www.harakahdaily.com
Laman kerajaan Malaysia sebar virus Anti-Mahathir
KUALA LUMPUR, 4Nov (Hrkh) -- Ucapan belanjawan negara yang boleh diperolehi
secara online menerusi laman kerajaan dijangkiti virus yang boleh
menghapuskan dokumen dan menambahkan komen yang kasar terhadap Perdana
Menteri, Mahathir Mohamad, lapor Newsbyte hari ini.
Pakar virus tempatan, Looi Hoong Thoong mengesahkan bahawa dokumen di laman
web rasmi Kementerian Kewangan telah dijangkiti virus Hampehs yang
dipercayai berasal dari negara ini.
Dokumen yang telah dijangkiti virus itu telah diterbitkan Jumaat lepas
bersamaan dengan ucapan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Daim Zainuddin di
Parlimen.
Semasa berita ini ditulis, dokumen itu masih boleh didownload di
http://www.treasury.gov.my/englishversion/index.html . Hanya versi bahasa
Inggeris sahaja yang dijangkiti dan tidak dapat diketahui berapa ramai yang
telah mendownload dokumen itu.
Kod dalam dokumen! itu akan membawa pengguna ke laman hampehs.cjb.net, di
mana "Mr DingDang" mendakwa membina virus itu.
Ditulis dalam bahasa Melayu, penulis virus itu berkata, beliau menulisnya
kerana beliau "tidak bepuas hati dengan kerajaan sekarang" dan berhasrat
melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Mahathir.
Edisi penuh bahasa Inggeris
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products. All with one Wallet.

Kirim email ke