*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dR MALAYSIAKIN.COM:
..........


Nov 4-5, 2000


Jalan Kebun gagal ditembusi
http://www.malaysiakini.com/archives_news/2000/nov/nov4-5/news9.htm

2pm, AHAD: Kawasan perhimpunan di Jalan Kebun, Shah Alam gagal ditembusi 
oleh penyokong-penyokong pembangkang setelah dikepung sepenuhnya oleh polis.

Kumpulan penyokong terpaksa berpecah dan kini bergerak ke beberapa tempat di 
sekitar Shah Alam dan Klang.

Malaysiakini difahamkan mereka akan berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam, 
Kompleks Sukan Pandamaran dan Masjid Rahimah, kedua-duanya di Kelang.

Beberapa ratus orang juga berkumpul di kawasan rehat Awan Besar di tepi 
Lebuhraya Kesas.


Mereka dijangkakan berada di sekitar kawasan berkenaan sehingga jam 3 petang 
sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya. [Penganjur: Perhimpunan tetap 
diteruskan, 5 Nov]

Menurut laporan laman web rasmi FreeAnwar Campaign, beberapa tempat Masjid 
Negara dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur juga dikawal polis sejak 
tengahari tadi.

Kawasan perhimpunan di Jalan Kebuh telah dikepung sejak petang semalam lagi. 
Sekurang-kurangnya 400 anggota polis pelbagai unit dikerahkan mengawal 
kawasan berkenaan, termasuk mengadakan beberapa sekatan jalan raya.

Hanya penduduk di kawasan itu dibenarkan melepasi sekatan berkenaan.





>From: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* UMNO= Tak gentleman
>Date: Sun, 05 Nov 2000 04:20:44 GMT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>Target UNNO= Supaya perhimpunan 100K tak jadi. Tak ramai yang datang
>Strategi= Buat sekatan jalan raya, hantar FRU kepung kawasan perhimpunan,
>buat kenyataan akhbar memberi amaran kpd rakyat supaya mereka takut nak
>hadir.
>Akhirrnya= Rakyat takut nak hadir, atau rakyat cuba hadir tapi tak dapat
>kerana kawasan berhimpun dikepung polis dan jalan2 disekat.
>Maka= Dr M, PakLah, dan lain2 pemimpin bolehlah kata 'Keadilan ingat mereka
>masih kuat. Tengok, mereka nak kumpul orang pun tak berjaya. Ini BUKTI 
>KUKUH
>rakyat sudah lupakan Keadilan dan kembali kepada UMNO'
>
>Wahai UMNO, kalau anda kuat gentlemenlah sikit. Apa yang anda nak takut 
>jika
>100K rakyat nak sokong Keadilan? Kan ke anda ada 2.8 juta ahli? Kumpullah
>ahli anda 200K ke 300K ke kat Stadium Shah Alam? Janganlah menyakat rakyat
>yang nak sokong BA.
>
>Inilah baru betul2 angan-angan mat jenin ('Melayu kembali kepada UMNO').
>
>Wassalam
>................
>
>Pra Perhimpunan 100,000 rakyat: Lima telah ditahan polis
>http://www.harakahdaily.com/Nov/m4nov2000_7.shtml
>
>KLANG, 4 Nov (Hrkh) - Lima orang yang berada di kawasan tapak perhimpunan
>100,000 rakyat Malaysia esok, di Jalan Kebun dekat sini telah ditahan oleh
>polis kira-kira jam lima petang ini.
>
>Arahan penahanan itu dikatakan dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Selangor
>sendiri, Johar Che Din.
>
>Kelima-lima mereka dikenali sebagai Norazimah, Hairi, Ghazali, Zaidi Shah
>dan Abu Bakar. Identiti sebenar kelima-lima mereka sehingga kini belum
>dikenalpasti kecuali Norazimah, seorang aktivis reformasi.
>
>Mereka ditahan ketika berada di kawasan tapak perhimpunan tersebut.
>
>Sementara itu, lebih seratus orang polis berada di sekitar kawasan
>perhimpunan itu termasuk 17 buah trak FRU.
>
>Hampir kesemua jalan masuk ke tapak perhimpunan itu telah dibuat sekatan
>jalan raya oleh polis.
>
>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at
>http://profiles.msn.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke