kelemahan ini ke atas PAS
yang ba! ru memerintah. Cuba kita teliti apa yang telah berlaku di Terengganu
selama ini. Warisan Ekonomi Pemerintah UMNO/BN di Terengganu

Tun Yang DiPertua,

Selama lebih 30 tahun kerajaan UMNO/BN memerintah negeri Terengganu dan
sudah lebih 20 tahun negeri Terengganu menikmati hasil kekayaan minyak
pemberian Allah SWT, namun negeri itu masih mempunyai bilangan rakyat
termiskin yang kedua paling ramai di Malaysia selepas Kelantan. Kalau
dilihat pendapatan purata bulanan isi rumah - sebagai ukuran kemiskinan -
maka kita dapati pendapatan purata bulan isirumah di Terengganu adalah kedua
terendah selepas Kelantan.

Apakah yang menyebabkan terjadinya fenomena ini? Saya mengajak kita
menganalisis dan merungkai permasalahan ini. Pendapatan Per Kapita Kedua
Tertinggi Industri petroleum telah membawa kekayaan kepada negeri
Terengganu. Dari sebuah negeri yang amat miskin di zaman sebelum penjumpaan
minyak, negeri Terengganu telah menjadi ant! ara negeri terkaya di Malaysia
sekarang ini. Diukur dengan KDNK per kapita (lihat Jadual 1), negeri
Terengganu adalah negeri kedua terkaya dengan KDNK per kapita berjumlah
RM19,880 dalam tahun 1998.

Ianya kalah hanya dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan KDNK per
kapita RM25,100. Negeri-negeri lain semuanya dikalahkan oleh Terengganu.
Hatta negeri yang dikatakan yang lebih awal dan amat pesat membangun
sekalipun iaitu Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor kini berada
dibelakang negeri Terengganu.

Negeri Kedua Termiskin Namun, negeri Terengganu adalah negeri yang kedua
paling ramai rakyat miskin selepas Kelantan. Dalam tahun 1997, sebanyak
17.3% daripada jumlah isirumah di negeri Terengganu miskin. Ini tidak berapa
jauh bezanya daripada Kelantan, negeri termiskin di Malaysia yang mempunyai
kadar kemiskinan 19.2% (lihat Jadual 2). Melihat kepada pendapatan purata
bulan isirumah (Jadual 3) juga menunjukkan fenomena kem! iskinan memang ketara
di negeri Terengganu. Ianya berjumlah RM1,497 dalam tahun 1998, merupakan
yang kedua terendah di Malaysia selepas Kelantan.

Itu pun tidak jauh berbeza daripada pendapatan purata bulanan isi rumah di
Kelantan yang hanya RM248 lebih rendah pada RM1,249. Maknanya, rakyat negeri
Terengganu dan Kelantan masih sama-sama miskin. Lagi pun harus diingat
bahawa dalam tahun 1976 rakyat negeri Perlis dan Kedah adalah lebih miskin
daripada rakyat Terengganu (lihat Jadual 4).

Kini setelah lebih 20 tahun keadaan sebaliknya pula yang berlaku - lebih
ramai rakyat Terengganu yang miskin daripada rakyat Kedah dan Perlis. Ini
amat menghinakan kerana negeri Perlis dan Kedah tidak memiliki minyak.
Begitu juga halnya berbanding dengan negeri Kelantan. Kelantan memanglah
negeri miskin dengan pendapatan per kapita yang paling rendah di Malaysia
iaitu pada RM4,067.

Kadar kemiskinan yang tinggi dalam suasana pendapatan per kapit! a yang tinggi
- pendapatan per kapita yang kedua tertinggi tetapi kedua pula termiskin -
dengan jelas menunjukkan betapa lebar dan melebarnya jurang perbezaan
pendapatan di kalangan rakyat negeri Terengganu. Dalam hal ini keadaan
negeri Kelantan adalah lebih baik kerana wujud agihan pendapatan yang lebih
merata. Kepincangan Pengurusan Ekonomi

Tun Yang DiPertua,

Kenapa ini boleh terjadi? Saya akan menyebut perkara-perkara berikut agar
UMNO/BN tidak boleh berlagak sombong dan menyangka mereka pandai mentadbir
ekonomi. Ini tidak lain hanyalah menunjukkan kepincangan-kepincangan
berikut:

1. Kekayaan negeri Terengganu bertumpu di dalam tangan segelintir kecil
makhluk Terengganu: Makhluk ini tidak lain dan tidak bukan ialah makhluk
pemerintah ketika itu, dan yang rapat dengan pemerintah. Ahli sains politik
memanggil makhluk ini sebagai kroni. Ini menunjukkan bahawa amalan kronisme,
nepotisme, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan! penyalahgunaan sumber
berleluasa dan memuncak di Terengganu. Selama lebih daripada 30 tahun rakyat
Terengganu memberi amanah kepada kerajaan UMNO/BN memerintah dengan harapan
untuk menghirup secebis keadilan dan kemakmuran tetapi apa yang terjadi
ialah amanah ini telah dipecahkan hancur berkecai.

2. Kekayaan negeri Terengganu tidak mengalir dan tidak beredar di dalam
negeri Terengganu dan dari tangan ke tangan rakyat Terengganu: Kekayaan
negeri hanya beredar di dalam kelompok kecil segelintir rakyat Terengganu.
Lebih teruk lagi, kelompok kecil yang membolot kekayaan ini nampaknya tidak
pula membelanjakan kekayaan mereka di dalam negeri Terengganu.
Berkemungkinan mereka membelanjakan kekayaan mereka di luar negeri
Terengganu - melabur, membeli-belah, membeli hartanah dan sebagainya
semuanya di luar negeri Terengganu. Kalau hal ini tidak berlaku manakan
mungkin terjadinya jurang perbezaan pendapatan yang begitu ketara melebarnya
di ! Terengganu. Sungguh berbeza dengan negeri-negeri lain. Ini memperlihatkan
bahawa apa yang dipanggil kesan "spill-over" dari kekayaan minyak sebenarnya
tidak terjadi di Terengganu.

3. Kekayaan negeri Terengganu tidak dilaburkan di dalam usaha yang boleh
menaikkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat: Pemerintah lebih ghairah
untuk mendirikan bangunan-bangunan, tugu-tugu dan lain-lain kegunaan yang
tidak produktif. Juga kekayaan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang
beroperasi di luar negeri Terengganu sehingga ekonomi dan rakyat negeri
Terengganu tidak dapat merasakan kesan limpahan ("spill-over effect")
daripada pelaburan berkenaan.

Pelaburan-pelaburan yang di buat - dalam negeri dan luar negeri - telah rugi
sehingga bukan sahaja kekayaan negeri Terengganu telah terhakis begitu
sahaja malah negeri dibebankan pula dengan hutang-hutang lapok. Semasa
kerajaan BA mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu, beban hutang
mele! bihi RM 700 juta sedia menunggu. Tanggungan hutang anak-anak syarikat
kerajaan negeri seperti Perwaja Steel, Gunawan Steel, Pelangi Air dan
lain-lain sungguh mengerikan.

4. Tidak ramai anak tempatan Terengganu bekerja di dalam industri minyak.
Harus diingat bahawa pekerja-pekerja di dalam industri petrolium
berpendapatan relatifnya lumayan. Kalau ramai anak tempatan bekerja dalam
sektor ini tentulah ia boleh melonjakkan pendapatan purata bulan isi rumah
di Terengganu. Fakta bahawa pendapatan purat bulan isi rumah di Terengganu
adalah yang kedua terendah di Malaysia selepas Kelantan jelas menunjukkan
bahawa tidak begitu ramai rakyat Terengganu yang bekerja di sektor minyak
yang lumayan itu.

Yang ramai bekerja ialah orang luar daripada Terengganu. Adakah anak
tempatan Terengganu dianaktirikan atau tidak pernah diberi peluang untuk
meningkatkan dalam kemahiran teknikal mereka? Jika inilah alasannya maka
nyatalah bahawa kerajaan U! MNO/BN telah gagal untuk melaksanakan program
melatih anak Terengganu dalam bidang teknikal.

5. Kegiatan pelaburan Petronas lebih melibatkan orang luar: Petronas melabur
berbilion ringgit dalam membangunkan industri petroleum di Terengganu. Amat
banyak input diperlukan seperti bahan-bahan binaan, bahan besi dan
sebagainya. Begitu juga banyak wujud kerja-kerja kontrak dan subkontrak
pembinaan.

Lambatnya peningkatan pendapatan isirumah rakyat Terengganu menunjukkan
tidak banyak bahan-bahan yang diperlukan disumber dari dalam negeri
Terengganu sendiri. Begitu juga tidak banyak kerja kontrak dan subkontrak
yang pergi ke tangan orang tempatan Terengganu. Jadi, kalau dibangkitkan
persoalan: Negeri Terengganu kaya dengan pendapatan per kapita kedua
tertinggi tetapi ianya juga adalah negeri yang mempunyai rakyat termiskin
kedua paling ramai di Malaysia, kenapa ini terjadi?

Apakah keadaan ini tidak pelik? Saya mengatakan bahawa ini ! tidak pelik
kerana ianya adalah akibat daripada kepincangan pengurusan ekonomi negeri
Terengganu selama lebih 30 tahun di bawah pemerintahan UMNO/BN pimpinan
Menteri Besar yang lalu. Bahkan boleh dikatakan bahawa pemerintahan yang
begitu lama amat banyak membawa kerosakan kepada ekonomi Terengganu. UMNO/BN
jangan menyangka rakyat Terengganu tidak pernah melihat dan tidak kenal pun
data-data ekonomi.

Dan jangan juga menyangka mereka tidak berupaya untuk membuat dan mengerti
analisis ekonomi. Hati dan perasaan mereka mengerti dan dapat merasakan akan
ketidakadilan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka oleh pemerintah
UMNO/BN. Mereka dapat menilai bahawa amanah yang selama ini mereka letakkan
kepada UMNO/BN nampaknya sudah dipecahkan hancur berkecai.

Rakyat Terengganu telah memberikan "madu" kepada UMNO/BN tetapi "racun" pula
balasan yang mereka terima. Tidak Bijak Mengurus Ekonomi Tun Yang DiPertua,
Ternyata memang pimpina! n UMNO tidak bijak memerintah dan mengurus ekonomi
negeri namun ada pula suara-suara sumbang yang menuduh kerajaan PAS/BA yang
tidak pandai memerintah.

Amat tidak munasabah bila ada suara sumbang yang mempersoalkan kemampuan PAS
/BA memerintah sedangkan ianya baru 11 bulan memerintah. Apakah mungkin
kerosakan-kerosakan yang telah berlaku selama berpuluh-puluh tahun dapat
dipulihkan dalam masa 11 bulan? Di mana kewarasan mereka?

Fakta bahawa rakyat Terengganu telah memenangkan PAS/BA untuk memerintah
negeri Terengganu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak boleh lagi bersabar
menanggung ketidakadilan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka dan
mereka tidak sanggup lagi untuk bersekongkol dengan penyelewengan dan
kemungkaran. Rakyat telah menjadi hakim dan telah membuat penghakiman. Saya
yakin, insyaAllah, berikutan tindakan rakus BN merompak wang royalti
Terengganu ini, rakyat Terengganu akan kenal siapa pengkhianat dan siapapembela mereka.

Kesannya juga akan dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia dan mereka akan
menentukan nasib parti pengkhianat ini dalam pilihanraya akan datang.
Kerajaan Pusat Mengaut Hasil Minyak

Tun Yang DiPertua,

Hasil langsung yang diperolehi negeri Terengganu hanyalah daripada bayaran
royalti iaitu sebanyak 5% daripada hasil jualan minyak. Hasil inilah yang
digunakan untuk menampung perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan. Dalam lingkungan 70-80% daripada belanja mengurus adalah dari
royalti ini. Yang sebenarnya mengaut hasil minyak ialah kerajaan pusat.
Kerajaan pusat mendapat faedah besar daripada minyak.

Ada sekurang-kurangnya lima punca hasil dari minyak yang masuk ke dalam saku
kerajaan pusat iaitu cukai pendapatan petroleum, royalti petroleum, duti
eksport petroleum, duti import petroleum, duti eksais petroleum dan dividen
PETRONAS Dalam tahun 1999 kesemua sumber ini menyumbang RM11.6 bilion atauhampir 20% kepada perbendaharaan kerajaan pusat (lihat Jadual 5). Dalam
tempoh setengah tahun pertama 2000 ini kerajaan pusat telah memungut RM4.3
bilion daripada sektor minyak. Ini merupakan 15.4% daripada hasil kerajaan.

Rakyat Terengganu dikhianati Saya ingin bertanya, kalau kerajaan pusat sudah
mendapat hasil yang amat lumayan daripada industri minyak, kenapakah ianya
"mengacau" 5% royalti yang diberikan oleh PETRONAS secara bayaran terus
kepada kerajaan negeri Terengganu? Inilah satu amalan yang buruk kerana
pertama, ia melanggar dan mencabul sistem federalisme yang menjadi tunggak
sistem pemerintahan. Kedua, ia tidak menghormati hubungan bilateral kerajaan
pusat-kerajaan negeri. Ketiga, ia merupakan satu tindakan zalim kerana
melanggar perjanjian. Keempat, ia merupakan penganiayaan ekonomi kepada
rakayat negeri Terengganu.

Kelima, ianya adalah satu tindakan yang boleh disifatkan sebagai satu Coup
d' etat (rampasan kuasa).! Kerajaan PAS/BA Terengganu yang telah dimenangkan
oleh rakyat Terengganu dengan majoriti besar telah dirampas sebahagian
daripada kuasa ekonominya oleh kerajaan pusat. Dan keenam, ianya satu amalan
yang tidak menghormati undang-undang kerana menukar perkataan royalti kepada
ehsan secara arbitrari dan secara unilateral tanpa ada sebarang konsultansi
dengan kerajaan negeri Terengganu.

Tun Yang DiPertua,

Apabila PAS/BA memenangi pilihan raya umum dan memerintah Terengganu, hak
untuk memanfaatkan rezeki minyak secara yang rakyat Terengganu kehendaki
dirampas oleh kerajaan pusat. Ini bermakna akan berterusan kepincangan
pengurusan royalti ini. Setelah 20 tahun kekayaan minyak hadir di pesada
bumi Terengganu tetapi kedudukan negeri Terengganu dari segi ukuran
kemiskinan masih di takuk lama. Layakkah prestasi buruk ini menjadikan
"UMNO/BN pandai mengurus ekonomi"? Setelah gagal mengurus sumber dengan baik
kini mereka mengkhianati p! ula rakyat Terengganu.

Menteri Kewangan dalam ucapannya meletakkan Kerajaan Terengganu dalam
kandang orang salah dan menyuruhnya menggunakan mahkamah jika kita menentang
penggunaan wang ehsan untuk membela nasib mereka yang miskin, warga tua, ibu
tunggal dan anak-anak yatim.

Adalah karut jika kita mempercayai BN boleh melakukan perkara yang mereka
gagal laksanakan berpuluh tahun lamanya sebelum ini. BN dan K-Ekonominya Tun
Yang DiPertua, Sekali lagi kita dihiburkan dengan cerita K-ekonomi selama 20
minit dalam ucapan belanjawan Menteri Kewangan. Kita masih belum lupa janji
kerajaan dalam pembentangan belanjwan (ulangan) Februari lalu. Mereka kata
mereka akan menyediakan satu "Pelan Tindakan K-Ekonomi" dalam masa enam
bulan.

Sampai hari ini, setelah lebih lapan bulan, pelan tersebut tidak kelihatan.
Kalaulah bahagian ucapan beliau mengenai k-ekonomi itu dianggap sebagai
pelan tindakan, maka jauh lagilah kita untuk mencapai ! hasrat tinggi kerajaan
dalam k-ekonomi ini. Kita tidak nampak macamana halatuju k-ekonomi ini dapat
difahami dan diikuti oleh setiap lapisan rakyat jika tidak ada satu
perancangan rapi.

Saya curiga, program k-ekonomi ini akan berakhir sebagai satu projek
pembangunan fizikal semata-mata, di mana di sana yang ditekankan ialah
pengagihan projek pembinaan, pembekalan komputer dan sebagainya. Ini samalah
apa yang terjadi di Cyberjaya di mana projek MSC kini menjadi satu projek
pembangunan hartanah yang besar.

Tapak yang mahal menghalang syarikat yang terlibat dalam MSC terus berada di
luar Cyberjaya. Bill Gates pun hanya termampu menyumbang RM 10 juta untuk
MSC sedangkan di India, beliau melabur USD 50 juta. Nampaknya penekanan
diberikan kepada pendidikan ICT kepada pelajar sekolah. Langkah ini amatlah
baik dan kita menyokongnya.

Berbagai cadangan supaya rakyat mampu memperolehi komputer, samada daripada
wang sendiri dalam KW! SP, atau berhutang dengan kerajaan bagi kakitangan
awam, adalah cadangan yang munasabah. Namun kita tidak mahu komputer menjadi
gajah putih kecil dalam rumah seandainya kepakaran dan kegunaannya dalam
k-ekonomi tidak diperjelaskan

. Saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan insentif kepada syarikat ICT
swasta yang bersedia menyediakan latihan kepada orang awam. Kita diberitahu
bahawa 2200 makmal komputer telah mula dibina di seluruh negara. Saya
mendapat maklumat bahawa kontrak pembinaan ini telah diserahkan kepada satu
syarikat bernama CAD INTEGRA yang dikuasai oleh Syarikat Tongkah.

Mendengar nama ini sahaja telah cukup untuk kita memperdalami keseluruhan
penswastaan projek ini sebagai satu lagu projek untuk kroni-kroni.
Jangan-jangan K-economy ini bermaksud kroni-ekonomi. Sekali lagi saya
meragui samada kelengkapan prasarana ini diimbangi dengan kehadiran
guru-guru yang terlatih mengendalikan ICT melalui komputer. Peruntuka! n yang
mencukupi harus ada bagi menyediakan latihan dalam perkhimatan kepada
guru-guru ini.

Lebih baik jika persediaan untuk melahirkan kumpulan guru baru ICT dibuat di
berbagai universiti multimedia yang ujud sekarang. Saya mencadangkan agar
budaya k-ekonomi ini di laksanakan secara teratur dan disegerakan kerana ia
merupakan antara kunci menghadapi saingan globalisasi dalam era WTO dan
AFTA. Persediaan Menghadapi WTO dan AFTA

Tun Yang Di Pertua,

Pembentangan belanjawan yang cuba menyentuh tentang persediaan negara
menghadapi WTO dan AFTA ternyata mengelirukan kerana tidak ada usaha untuk
menjadikan Malaysia negara yang menarik dan bebas dalam aspek kebebasan
akhbar, penghapusan undang-undang draconian, serta pemulihan imej sistem
kehakiman yang sudah tercemar akibat beberapa tindakannya kebelakangan ini.

Sedangkan ini adalah antara resipi utama sebelum Malaysia dapat menempatkan
dirinya bersaing mendapatkan 'advan! tage' dalam era liberalisasi dan
globalisasi. Negara jiran kita Thailand sudah memulakan usaha mengujudkan
suasana mesra pelabur dan mesra rakyat. Kebebasan akhbar dan bersuara sangat
dihormati di sana. Kerenah birokrasi juga sudah dihapuskan, dan amat mudah
untuk kita memulakan perniagaan di sana tanpa terpaksa memberi rasuah kepada
mana-mana pihak.

Adalah tidak mencukupi bagi kerajaan hanya menggabungkan syarikat menjadi
besar bagi menghadapi saingan globalisasi ini sebagai strategi utamanya.
Dalam pembentangan belanjawan tahun lalu, kerajaan BN dengan bersemangat
mempertahankan syarikat milik kerajaan daripada jatuh ke tangan pelabur
asing. Kita sendiri ketika itu musykil sama tindakan itu akan berjaya
menghalang kemasukan pelabur asing memegang ekuiti syarikat gergasi kerajaan
seperti MAS, projek kereta nasional, dan lain-lainnya. Ternyata, tidak
sampai setahun kemudian, dengan nada yang lemah, Menteri Kewangan
mengumumkan kese! diaan kerajaan melepaskan ekuitinya dalam syarikat-syarikat
miliknya, termasuk projek kesayangan Perdana Menteri iaitu Pelabuhan Barat,
demi menarik minat syarikat asing mengambil alih ekuitinya. Bagi
mengurangkan rasa aibnya, dia menggunakan istilah 'perkongsian bijak'.

Sebenarnya inilah kekalahan politik yang menimpa BN, kerana kita tahu
cakapnya yang berdegar-degar tahun lalu adalah untuk menghina Barisan
Alternatif yang dikatakan mengundang kuasa asing menjajah ekonomi negara
ini. Sekarang ternyata mereka berbohong kepada rakyat. Lepas ini saya yakin
rakyat tidak akan termakan dengan retorik kosong BN. Amat anih lagi apabila
BN sanggup mengundang pengurusan asing bagi mengurus KLIA yang menjadi
kebanggaan BN.

Kita semua tahu syarikat penerbangan asing sudah mula menjauhi KLIA.
Syarikat British Airways baru mengumumkan akan menghentikan beberapa
operasinya di KLIA. Ansett, Qantas, dan Lufthansa sudah lama menghentikan
sebah! agian aktivitinya ke Malaysia. Apakah yang membanggakan sangat BN
sekarang?

Saya tidak akan berasa terkejut jika ekuiti dalam KLIA itu sendiripun akan
menjadi milik asing, selain pengurusannya seperti yang disebut dalam ucapan
belanjawan Menteri Kewangan. Inilah dia sandiwara UMNO/BN yang sudah tidak
menjadi sensasi lagi. Apakah ada ahli UMNO yang masih kagum dengan
"kehebatan BN"? Kenaikan Harga Minyak, Subsidi dan Inflasi

Tun Yang DiPertua,

Pembentangan belanjawan kali ini telah didahului beberapa minggu sebelumnya
oleh satu tindakan tidak rasional kerajaan BN iaitu menaikkan harga minyak
petrol dan disel sebanyak 10%. Tindakan ini kononnya untuk mengurangkan
beban subsidi harga minyak yang disediakan oleh kerajaan dengan alasan
bahawa kerajaan tidak lagi mampu untuk menanggung beban subsidi yang
dijangka meningkat dari RM3.2 bilion kepada RM5.4 bilion sekiranya harga
dikekalkan pada paras yang lama. Penarikan balik sub! sidi juga bertujuan,
kononnya, untuk mengurangkan kebergantungan rakyat kepada subsidi dan
bantuan kerajaan (subsidy mentality). Kononnya lagi, terlalu banyak subsidi
dan rakyat mesti berhenti daripada meminta-minta sudsidi.

Saya ingin bertanaya: golongan rakyat manakah yang bergayut kepada subsidi?
Saya akan memberikan jawapannya sebentar lagi. Sebagaimana kita sedia
maklum, minyak dan bahan yang berkaitan dengannya adalah keperluan asas dan
bahan mentah utama bagi kebanyakan kegiatan ekonomi. Kenaikan harga minyak
sudah tentu akan mewujudkan satu gelombang inflasi (inflationary waves)
dalam ekonomi.

Gelombang Inflasi Tahun 1997 - 1998 Ekonomi Malaysia baru sahaja dilanda
gelombang inflasi akibat kejatuhan besar nilai pertukaran asing Ringgit
Malaysia dalam tahun 1997. Berikutan dengan itu, kadar inflasi (berdasarkan
indeks harga pengguna) meningkat dua kali ganda kepada 5.3% dalam tahun 1998
berbanding dengan 2.7% dalam tahu! n 1997.

Ini adalah kadar inflasi yang tertinggi sejak tahun 1983. Gelombang inflasi
ini melanda seluruh ekonomi dengan sebahagian besar harga barang-barang,
khasnya barangan pengguna dan keperluan asas, meningkat pada kadar yang
tinggi. Harga barang-barang makanan khasnya memuncak, merakamkan kenaikan
lebih dua kali ganda sebanyak 8.9% berbanding 4.1% dalam tahun 1997.

Ini meletakkan harga barangan di dalam ekonomi pada paras yang tinggi.
Kajian awal menunjukkan harga barangan keperluan harian telah meningkat
sehingga 40%. Yang lebih membebankan lagi ialah gelombang besar inflasi ini
berlaku dalam suasana pendapatan rakyat merosot sebagaimana yang digambarkan
oleh kemerosotan 7.5% di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Keadaan stagflasi ini - kemerosotan pendapatan dalam suasana inflasi yang
memuncak - telah menimpakan himpitan berganda (double squeeze) kepada rakyat
sehingga menyebabkan taraf hidup (standard of living)! rakyat merosot dengan
nyatanya. Walaupun perangkaan resmi menunjukkan keadaan inflasi sudah
memperlihatkan tanda-tanda reda dalam tempoh kebelakangan ini, namun harga
barangan khasnya barangan pengguna dan keperluan asas terus meningkat setiap
bulan ke paras yang semakin tinggi pada kadar 1% hingga 3%

. Dalam tahun 2000 ini indeks harga pengguna terus naik pada kadar 1.6%
dalam Januari, 1.5 dalam bulan Mac, 1.3% dalam bulan Jun dan 1.4% dalam
bulan Julai. Kenaikan berterusan ini sudah cukup membebankan rakyat khasnya
golongan yang berpendapatan rendah, kaum buruh, kaum nelayan, dan kaum tani
yang kini menghadapi kejatuhan harga getah dan kelapa sawit.

Begitu juga kakitangan sektor awam dan anggota pasukan keselamatan yang mana
tuntutan bonus mereka tidak dilayani. Hari ini kita melihat penghakisan
kuasa beli (purchasing power) rakyat. Seperti biasa, kenaikan harga dijangka
memuncak di musim perayaan ini. Gelombang Inflasi Kedua K! ini sudah ada
tanda-tanda bahawa kenaikan harga minyak dan bahan-bahan minyak akan
menyebabkan terjadinya gelombang inflasi kedua (second inflationary waves)
dalam jangka masa tidak sampai pun tiga tahun.

Di samping kenaikan langsung harga minyak sebanyak 10% di dalam sifatnya
sebagai barangan pengguna, kenaikan harga ini akan juga membawa kepada
kenaikan kos pengeluaran berbagai sektor dan kegiatan ekonomi. Ini adalah
kerana minyak dan bahan minyak adalah bahan mentah asas dalam berbagai
industri seperti pengangkutan, perkilangan dan penjanaan kuasa. Kita telah
pun menyaksikan kenaikan tambang pengangkutan awam melebihi 100% dan bayaran
tol naik 25%. Begitu juga dengan tarif letrik dan panggilan telefon.
Pengerusi baru Tenaga Nasional boleh tolong beri penjelasan lepas ini,
samada tarif letrik akan naik atau tidak.

Tambang penerbangan juga akan naik dalam tempoh terdekat ini. Oleh itu,
kenaikan harga minyak pasti menyebabkan ! kenaikan kos pengeluaran dalam
seluruh ekonomi (economy wide cost increase). Kenaikan ini mungkin tidak
digambarkan sepenuhnya oleh perangkaan rasmi (indeks harga pengguna) kerana
tidak semua barangan diwakili di dalam indeks berkenaan. Bebannya tetap
ditanggung rakyat. Durian Runtuh Bolehkah kenaikan harga minyak ini
dielakkan?.

Tun Yang DiPertua,

Malaysia adalah negara pengeluar minyak petroleum dan beberapa lagi hasil
minyak termasuk gas asli. Malaysia ialah nett-exporter minyak mentah.
Dikatakan bahawa minyak Malaysia bermutu tinggi dan mendapat harga premium
di dalam pasaran minyak antarabangsa. Pada tahap pengeluaran sekarang
(dianggarkan dalam lingkungan 650,000 tong sehari), setiap USD1.00 kenaikan
harga minyak mampu membawa hasil sebanyak hampir RM900 juta kepada PETRONAS
setiap tahun.

Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini harga minyak mentah telah naik
daripada USD28.00 se tong ke paras melebihi USD37 se t! ong dan kini harga
berkisar pada USD33-35 se tong. Kita sedia maklum bahawa PETRONAS mendapat
keuntungan berbilion ringgit setahun (RM22 bilion dalam tahun 1999) dan
kenaikan besar harga minyak sekarang ini sudah tentu akan membawa hasil dan
keuntungan yang meningkat kepada PETRONAS -"durian runtuh" bak kata orang.

Begitu juga hasil kerajaan daripada industri petroleum. Dalam tahun 1999
hasil kerajaan daripada industri petroleum berjumlah RM11.6 bilion dan dalam
tahun 2000 ini sudah pasti hasil ini akan meningkat lebih besar lagi. Apakah
salahnya sebahagian daripada "durian runtuh" ini digunakan untuk terus
mensubsidi harga minyak untuk meringankan beban rakyat?

Dari segi ekonomi pengekalan subsidi adalah lojik demi mengelakkan
terjadinya gelombang inflasi yang lebih merugikan ekonomi. Ini terutamanya
memandangkan bahawa minyak adalah keperluan asas dan bahan mentah industri.
Subsidi Minyak Tak Sebesar Mana Harus diingat bahawa d! alam amalan sekarang
subsidi bukan sahaja diberi di dalam bentuk langsung seperti bantuan baja
dan benih padi kepada petani dan bantuan tanaman semula getah dan kelapa
sawit tetapi juga dalam bentuk yang tidak langsung seperti mengenakan harga
yang lebih rendah daripada harga pasaran, pelepasan cukai, mengenakan cukai
yang lebih rendah bagi barangan yang dalam kategori yang sama, sokongan
harga, program penstabilan harga dan sebagainya.

Syarikat besar koporat pula mendapat kemudahan pinjaman pada kadar riba yang
istimewa, lebih rendah daripada yang dikenakan daripada peminjam biasa. Ini
juga satu bentuk subsidi. Kalau dibandingkan dengan subsidi yang di dalam
berbagai bentuk yang diberikan oleh kerajaan kepada berbagai industri maka
subsidi minyak yang selama ini ditanggung kerajaan tidaklah sebesar mana.
Subsidi dalam bentuk pelepasan cukai yang diberikan kepada PROTON misalnya,
menjangkau berbilion ringgit.

Begitu juga subs! idi yang diberikan kepada sektor perkilangan dan
syarikat-syarikat korporat milik kroni. Siapakah Sebenarnya Yang Bergayut
Kepada Subsidi? Kerajaan juga memberi subsidi dalam bentuk sokongan harga
(price support) kepada saham syarikat-syarikat besar yang membentuk indeks
komposit Bursa Saham Kuala Lumpur bagi menentukan indeks tidak jatuh dengan
teruk.

Misalnya, ratusan juta malahan berbilion ringgit dana KWSP, LTAT, Tabung
Haji, PERKESO, Khazanah dan sebagainya digunakan untuk menyokong harga saham
syarikat Telekom, TNB, Genting Berhad, Resort World, Berjaya Toto, Renong
dan lain-lain. Amatlah tidak adil - dan juga tidak lojik dari segi
ekonominya (does not make economic sense) - bagi kerajaan menarik subsidi
minyak yang melibatkan seluruh rakyat sedangkan pada masa yang sama terus
menggunakan wang rakyat membantu segelintir syarikat milik kroni.

Secebis subsidi untuk rakyat digembar-gemburkan dan dianggap beban kepada
keraj! aan tetapi apabila tiba kepada subsidi besar kepada syarikat kroni,
kerajaan diam membisu. Sepatutnya kerajaan harus mendedahkan kedudukan
subsidi yang sebenarnya kepada rakyat agar rakyat dapat melihat siapakah
yang sebenarnya bermentaliti subsidi dan bergayut kepada subsidi dan bantuan
kerajaan salama ini? Oleh itu,

Tun Yang DiPertua,

saya mohon mencadangkan supaya, sebagai mensyukuri kesan perolehan akibat
kenaikan harga minyak dalam pasaran antarabangsa, subsidi harga petroleum
dikembalikan dan hargai minyak petrol dalam pasaran negara dikembalikan
kepada harga lama. Tun Yang DiPertua, Dalam membahaskan seterusnya
belanjawan 2001 ini saya ingin menyentuh prestasi ekonomi dengan melihat
cabaran dan halangan yang ada. Sebenarnya, negara kita menghadapi krisis
berat dalam menangani kemelut ekonominya. Antaranya ialah:

1. krisis kekangan hak asasi
2. krisis keyakinan terhadap sistem keadilan
3. krisis keyakinan terha! dap kepimpinan politik
4. krisis keyakinan terhadap ekonomi jangka panjang
5. krisis keyakinan Terhadap 'Corporate Governance' di Malaysia Krisis
Kekangan hak Asasi

Tun Yang DiPertua,

YB Menteri Kewangan telah bercakap mengenai usaha meneruskan agenda
masyarakat penyayang, bahkan akan dijadikan agenda nasional. Beliau mengakui
adalah penting nilai kemesraan, perkongsian dan masyarakat penyayang disemai
dalam semua semua aspek pembangunan dan kehidupan. Tidak ada orang yang
waras akan menolak saranan ini.

Tetapi ini hanya kata-kata manis dari seorang pemimpin kerajaan BN. Namun
realiti yang ada di tengah masyarakat, dengan tidak adanya dorongan untuk
terbinanya masyarakat penyayang selama ini, menjadikan kita amat sangsi
dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Kewangan ini.

Aduan bagaimana tahanan reman didera begitu teruk selain ada yang ditahan
bertahun-tahun, mereka yang berdemonstrasi secara aman dianggap sebaga! i
penjenayah, tekanan hebat terhadap rakyat yang mahu menyuarakan keadilan dan
kebenaran, menganggap musuh semua yang tidak sehaluan dengan pandangan parti
yang memerintah, adalah bukti nyata bahawa ini bukan kaedah untuk membina
masyarakat penyayang.

Adakah munasabah apabila lima orang pemuda mengangkat kain rentang yang
bertulis "undur Mahathir" pun kena tahan sampai tujuh jam di balai polis,
dan dikenakan ikat jamin? Demikian juga dengan akta zalim, umpamanya ISA,
OSA, Akta Polis dan akta lain yang sangat mendera dan mengongkong, sama
sekali bertentangan dengan semangat 'masyarakat penyayang'.

Malah suasana demokrasi dan hak asasi yang semakin terhakis dalam semua
bidang kehidupan membuktikan bahawa kata-kata 'mesra rakyat' itu hanya
retorik pemimpin kerajaan konon untuk menunjukkan kebaikan mereka.
Penyediaan peruntukan untuk golongan yang memerlukan perhatian khusus,
seperti golongan miskin, yang cacat, golongan tua, kana! k-kanak istimewa, ibu
tunggal dan anak yatim, misalnya, adalah menjadi tanggungjawab hakiki pihak
yang lebih bernasib baik, dengan kerajaan sendiri menjadi teraju.

Kita menyokong segala peruntukan yang diberikan kepada mereka. Yang lebih
memerlukan komitmen kerajaan adalah aspek penyayang yang meliputi seluruh
rakyat, umpamanya pembentukan keluarga bahagia melalui usaha meningkatkan
pendidikan Islam dan kekeluargaan, amalan gotong royong, menghapuskan budaya
maksiat seperti judi, arak, dadah, seks rambang, dan sebagainya.

Saya tidak nampak kesungguhan kerajaan dalam hal ini, malah peningkatan
'cukai dosa' belum pernah berjaya mengurangkan tabiat buruk merokok dan
menagih arak. Iklan rokok dan arak berleluasa. Judi langsung disokong oleh
kerajaan hari ini, dengan memberi alasan bahawa judi adalah budaya
masyarakat bukan Islam. Baru-baru ini kita berbangga apabila wakil-wakil
DAP, MCA dan SAPP menjelaskan bahawa judi bukan sekali-ka! li budaya orang
Cina.

Cuma UMNO saja yang belum faham-faham. Program-program yang merosakkan
pemikiran anak-anak seperti yang terdapat dalam telivisyen kita harus dikaji
semula dan diganti dengan program pendidikan yang sarat dengan pengajaran
yang disampaikan dengan cara yang menyeronokkan.

Saya mencadangkan supaya peruntukan yang besar disediakan, atau insentif
diberikan kepada mana-mana syarikat yang bersedia mengeluarkan lebih banyak
software atau filem yang bercorak pendidikan. Ini lebih bermakna daripada
kerajaan beria-ia mengujudkan e-village yang pastinya hanya untuk hiburan
semata-mata.

Saya nak mengingatkan kerajaan bahawa buat masa ini, yang memberikan saingan
dalam pasaran perfileman ialah hiburan yang cenderung kepada pornografi,
termasuk filem-filem keluaran Bollywood yang sedang cuba dipujuk untuk ke
e-village di Sepang (nantinya digelar Sepangwood). Oleh itu, kerajaan
janganlah ghairah sangat dengan e-vi! llage ini.

Tun Yang DiPertua,

Suasana 'masyarakat penyayang' dan 'mesra rakyat' rakyat hanya terbina jika
pemerintah sudah bersedia bersikap terbuka, mampu menerima kritik, bersikap
gentleman, bertolak ansur, menjamin hak asasi manusia dan lebih dari itu
mematuhi prinsip moral, agama serta menghargai kemanusiaan. Sesungguhnya
petunjuk yang ada kini, tidak menuju ke arah 'masyarakat penyayang' dan
'mesra rakyat'.

Oleh itu Barisan Alternatif tidak yakin agenda ini dapat dilaksanakan oleh
kerajaan Barisan Nasional. Kita mencadangkan pembentukan Majlis Kebangsaan
Hal-Ehwal Sosial dan Kebudayaan yang merangkumi penyertaan berbagai kaum di
negara ini, bagi melakarkan semula arah tuju negara ini dalam alaf baru.

Ia akan menjadi penggerak penyatuan berbagai kaum, bukan hanya mencari
formula untuk satu-satu kaum. Hasrat UMNO untuk mengujudkan Majlis Melayu
dalam suasana kita menuju integrasi nasional ini adalah langkah yang ja! uh
mundur. PAS khususnya tidak akan mundur bersama UMNO.

UMNO tidak boleh menuding jari ke arah orang lain yang dikatakan cuba
memecahkan perpaduan, baik antara kaum atau pun dalam satu-satu kaum. Usaha
menubuhkan BA adalah langkah jelas ke arah perpaduan, sementara tindakan
UMNO/BN memainkan isu hak sesuatu kaum, membangkitkan cerita lama seperti
peristiwa 13 Mei, inilah yang membawa kepada perpecahan. Krisis Keyakinan
Terhadap Sistem Keadilan

Tun Yang DiPertua,

Beberapa episod yang berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu telah
meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap satu-satunya tempat bergantung
rakyat kita dalam mencari keadilan. Negara ini mula mengukir nama buruk
apabila pihak eksekutif berjaya dalam usahanya menyingkir Ketua Hakim Negara
dan beberapa orang hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988.

Peristiwa hitam ini memulakan era campurtangan eksekutif dalam hal-ehwal
mahkamah sehingga rakyat berani mempersoa! lkan beberapa keputusan
penghakiman. Beberapa tingkah laku hakim dan pegawai mahkamah selepas
daripada itu memburukkan lagi keadaan. Ianya mencapai tahap kritikal apabila
berlaku pendakwaan berpilih dan kemuncaknya ialah kegawatan mahkamah akibat
tindakan ketua eksekutif negara memperolok-olokkan mahkamah dalam kes
perbicaraan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan buruk ini boleh kita simpulkan apabila bekas Ketua Hakim Negara, Al
Marhum Tun Mohamad Sufian pernah menyebut bahawa beliau 'tidak mahu
dibicarakan dalam mahkamah Malaysia seandainya dia tidak bersalah'. Banyak
urusan ekonomi dan perniagaan memerlukan campurtangan mahkamah.

Pelabur asing cukup sedar bahawa sistem keadilan yang tidak bebas akan
mengganggu kepentingan mereka di negara ini. Kita menuntut kerajaan
menyedari hakikat ini dan memberikan semula kebebasan mahkamah ini. Selagi
kita tidak melihat perubahan ke arah itu, kita tidak akan dapat menjadi
'pemain' ! utama dalam dagangan antarabangsa.

Pihak yang bertelagah atau rasa teraniaya tidak yakin untuk mendapatkan
penyelesaian di mahkamah. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan politik Tun
Yang DiPertua, Satu isu penting yang terpaksa diterima oleh pakar ekonomi
dan hari ini sudah mula diakui oleh kerajaan sendiri adalah faktor keyakinan
atau 'confidence' kepada pihak berkuasa. Hari ini, kerajaan Barisan Nasional
amnya dan Umno khasnya, sedang mengalami krisis kepercayaan yang paling
teruk sejak ia mula memerintah.

Penghakisan kepercayaan rakyat terutama masyarakat Melayu adalah akibat dari
perbuatan salah laku pemimpin Umno sendiri yang telah menjadi terlalu angkuh
dan zalim. Rentetan peristiwa kezaliman dan ketidakadilan termasuk
pencabulan kuasa, perlindungan amalan rasuah, penganiayaan dan kezaliman
politik, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi yang pincang dan program
penswastaan yang membawa kerugian besar kepada dana awam, kerosa! kan alam
sekitar akibat pembangunan yang tidak lestari dan mesra alam, jurang
pendapatan dan kekayaan yang semakin melebar, program pemborosan wang rakyat
yang tidak langsung mengambil kira kesengsaraan rakyat, kos perbelanjaan
yang tinggi ditanggung oleh rakyat dan senarai semakin hari semakin panjang.

Dalam UMNO sendiri, masalah politik wang diakui oleh mereka sendiri, dan
sehingga sekarangpun mereka masih belum bertemu penawar. Saya menyatakan ini
bukan kerana mahu campur urusan dalam kelambu UMNO, tetapi UMNO kena ingat
bahawa buat masa ini, kekalutan dalam UMNO memberi kesan kepada orang lain
dalam negara ini. Barisan Alternatif mahukan seluruh masalah dan
penyelesaian ini ditangani segera supaya negara boleh meneruskan agenda
kebangunan semula negara dan pemerintahan atau 'back to business as usual'.

Walau bagaimanapun pada kenyataan dan hakikatnya, kerajaan UMNO/BN mahukan
rakyat dan BA tidak diberi kesempatan dan ruang ini! . Bahkan sebaliknya hari
demi hari, kerajaan UMNO/BN mencetuskan isu-isu baru dan salah laku yang
lebih mengejutkan dan menjadikan bukan sahaja rakyat negara ini hilang
kepercayaan dan keyakinan bahkan rakyat antarabangsa dan khususnya pelabur
asing juga turut hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pemerintahan ini.
Krisis Keyakinan Terhadap Ekonomi Jangka Panjang

Tun yang DiPertua,

saya suka mengingatkan bahawa di sini perbincangan ekonomi bertindih secara
langsung dengan politik. Sebelum saya menghuraikan perkara ini, saya ingin
juga menyentuh beberapa perkara dan isu polisi yang menyebabkan negara ini
semakin tidak menarik dan dilihat penuh 'misteri' oleh pelabur asing bahkan
juga oleh pelabur tempatan.

Tun Yang DiPertua,

kepercayaan dan keyakinan berkadar langsung dengan faktor kredibiliti,
konsistensi dan satu sikap dan polisi yang 'coherent'. Cakap mesti serupa
bikin, bikin pun mesti serupa cakap. Samada ! kita sedar atau tidak kita telah
menghantar berbagai mesej yang salah, kepada dunia luar dengan polisi dan
sikap kerajaan ini.

Dengan lain perkataan kita celaru dan tidak menentu. Terkadangkali kita buka
negara ini seolah kitalah negara yang paling terbuka, paling global sehingga
macam hendak lelong negara ini seumpama perlaksanaan projek MSC, samada
aspek ekuiti dan juga kelonggaran tarif dan cukai bahkan kerakyatan pekerja
pakar asing. Dalam waktu yang lain, polisi kerajaan ini adalah sangat
menekan dan menyempitkan pelabur asing sekaligus menjadikan mereka mencari
negara yang lebih mudah, lebih murah dan lebih mesra di segi undang-undang.

Salah satu faktor yang tidak menyenangkan pihak pelabur adalah levi keluar
10% bagi penghantaran keuntungan pulang dari urusniaga saham. Polisi ini
apabila ditinjau dari beberapa segi sudah tidak lagi relevan. Berapa
banyakkah keuntungan yang hendak kita pungut dari levi ini? Sudah kah dikajibanyak mana levi yang dapat dikutip dan banyak mana pula pelaburan asing
yang terhalang daripada masuk ke negara ini akibat levi ini?

Yang jelasnya, iklim pelaburan merosot akibat levi ini. Bukan senang untuk
menarik pelabur dan tidak ada sebab mengapa mereka mesti melabur di sini
tambahan negara jiran serantau yang lain lebih menarik, mudah dan lebih
mesra. Peranan levi ini untuk menyekat aliran keluar modal jangka pendek
sudah tidak relevan lagi.

Pengumuman Menteri Kewangan bahawa "keuntungan portfolio yang dibawa keluar
selepas tempoh satu tahun, tidak dikenakan levi" adalah tidak langsung
mengubah persepsi pelabur terhadap Malaysia, malah amat mengelirukan.
Semalam Perdana Menteri semakin mengelirukan kita apabila beliau menjelaskan
bahawa "keuntungan portfolio yang dibawa keluar selepas tempoh satu tahun,
dikenakan levi 0%". Tak habis-habis bergurau PM kita ni. Saya mencadangkan
supaya levi 10% ini dibatalkan terus. Kita ! juga masih ingat Menteri Kewangan
dalam ucapan belanjawannya tahun lalu begitu yakin dengan prestasi BSKL dan
bercakap panjang mengenai petunjuk BSKL sebagai petunjuk kebangkitan semula
ekonomi. Ternyata kini BSKL hambar.

Menteri Kewangan hanya dapat membandingkan Indeks Komposit sehari sebelum
pembentangan belanjawan dengan indeks terendah tahun ini, yang katanya telah
meningkat 14.1%. Mengapa beliau tidak membandingkan indeks hari ini dengan
yang tertinggi tahun ini supaya kita dapat lihat kejatuhan indeks tersebut?
Ini sengaja mahu mengelirukan kita. Jika tidaklah institusi seperti KWSP,
LTAT, Khazanah, PNB dan Tabung Haji dipaksa memasuki pasaran seminggu dua
sebelum pembentangan belanjawan tahun ini, nescaya indeks komposit BSKL
telah jatuh merudum.

Maka kali ini beliau bercakap sedikit sahaja mengenai BSKL dan perbandingan
indeks yang dibuatnya pun sekadar menyejukkan hati beliau sendiri. Selepas
sorak sorai mengenai BSK! L yang kononnya akan pulih dan mendapat kepercayaan
pelabur apabila disenaraikan semula dalam Morgan Stanley Capital
International (MSCI) berakhir dengan layu maka persoalan kurang keyakinan
terhadap kepimpinan dan dasar negaralah yang kekal menjadi punca krisis ini.
Krisis Keyakinan Terhadap 'Corporate Governance' di Malaysia

Tun Yang DiPertua,

Apa yang lebih membawa imej yang buruk kepada pengurusan ekonomi negara ini
adalah amalan kronisme dalam kaedah 'back-door bailing out' kumpulan
korporat yang dilindungi oleh kerajaan. Perkara ini telah banyak kami kritik
dan akan terus dikritik bagi mendapatkan reformasi sepenuhnya terhadap
pengurusan dana dan sumber negara.

Danaharta, sebagai sebuah syarikat pengurusan aset dibentuk dengan matlamat
yang baik iaitu menyelamatkan syarikat-syarikat dan usahawan besar yang
teruk dilanda masalah hutang. Setakat 31 Disember 1999, Danaharta telah
membeli dan meletakkan di bawah pengurus! annya hutang bermasalah berjumlah
RM45.5 bilion. Hutang bermasalah ini dibeli pada kadar diskaun lebih kurang
56%.

Danaharta dikatakan telah hampir selesai membeli hutang bermasalah kecuali
sedikit lagi. Perlu dirakamkan bahawa bukan mudah untuk menjual harta-harta
yang telah dikumpulkan tambahan pasaran hartanah yang lembab dan muram.
Danaharta terpaksa menanggung kos menunggu. Penstrukturan semula hutang
korporat juga bukanlah mudah untuk ditangani dalam suasana seumpama ini.
Danaharta perlu bijak dan cermat dan tidak dilihat melakukan jenayah moral
dengan 'pengambilalihan' hutang bermasalah ini.

Baru baru ini kita dihadapkan dengan satu lagi kes yang jelas dilihat
sebagai "bad governance" bagi pihak kerajaan dan Danaharta. Kes ini
melibatkan pembelian hutang Hottick Investment Limited yang berpengkalan di
Hong Kong yang bernilai RM3 bilion. Menurut laporan bahawa syarikat ini
dimiliki oleh Rashid Manaf, seorang peguam sahab! at baik Halim Saad,
Pengerusi Eksekutif Renong Berhad.

Tiada siapa tahu siapa pemilik sebenar syarikat ini. Danaharta sedia
memaklumi bahawa kuasa yang ada padanya tidak melepasi sempadan negara ini.
Danaharta, yang seharusnya mengamalkan due diligence, seharusnya tahu akan
hakikat risiko ini. Rakyat dan pihak pelabur tertanya-tanya apakah sebab
disebalik mengambil risiko besar ini, walaupun Danaharta dikatakan hanya
membayar RM5 juta sahaja untuk hutang syarikat Hottick Investment Limited
ini. Yang mencemarkan lagi amalan berhemat dan pengurusan kewangan dan
perbankan yang baik di negara ini ialah maklumat bahawa Hottick telah
meminjam sebanyak RM 3 bilion daripada 4 buah bank di Malaysia dalam tahun
1997 dan wang itu telah dibelanjakan untuk membeli saham majoriti dalam
syarikat Wing Tiek yang pada ketika itu memiliki National Steel Corporation
(NSC), Filipina.

Persoalan kewibawan dan keyakinan semakin meruncing tatkala pert! anyaan
dimajukan atas sebab apa 4 bank tempatan ini - Bank Bumiputera Malaysia
Berhad, RHB Bank, Commerce Asset Holding Berhad dan Malayan Banking Berhad
boleh memberi pinjaman dengan jumlah yang begitu besar kepada syarikat yang
tidak beroperasi di Malaysia dan terutama dalam industri keluli yang sudah
pun ada pengalaman buruk seperti Perwaja Steel di sini. Hutang ini kemudian
menjadi hutang bermasalah.

Apabila danaharta mengambil alih, ia memegang 2 bilion atau 80% saham di
dalam NSC. Usaha untuk memulihkan NSC gagal. NSC seterusnya dicairkan.
Dilaporkan bahawa Danaharta tidak akan dapat sebahagian besar dari pencairan
NSC. Pun begitu, Danaharta masih boleh memberi jawapan bahawa mereka tidak
kerugian kerana membeli NPL Hottick dengan harga RM 5 juta sahaja. Jelasnya,
yang menanggung hutang ialah 4 buah bank tempatan tadi. Jelasnya rakyatlah
dan negaralah yang menanggung segala perbuatan jelik dan salah laku kroni
kroni bernafsu! besar ini.

Inilah yang meruntuhkan keyakinan rakyat dan pelabur. Kes ini mengingatkan
kita keruntuhan BMF di Hong Kong dalam tahun 1983. Sekarang ini kita nak
tahu siapa pula 'George Tan', 'Loraine Esme' dan siapa pula akan menjadi
'Jalil Ibrahim' dalam kes Hottick ini. Saya mencadangkan supaya satu
Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes ini ke akar umbinya.

Tun Yang DiPertua,

Yang menjadi lebih mencemarkan imej baik negara dalam pengurusan korporat
dan kewangan perbankan negara ini ialah peribadi-peribadi yang telah
melakukan berbagai kesilapan bahkan 'jenayah' ini masih terus memimpin
berbagai syarikat korporat yang telah bertimbun hutang sekaligus memberi
persepsi salah kepada dunia luar dan juga tempatan akan amalan dan sikap
kerajaan yang melindungi tokoh-tokoh korporat dan syarikat ini secara amalan
kapitalisme kroni (crony capitalism).

Kerajaan masih terus dengan sikap angkuh melakukan semua ini denga! n tidak
mempedulikan rakyat dan persepsi dunia terhadap negara. BA mahukan supaya
'korporat-korporat manja' ini jangan lagi dilindungi oleh wang rakyat dan
mereka perlu diajar ketika membuat kesalahan dengan cara turun secara
terhormat bukan diberikan muka lagi dan dilindungi oleh Danaharta dan
Danamodal. BA dan bahkan ramai pengurus dana tempatan dan pakar ekonomi
tempatan juga melafazkan hasrat yang sama.

Ini bagi memboleh lebih ramai lagi tokoh korporat Melayu dan bukan Melayu
tampil dengan kehebatan dan keupayaan akumen bisnes dan sekaligus
mengelakkan hanya muka muka tertentu sahaja yang mendapat habuan dan peluang
semasa senang dan susah.

Kita perlu tukar budaya ini jika kita mahu lebih berdaya saing dan maju.
Persaingan global yang mendatang adalah lebih mencabar lagi. Negara perlu
membangunkan lebih ramai lagi tokoh tokoh korporat dan usahawan tulen yang
benar-benar berdayasaing dan berkualiti tinggi, agresif dan tidak ! hidup
dengan mentaliti untuk dilindungi dan disubsidi dengan bantuan kerajaan dan
wang rakyat.

Lebih awal kita keluar dari budaya lama dan amalan kronisme lebih cepat kita
dapat membaik- pulih keupayaan kita untuk bersaing di persada antarabangsa.
Tun yang DiPertua, Kita mengalami pengaliran keluar modal bersih (net
outflow) sebanyak RM 5 bilion. Pelabur asing juga gusar dengan isu
pengurusan korporat yang tidak menentu. Mereka juga khuatir dengan
kepentingan pemegang saham minoriti seperti dalam kes penstrukturan semula
Arab-Malaysian Merchant Bank (AMMB) dan Bank Utama dan juga perkahwinan
paksa sektor perbankan, dan yang akan diikuti dengan industri brokerage dan
insuran.

BA masih mempertikaikan dasar-dasar yang digunakan oleh kerajaan untuk
memaksakan penggabungan perbankan yang dulunya 6 sekarang telah menjadi 10
bank utama. Tidak ada kajian setakat ini yang membuktikan bahawa
penggabungan ini akan membawa kesan dan imp! ak yang baik untuk dayasaing
mereka.

Pilihan bank bank utama itu pun masih bolih dipertikaikan. Kalaulah atas
sebab perhitungan untuk pengumpulan dana, maka walaupun semua bank bergabung
menjadi satu ia tidak akan menguatkan dayasaing bank di negara ini
berbanding dengan bank gergasi dunia seperti Chase Manhattan, CitiBank dan
seumpamanya. Sebaliknya urusan penggabungan memaksa institusi perbankan
sibuk dengan urusan dalaman sehingga menjejaskan urusan perbankan negara
hari ini yang antara lain terencatnya pertumbuhan pinjaman.

Ia juga meninggalkan kesan dan masa depan yang tidak menentu bagi kebanyakan
bank yang bukan merupakan bank bank utama. Kakitangan pula tertanya sama
mereka akan diminta berhenti selepas gabungan ini. Sekali lagi polisi dan
pengurusan 'governance' yang menekan ini memberi kesan negatif terhadap
persepsi terhadap institusi perbankan dan kewangan. Saya ingin mendapatkan
penjelasan mengenai kedudukan usaha ! penggabungan bank ini kerana tidak
diperjelaskan dalam ucapan Menteri Kewangan.

Tun Yang DiPertua,

Dalam masalah 'corporate governance' ini juga, kita tidak dapat lari
daripada menyebut isu-isu kronisme dan nepotisme yang tidak berkesudahan.
Ini terutamanya berlaku dalam program penswastaan projek-projek kerajaan.
Saya menyebut perkara ini kerana sebahagian daripada penganugerahan projek
penswastaan ini mematikan usaha dan inisiatif usahawan bumiputra yang sedang
cuba memasuki dunia korporat dengan berbekalkan ilmu dan kesungguhan.

Sebagai contoh, dalam penswastaan Total Hospital Information System (THIS)
seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, keseluruhan projek bernilai
lebih RM 1 bilion ini dimonopoli oleh sebuah syarikat yang pemegang saham
utamanya ialah Diligent Network Sdn. Bhd, iaitu syarikat yang dikuasai oleh
Tongkah. Ini merupakan satu penganiayaan kepada beberapa syarikat kecil IT
yang telahpun memulakan! inisiatif merangka sistem berkenaan kerana diminta
berbuat demikian oleh kerajaan sendiri, sebelum diambil alih secara mengejut
oleh Diligent Network ini.

Tindakan-tindakan beginilah yang menghilangkan daya saing asli usahawan baru
negara ini. Saya mencadangkan supaya usaha sebesar ini dilaksanakan melalui
pembentukan konsortium beberapa syarikat supaya dengan cara ini, pengalaman
baru akan dapat diberikan kepada lebih ramai usahawan. Kita juga telah
melihat beberapa siri penswastaan perkhidmatan sokongan di hospital kerajaan
berakhir dengan implikasi kos yang lebih tinggi kepada kerajaan. Kerajaan
terpaksa menanggung peningkatan kos sampai 300% bagi mendapatkan bekalan
ubat daripada pembekal utama iaitu Remedi Sdn. Bhd. yang merupakan anak
syarikat UEM Bhd yang memonopoli penswastaan Stor Ubat Pusat beberapa tahun
lalu.

Kerajaan juga membayar kos yang lebih tinggi untuk urusan pembersihan
hospital apabila kerja ini diswastak! an kepada anak-anak syarikat Tongkah dan
Kumpulan Faber (dari Kumpulan Renong Bhd.). Saya nampak program penswastaan
perkhidmatan ini tidak lebih untuk mengkayakan syarikat kroni dan bukan
untuk mengurangkan kos kepada kerajaan. Yang terakhir, urusan pemeriksaan
kesihatan pekerja asing oleh FOMEMA pun telah diambilalih oleh Tongkah.
Tidakkah ini membuka mata kita kepada satu macam kronisme yang bukan
kepalang?

Penutup

Tun Yang DiPertua,

Setelah meneliti komen-komen orang ramai selepas belanjawan ini
dibentangkan, ternyata mereka kecewa kerana melihat kerajaan tidak serius
dalam apa yang ingin diusahakannya. Khusus yang diperkatakan ialah tiadanya
usaha konkrit untuk membawa pelaburan asing yang boleh menjamin pertumbuhan
yang berterusan. Ramai juga yang menjangka akan ada pengurangan cukai
pendapatan korporat tetapi kecewa. Mereka juga menjangka berlaku pengurangan
potongan KWSP dan dapat meningkatkan jumlah wang pendap! atan bawa baliknya
(take home pay). Ini juga tidak berlaku.

Kakitangan awam terasa mereka tidak dinilai dengan baik sehingga tidak ada
bonus kali ini. Namun kita mengucapkan tahniah kepada kakitangan beruniform
yang akhirnya diberi pengiktirafan setelah begitu lama terseksa dan
diabaikan. Bagi doktor-doktor kita yang mendapat kenaikan elaun kritikal,

saya berharap mereka akan meneruskan khidmat cemerlang mereka dalam sektor
awam. Saya ingin mencadangkan supaya elaun kritikal kakitangan tulang
belakang bagi sistem kesihatan iaitu jururawat, pembantu perubatan dan juga
doktor gigi diberikan kenaikan yang setimpal. Menteri Besar Selangor yang
juga doktor gigi pasti menyokong saya. Kepada kumpulan sukarelawan
beruniform, insentif yang disediakan harus dapat meningkatkan semangat
kesukarelawan mereka.

Saya cuma mahu mengingatkan kerajaan agar tidak mempolitikkan pasukan
sukarelawan beruniform ini. Saya difahamkan bahawa Pasukan ! Askar Wataniah
akan dikembangkan mengikut Kawasan Parlimen. Saya melihat ini sebagai satu
percubaan untuk mempolitikkan pasukan ini untuk menjadi penyokong kuat
UMNO/BN.

Sila hentikan usaha ini yang akan menimbulkan suasana politik kurang enak
ini. Cukuplah badan-badan sukan saja yang berpolitik dan akhirnya kecewa di
Sydney. Akhirnya, saya ingin mengingatkan kita bahawa sebagai pekerja dan
kakitangan samada awam atau swasta, yang penting ialah meningkatkan
profesionalisma dalam kerja masing-masing.

Apa yang berlaku di Gerik, Pulau Sipadan dan Pandanan, berbagai sungutan di
hospital atau jabatan-jabatan lain termasuk JPJ dengan lesen terbangnya,
mesti dielakkan.

Rakyat bersimpati dengan segala kekurangan yang membebankan hidup mereka
tetapi atas dasar amanah yang mereka pikul, kerja secara baik adalah
kemestian kepada mereka.

Sekian.

Dato' Fadzil Mohd. Noor
Ketua Pembangkang


Comments ? E-mail ! Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Kirim email ke