*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Apa nama...."Demokrasi dengan acuan kita sendiri".

Inilah satu daripada ciri-ciri "Demokrasi dengan acuan kita sendiri".

Tindakan: Untuk negeri yang dibawah Parti PAS/BA, lambat-lambatkan duit 
geran tahunannya.
Tujuan asas: Supaya kerajaan parti PAS/BA itu susah nak memerintah. 
Harap-harap, dengan itu akan melemahkan kerajaan parti PAS/BA itu dan
Tujuan terakhirnya: Maka rakyat akan marah dan akan undi Parti BN pula di 
pilihanraya akan datang. Maka BN akan kekal perintah Malaysia sehingga hari 
kiamat.

Wassalam.

--Kempen pakai jam ==O== tangan kanan----tukar hari ini.



>From: Quotations <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Lagi pencabulan undang-undang oleh Pusat:  Bayar geran 
>lewat
>Date: Tue, 31 Oct 2000 23:19:01 -0800 (PST)
>
>
>Date: Wed, 1 Nov 2000 11:42:52 +0800
>
>www.harakahdaily.com
>Bayar geran lewat:
>PUSAT CABUL UNDANG-UNDANG
>KOTA BHARU, 30 Okt (Hrkh) - Kerajaan Pusat disifatkan mencabul 
>undang-undang
>persekutuan, apabila geran wajib yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan 
>dua
>kali setahun iaitu pada Januari dan Julai, hanya dibayar pada akhir tahun.
>Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pentadbiran, Takiyuddin
>Hassan berkata, ketetapan pembayaran geran wajib kepada Kelantan dibuat 
>oleh
>Majlis Kewangan Negara (MKN) pada Januari dan Julai setiap tahun.
>"Namun apa yang berlaku sekarang pembayaran dibuat tidak mengikut jadual
>tersebut dan bagi tahun ini pembayaran pertama dibuat pada 17 September 
>lalu
>iaitu sebanyak RM29.9 juta dan bayaran terbaru dibuat kelmarin sebanyak 
>RM10
>juta.
>"Ini bermakna baki yang belum dibayar kira-kira RM77.5 juta," katanya
>menjawab soalan tambahan Ustaz Hassan Mahmood (PAS - Tawang) pada
>persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan, petang ini.
>Sebelum itu, ketika menjawab soalan tambahan Ustaz Nasaruddin Daud (PAS -
>Meranti) beliau berkata, pelanggaran syarat yang dibuat oleh kerajaan Pusat
>sebagaimana ditetapkan MKN boleh disifatkan sebagai mencabul undang-undang
>negara.
>Katanya, MKN ditubuh di bawah Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan dan 
>mesti
>dipatuhi kerajaan Pusat.
>Bagaimanapun beliau berkata, pembayaran geran wajib yang dibuat kepada
>kerajaan Kelantan sebelum 1990 (BN) mengikut rekod dibuat berdasarkan 
>jadual
>MKN.
>"Berdasarkan kepada catatan rekod MKN pembayaran geran yang dibuat kepada
>kerajaan Kelantan antara 1985 hingga 1989 mengikut jadual dan keadaan
>berubah selepas 1990," katanya.
>Ketika menjawab soalan tambahan Adun Tawang, Takiyuddin berkata, kerajaan
>negeri sudah berusaha untuk membolehkan pertemuan dengan Menteri Kewangan
>dibuat bagi mendapat penjelasan mengapa geran lambat dibayar, namun tidak
>pernah mendapat respon positif dari pihak terbabit.
>Bagaimanapun menjawab soalan Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh (PAS - Melor) 
>beliau
>tidak menafikan kemungkinan kerajaan Pusat memperolehi keuntungan dari segi
>deposit apabila geran wajib lambat dibayar kepada kerajaan Kelantan.
>Sementara itu, ketika menjawab soalan Ustaz Saiful Baharin Mohamad (PAS -
>Selising) beliau berkata, perancangan pembangunan Kelantan bagi tahun 2000
>dibuat mengikut Pelan Strategik Pembangunan Negeri Kelantan yang dibuat
>kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.
>Katanya, asas pembangunan fizikal pelan tersebut bagi peringkat daerah
>dibuat berdasarkan kepada tiga elemen iaitu potensi, kekuatan dan
>kesesuaian.
>Comments ? E-mail Us
>
>
>
>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke