Oleh : Wartawan Detikdaily


Siswa juga penentu masa depan negara 2 Nov - Kes menggantung tiga semester seorang bekas pimpinan pelajar Universiti Utara Malaysia, Rizal Mohd, 23, pelajar semester akhir perakaunan, ekoran pertanyaannya kepada Astora Jabat dalam satu majlis di perkarangan masjid universiti pada 11 Februari 2000, sebenarnya rentetan dari beberapa rangkaian tindakan UUM ke atas siswa-siswi yang kononnya menjejaskan nama universiti. Anehnya, hampir semua kes dijatuhkan hukuman tanpa disertakan bukti jelas dan alasan munasabah.

(Rizal kini mengambil tindakan undang-undang ke atas UUM kerana mendakwa hukuman dijatuhkan tanpa merujuk beberapa peruntukan dalam Kaedah-Kaedah UUM, dan kesnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah. Beliau tidak dibenarkan mengambil peperiksaan semester terakhir bagi kertas terakhir Pakej Pengaturcaraan Perakaunan pada 9 Mac).


 



‘Siswa UUM bukan pelajar hingusan yang boleh diperbodohkan lagi’

Oleh Wartawan Detik


2 Nov - Kes menggantung tiga semester seorang bekas pimpinan pelajar Universiti Utara Malaysia, Rizal Mohd, 23, pelajar semester akhir perakaunan, ekoran pertanyaannya kepada Astora Jabat dalam satu majlis di perkarangan masjid universiti pada 11 Februari 2000, sebenarnya rentetan dari beberapa rangkaian tindakan UUM ke atas siswa-siswi yang kononnya menjejaskan nama universiti. Anehnya, hampir semua kes dijatuhkan hukuman tanpa disertakan bukti jelas dan alasan munasabah.

(Rizal kini mengambil tindakan undang-undang ke atas UUM kerana mendakwa hukuman dijatuhkan tanpa merujuk beberapa peruntukan dalam Kaedah-Kaedah UUM, dan kesnya didengar di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah. Beliau tidak dibenarkan mengambil peperiksaan semester terakhir bagi kertas terakhir Pakej Pengaturcaraan Perakaunan pada 9 Mac).

Dalam satu kes, dua orang pelajar digantung pengajian satu semester kerana dituduh merancang menganjurkan demonstrasi menentang kehadiran pasukan kriket Israel, sedangkan demo itu tidak pernah berlaku.

Dalam kes lain, lapan pelajar juga digantung satu semester kerana dituduh terlibat menyokong PAS dalam pilihan raya kecil Arau yang dimenangi PAS. Semua mereka terpaksa mengaku bersalah setelah diugut akan dibuang universiti sekiranya tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Sementara itu, seorang pelajar dituduh terlibat dengan program kursus kefahaman politik di kampus UUM dihadapkan dengan empat pertuduhan, juga tanpa bukti. Hukumannya, gantung dua semester.

Manakala dua siswi, yang dituduh menyokong parti pembangkang di kawasan Kubang Pasu dalam pilihanraya lalu dipanggil menghadiri sesi perbicaraan untuk digantung pengajian dua semester setelah tidak diberi peluang membela diri.

Seorang siswa semester pertama dibuang universiti hanya kerana keengganannya memakai talileher yang sememangnya pakaian rasmi UUM.

Selain itu, siswa UUM bukan sahaja tidak dibenarkan sama sekali membaca khutbah Jumaat, malah mereka tidak dibolehkan menjadi imam solat lima waktu di masjid universiti walaupun Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.

“Kami syak semuanya berpunca daripada Timbalan Naib Canselor (HEP) yang bertanggungjawab mengongkong dan menekan aktivisme pelajar. Beliau dikatakan cukup rapat dengan Timbalan Menteri Aziz Shamsudin yang sama-sama merancang meracuni pemikiran pelajar. Malah pegawai tertentu di jabatan keselamatan UUM diasak supaya berperanan seperti SB,” dakwa seorang pensyarah UUM.

Dalam pada itu, kehadiran wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Pertubuhan Pelajar dan Belia Demokratik Malaysia (DEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gerakan Mahasiswa Lantang dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) di perkarangan Mahkamah Tinggi Alor Setar, 23 Oktober lalu, sebagai tanda menyokong Rizal merupakan perkembangan menggalakkan dalam sejarah gerakan pelajar.

“UUM harus diperingatkan, mereka berdepan dengan pelajar universiti, bukan budak hingusan yang boleh dicucuk hidung,” kata bekas aktivis pelajar UUM awal 90-an. “Masa kami mungkin mereka boleh memperbodohkan pelajar, dan kami cukup malu dengan sejarah itu, tetapi saya yakin sekarang sudah jauh berbeza.”

Menurut sumber, UUM dikatakan mungkin mengambil tindakan lebih keras kepada Rizal kerana membawa kes penggantungannya ke mahkamah terbuka. “Kalau mempersoalkan Astora Jabat pun dikira memalukan UUM, apatah lagi dengan mengheretnya ke mahkamah,” tambah sumber itu lagi.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
>From homework help to love advice, Yahoo! Experts has your answer.

Reply via email to