Date: Tue, 7 Nov 2000 09:19:59 +0800


Akhbar berbahasa Cina `highlight' perhimpunan rakyat
Oleh Nur Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Akhbar harian berbahasa Cina hari ini telah memberi liputan meluas terhadap Perhimpunan 100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas, Shah Alam berbanding akhbar berbahasa Melayu.


Malah, laporan yang dibuat beserta gambar-gambar jelas menunjukkan sambutan orang ramai terhadap perhimpunan tersebut disifatkan mengulangi sejarah perhimpunan di Masjid Negara sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri ditangkap September dua tahun lalu.


Akhbar berbahasa Cina turut melaporkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan itu sedangkan media cetak dan elektronik milik kerajaan pimpinan Umno dan BN termasuk TV3 hanya menyiarkan lebih kurang 1,000 sahaja di samping mereka menyifatkan perhimpunan itu sebagai "gagal".


Semalam, pihak berkuasa telah mengadakan beberapa sekatan laluan kepada orang ramai yang hendak menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat di Jalan Kebun, Shah Alam.


 


Bagaimanapun, orang ramai tetap tidak berganjak dari tempat mereka dan terus berhimpun berhampiran Tol Kemuning dan sempat mendengar ucapan para pemimpin Barisan Alternatif iaitu Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, Presiden Parti KeAdilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr Syed Husin Ali dan Parti DAP, Lim Kit Siang.


Selepas beberapa minit keempat-empat pemimpin BA berucap, FRU telah menembak gas pemedih mata ke arah orang ramai.


Laporan Harakah daily pada hari kejadian turut menyaksikan pergelutan antara pihak berkuasa dengan orang ramai antaranya tindakan FRU mengetuk pintu kereta orang ramai sehingga pecah dan menembakkan gas pemedih mata.



Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke