*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum...

Apabila baca kenyataan ini terasa menyirap darah
saya..Kesian rakyat terengganu yg terpaksa terima
akibat dari kesan hak rakyat yang ditarik balik...
Adakah pemimpin UMNO suka melihat rakyat makin lama
makin membenci mereka terutama bagi orang UMNO yg
masih setia pada parti mereka di Terengganu...
Apa yg dpt saya lihat makin lama makin ramai org UMNO
terengganu takut dan tak nak mengaku diri mereka itu
UMNO..takut kena pulau dan juga dihina oleh rakan atau
jiran-jiran sekampung...
Masalah in melibatkan maruah orang Terangganu...Selama
20 tahun BN memerintah Terengganu,mati-mati rakyat
terengganu kena tipu dengan bayaran royalti..tapi
sekarang ni senang jer tukar Ehsan...saya sebagai org
Terengganu jati memang rasa nyekik yg amat sangat pada
UMNO...
Yg nyata dan jelas sekarang ni UMNO telah menipu
rakyat Terengganu selam 20 tahun ia memerintah negeri
terbabit..adakah kita sebagai rakyat di negara ini
hanya setakat nak pejam mata jer??
 
PEMBAYARAN ROYALTI PETROLEUM OLEH PETRONAS KEPADA
KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
OLEH SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU

 1.Pembayaran Royalti Petroleum oleh Petronas kepada
KerajaanNegeri Terengganu bukanlah isu Parti Pas. Ia
adalah urusan Kerajaan Negeri menuntut hak bagi
Negeri, Kerajaan dan Rakyat Negeri Terengganu. 

2.Pembayaran Royalti Petroleum ini menjadi hak
kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu kerana
terdapat satu perjanjian yang ditandatangani dan
dimeterai oleh Petronas dan Kerajaan Negeri pada 22
Mac 1975. Dalam
perjanjian itu disebut dengan jelas bahawa royalti
akan dibayar secara tunai sebanyak 5% kepada Kerajaan
Negeri oleh
Petronas dari perolehan kasar yang didapati oleh
Petronas dari jualan minyak dan gas yang dikeluarkan
di daratan dan di luar
pantai Negeri Terengganu.

 3.Perjanjian di antara Petronas dan Kerajaan Negeri
Terengganu tentang pembayaran 5% royalti
ini adalah berikutan dengan pengujudan Akta Kemajuan
Petroleum 1974 di mana hakmilik sumber petroleum dan
gas diserah
kepada Petronas. Sebelum akta ini dikanunkan Petroleum
dan gas ditafsirkan sebagai sama dengan sumber galian
yang lain
seperti emas, bijih timah, bijih besi, tembaga,
bauxite dan lain-lain. Bagi sumber-sumber galian ini
menurut undang-undang
tanah dan galian adalah kepunyaan Kerajaan Negeri
sekiranya ianya terjumpa di kawasan daratan. Justeru
itu, sekiranya
petroleum dan gas dijumpai di daratan Negeri
Terengganu, sebelum Akta Kemajuan Petroleum 1974
dikanunkan, maka
sumber petroleum dan gas itu adalah kepunyaan Kerajaan
Negeri. Bagi mengelakkan keadaan sedemikian berlaku
dan bagi
menentukan sumber petroleum dan gas dimiliki oleh
Petronas di mana saja ianya dijumpai di Malaysia, baik
dalam laut atau di
daratan maka Akta Kemajuan Petroleum 1974 dikanunkan
dengan Kerajaan Negeri menyerahkan haknya bagi sumber
petroleum dan gas sekiranya dijumpai di daratan.
Dengan penyerahan haknya atas sumber petroleum dan gas
di daratan ini
maka satu perjanjian ditandatangani pada 22 Mac 1975
di antara Petronas dan Kerajaan Negeri menetapkan
Petronas kena
bayar 5% royalti kepada Kerajaan Negeri di atas hasil
kasar yang diperolehi dari sumber petroleum dan gas
baik dijumpai di
daratan mahupun di lautan. 

4.Petroleum dan gas mulai dikeluarkan oleh petronas
pada tahun 1978 berdasarkan kepada
‘production sharing agreement’ dengan kontraktornya
terutama EPMI. Mulai tahun 1978 Kerajaan Negeri
Terengganu telah
menerima royalti petroleum dari petronas sehinggalah
tahun 1999. Jumlahnya adalah sebanyak RM 13.2 juta
pada tahun
1978 dan RM498.7 juta pada tahun 1999. Selama 22 tahun
Kerajaan Negeri menerima royalti petroleum 5% ini dan
tidak
semena-mena dalam tahun 2000 royalti ini diberhentikan
dan ditubuhkan Wang Ihsan. Royalti dan Ihsan mempunyai
erti yang
berlainan. Royalti adalah bayaran yang diwajibkan
manakala ihsan adalah pemberian atas kasihanbelas,
derma yang tidak
diwajibkan. Perbezaaan inilah yang dimaksudkan
Kerajaan Persekutuan telah merampas hak Kerajaan
Negeri. 

5.Wang Ihsan ini tidak pula disalurkan terus kepada
Kerajaan Negeri tetapi ditubuhkan Jawatankuasa
Peringkat Pusat (JPP) untuk
mentadbir dan mengurus wang ihsan ini. Adakah patut
sebuah Kerajaan yang telah diberi mandat secara sah
oleh rakyat
untuk mengurus dan mentadbir sesebuah negeri termasuk
menggubal dasar, pelaksanaan dan pengurusan kewangan
dipindahkan kepada sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat
yang tidak tahu secara dekat tentang kemahuan dan
hasrat
kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu. Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap ADUN Pengkalan
Berangan
dalam persidangan DUN pada 12 September 2000
menyatakan penubuhan JPP merupakan satu tamparan dan
penghinaan
kepada kakitangan pentadbiran awam di Negeri
Terengganu. Dianggap seolah-olah kita kakitangan awam
peringkat Negeri
tidak bertanggungjawab, tidak pandai merancang dan
mengurus hasil atau wang yang diterima oleh Kerajaan
Negeri. Perlu
orang lain, satu jawatankuasa, satu ‘remote control’
untuk memberitahu, mengarah apa yang patut kita buat.
Dua puluh dua
tahun sudah kita mengurus dan mentadbir wang royalti
ini dan saya percaya pentadbir dan kakitangan Negeri
Terengganu
lebih arif dan memahami kehendak kerajaan dan rakyat
negeri ini. 

6.Walaupun kecewa dengan tindak tanduk kerajaan pusat
itu, kakitangan awam Negeri Terengganu hendaklah
bangkit membuktikan bahawa kita mampu mentadbir,
mengurus,
merancang dan melaksana program, projek, aktiviti
kerajaan di Negeri ini setanding jika tidak lebih
hebat dari apa yang
dilaksanakan di peringkat persekutuan. Sebelum inipun
telah terbukti kita mampu; dengan
jabatan-jabatan/agensi Kerajaan
Negeri memenangi beberapa anugerah dan hadiah yang
dipertandingkan di peringkat persekutuan. Kita
kakitangan awam
Negeri mesti terus mempertingkatkan prestasi kita
dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab. 

7.Dengan terhentinya pembayaran royalti ini hasil
negeri terjejas dengan banyaknya. Pada kadar harga
petroleum hari ini
 yang agak tinggi iaitu US$35.00 satu tong royalti
yang patut diterima oleh Kerajaan Negeri adalah dalam
linkungan RM1 billion setahun.
Bayangkanlah betapa banyak hasil Kerajaan Negeri yang
ditahan oleh Kerajaan Pusat. Duit inilah kita buat
bayar gaji dan
elaun, bayaran utiliti, pemilikan harta modal, bayaran
tanggungan, caruman kepada badan-badan kerajaan, pihak
berkuasa
tempatan dan tidak ketinggalan membiayai projek-projek
pembangunan untuk faedah rakyat dan kesejahteraan
rakyat dan
perkembangan dan kemajuan ekonomi negeri untuk masa
depan. Ini meliputi pembinaan kemudahan-kemudahan bagi
rakyat
seperti rumah kos rendah, jalan, bekalan air, bekalan
letrik, perparitan, saliran dan lain-lain. Juga
membiayai pembangunan
pertanian, perindustrian dan pendidikan. Hasil dari
royalti ini diguna untuk projek-projek negeri.
Manakala projek
persekutuan seperti sekolah, PPRT, hospital, klinik,
jalan persekutuan termasuk lebuhraya adalah dibawah
peruntukan
persekutuan dan tidak berkait dengan wang royalti.
Sekiranya wang royalti yang ditukar kepada wang ihsan
diguna untuk
membiayai projek-projek persekutuan maka ini adalah
tidak betul. Saya berharap ini tidak akan berlaku.
Jika tidak ini
bermakna Kerajaan Negeri membiayai projek persekutuan.


8.Tanpa pendapatan dari royalti petroleum hasil negeri
dari punca lain dalam keadaan sekarang adalah
dianggarkan sebanyak RM180 juta sahaja setahun. Gaji
kakitangan di Jabatan Kerajaan Negeri yang mempunyai
‘establishment’ adalah sebanyak RM146 juta setahun.
Ini tidak termasuk gaji untuk kakitangan kontrak dan
sambilan, bayaran utiliti, elaun-elaun dan gaji bagi
kakitangan badan-badan berkanun, agensi dan
pihak berkuasa tempatan. Hakikatnya, tanpa bantuan
lain atau punca hasil lain keadaan kewangan negeri
adalah amat tenat.
Dalam keadaan tenat kita mestilah sentiasa
berjaga-jaga, dalam kawalan setiap ringgit yang kita
belanjakan. Di sini kita amat
perlu kepada keperihatinan, kefahaman dan pengorbanan
kakitanan awam di Negeri Terengganu. 

9.Dengan kesuntukan kewangan negeri maka beberapa
langkah terpaksa diambil dan dipohon keperihatinan,
kefahaman dan pengorbanan
kakitangan awam di Negeri Terengganu iaitu:- 
a.Perbelanjaan-perbelanjaan mengurus akan dikawal
dengan rapi. Sekiranya
permohonan perbelanjaan terpaksa ditolak maka
diharapkan kakitangan awam negeri memahami
kedudukannya.
b.Peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling
Kerajaan hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Peraturan dan
pekeliling baru akan
dikeluarkan berkait dengan penjimatan perbelanjaan.
 c.Kakitangan perkhidmatan awam negeri boleh memberi
sumbangan
bermakna kepada Kerajaan dengan meningkatkan prestasi
kerja. Gandakan output kerja kita. Sebagai contoh
pengeluaran
surat hakmilik tanah. Lebih banyak hakmilik tanah
dikeluarkan maka lebih cepat Kerajaan dapat memunggut
hasil tanah.
d.Kerajaan sedang mengkaji langkah-langkah yang boleh
diperkenalkan untuk meningkat punca hasil negeri. 
1.Terdapatkakitangan Kerajaan Negeri yang merasakan
Kerajaan Negeri tidak berkuasa lagi tanpa hasil
royalti petroleum. Sehinggakan
terdapat kakitangan awam sanggup bersikap anti
kerajaan melalui tindakan-tindakan mereka. Amalan
sebegini adalah amat
bertentangan dengan Perintah Am dan Peraturan
Pentadbiran. Kakitangan awam hendaklah bersikap
berkecuali dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab rasminya dan
hendaklah patuh kepada dasar yang ditetapkan oleh
Kerajaan yang
memerintah pada masa kini. (abide by the Government of
the day). 
2.Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t.
semuga hak Kerajaan dan rakyat Negeri akan
dikembalikan kepada yang hak. Allah s.w.t. telah
berfirman yang bermaksud
yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil.
Disamping itu bersama-sama jua kita berusaha dan
bertindak bagi
menghadapi situasi yang ujud ini. 

Sekian.

____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?nyekik=20umno?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke