*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,
betul tu,
saya sokong PAS sebab Haji Hadi sokong pas, Ustaz Ismail Kamus sokong PAS,
Ishak baharom sokong PAS, Ustaz harun din sokong PAS, Dr Hatta,Dr Hassan Ali
and so on pun sokong PAS. Apesal lah diorang ni boleh sokong PAS. So since
saya ni pun bodoh, saya pun mengikut jelah.Al maklumlah, kurang cerdik.
Kalau sapa2 rasa nak pilih UMNO, silalah. Kalau dah ada org larang tapi nak
sokong jugak, silalah. Lagi diorang larang lagi mau sokong. Itu sendiri
punya pasallah. Saya tak cakap saya betul, but hopefully i made the right
choicelah.
Tapi teruskanlah perbincangan. Mana tahu terbuka hati nak sokong PAS ke, or
mana tahu terbuka hati nak sokong UMNO ke. Or mana tahu jumpa jodoh dalam ni
ke. Manalah tahu.
wassalam
>From: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>, "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
>[EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* RE: Layakkah Manusia Seperti ini disini!
>Date: Thu, 02 Nov 2000 09:33:35 +0800
>
>PEMBOHONG.....
>Kita tidak sekali-kali menyokong kezaliman.Samada kezaliman dalam umno
>atau kezaliman dalam pas atau dalam mana-mana puak atau mana -mana
>diri.Kita berkawan dengan umno kerana dia pandai buat kerja,kita kawan
>dengan pas kerana pas rajin bercakap.Yang pertama memperjuangkan bangsa
>melayu yang beragama islam dan yang kedua memperjuangkan negara
>islam.Kedua-duanya wajib dan dituntut.
>Di Malaysia ini ada 2 jamaah orang islam yang terbesar,yang pertama umno
>dan yang kedua pas.Bolehlah pilih mana yg sesuai.Kalau rasa yg anda
>sokong tu betul lah gilah .Apa yg susah sangat.Kita tidak boleh menghukum
>orang dengan jamaah.Bukan semua orang dalam umno tak nak kat ugama.Dan
>bukan semua orang dalam pam pas nak kat ugama.(hampa pun maklum hal ini
>noh,jangan nak sembunyi)Kita tak boleh menghukum umno dengan pas dan kita
>tak boleh hukum pas dengan umno.Kalau seorang ayah menghukum anak dengan
>martabat bapa yg ada pada siayah,maka semua anak akan dihukum sesat
>kerana anak bukan ayah.Kalau Rasulullah menghukum umat dgn martabat Rasul
>padanya maka semua umat sesat kerana dia serang saja nabi yg tinggal .
>Pada pandangan umno memartabatkan bangsa melayu itu strategi.Kerana
>apabila Melayu tidak berani dipertikaikan kedaulatannya maka dengan
>sendirinya agama itu berdaulat.Pas kata naik islamkan negara
>dulu,okey.....boleh kita terima pendapat tersebut.Tapi buatlah cepat
>orang ramai tertunggu ni.Dua negeri yang kita dapat tu kita buat apa mana
>syiar islamnya.Atau nak tunggu umno rampas balik.Lepas tu kita kata depa
>jahat.Kita laksanakanlah islam disitu dulu.Perbetulkan ahli-ahli kita yg
>50% daripadanya wahabi dan syiah (hampa bukan tak tau).Itu belum masuk
>kefahaman mengarut yang lain lagi macam,hakikat insan,nikah batin,tok
>bomoh jin,makyong,puja wayang kulit,pesta pantai(ulit mayang),puak tak
>sembahyang,dan lain-lain.
>
>Firman Allah dlm surahAnnisa' ayat 59
>"Wahai orang yg beriman,taatlah kamu kepada Allah dan Rasul serta
>Pemimpin dikalangan kamu" .
>
>Dan pendapat Imam Nawawi,
>Tidak gugur hak ketaatan dan tidak boleh dipecat 'ulul amri' walaupun ia
>fasiq.
>-lihat Imam Nawawi- KitabSyarah Sahih Muslim,penggal 12,halaman 229.
>
>"....dan sepakatlah ahli sunnah bahawa tidaklah terpecat mana-mana
>penguasa dgn sebab kefasikannya" -kecuali muktazilah menentang pendapat
>ini.
>
>Hadis dari Khuzaifah al Yamani hal 238
>"sekiranya dibelasah belakangmu dan dirampas hartamu ,maka belum jatuh
>haq ketaatanmu kepada mereka".
>
>Imam Nawawi menghuraikan syarah Sahih Muslim hal. 235 antaranya.
>"Sayugialah bersabar atas kezaliman mereka dan sesungguhnya tidak gugur
>ketaatan kepada mereka dengan sebab kezaliman mereka".....
>
>
>Wallhu Ta"ala A"lam......
>Wassalamualaikum.....
>
>
>Tiger wrote:
>
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > fakhrul berkata:
> > >Sabda Rasulullah lagi....
> > >"Bukanlah seorang Mukmin itu yang menjadi pencaci,pelaknat,
> > >bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut
> > >kata kata yang hina"
> >
> > Ya, kata Rasulullah itu benar. Tetapi yang lebih teruk lagi
> > kamu menjadi alat UMNO untuk mereka meneruskan program-program
> > mungkar mereka dan menzalimi orang-orang Islam. Saya teringat
> > kepada paklebai-paklebai UMNO di kampung saya. Mereka membawa
> > kitab tasauf mengajar orang-orang UMNO kampung supaya jangan
> > mencaci, melaknat, berkata kotor dan menghina sesiapa. Tapi
> > apabila ketua kampung UMNO (JKKK) semasa UMNO memerintah
> > Kelantan dahulu, paklebai-paklebai UMNO tak ambil kisah tentang
> > berdosa JKKK UMNO tak bagi baja kepada orang-orang PAS. Apabila
> > anak-anak orang PAS yang miskin nak minta JKKK tandatangan
> > borang pinjaman buku teks sekolah, paklebai-paklebai UMNO tak
> > suruh JKKK supaya takut kepada Tuhan. Kononnya orang-orang PAS
> > tak layak menerima bantuan baja subsidi, biasiswa, buku teks
> > kerana menentang kerajaan Barisan Nasional.
> >
> > Mereka lupa tak kira PAS atau UMNO, semua rakyat kena bayar
> > cukai pendapatan, cukai barang itu dan barang ini. Maka semua
> > cukai-cukai itu sampai kepada kerajaan Pusat, bukan harta mak
> > bapak UMNO. Memang JKKK UMNO tak suka berkata kotor, tidak
> > melaknat ..tetapi perangai mereka dilaknati Allah sebab
> > mereka zalim. Tambahan pula paklebai-peklebai UMNO orang-orang
> > baik yang dibayar elaun oleh pemimpin-pemimpin yang zalim.
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>
>
>--
>-----------------------------------------------------
>Click here for Free Video!!
>http://www.gohip.com/free_video/
>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "kita ." <[EMAIL PROTECTED]>