*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
test


hello hi wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalaumualaikum
>
> Tahniah kepada penganjur dan rakyat Malaysia yang telah turun ke padang dalam
> Perhimpunan 100,000 rakyat pada 5 Nov 2000 untuk memperjuangkan demokrasi
> dalam negara yang semakin menghimpit hak rakyat ini. Akibat dari pemerintahan
> kuku besi Barisan Nasional UMNO hari ini, rakyat tidak dibenarkan berhimpun
> kecuali berhimpun untuk UMNO atau oleh UMNO walaupun tidak ada permit
> sepertimana yang dibuat oleh Pemuda UMNO di Putrajaya baru2 ini. Rakyat telah
> membuat permohonan permit banyak kali untuk mengadakan pelbagai perjumpaan
> aman (ceramah, hari keluarga, sukaneka, perhimpunan rakyat) tetapi hampir
> kesemua permohonan ditolak diseluruh negara. Norian Mai, Ketua Polis Negara,
> hari ini membuat kenyataan dalam Berita Hairan, bahawa polis sedia memberi
> permit (kepala hotak dia? Apa punya Ketua Polis, cakap macam budak2).
>
> Saya turut berkesempatan sama berada di tempat kejadian malah menawarkan diri
> menjadi sukarela menjadi benteng di barisan depan bersama rakyat Malaysia yang
> lain untuk melindungi ke empat2 Presiden dari diserang dan dipancut air gas
> oleh FRU. Saya sempat menyaksikan beberapa kejadian kezaliman dan kebinatangan
> polis FRU tehadap orang awam. Mahathir dan Dollah Badawi serta Norian MAi
> bertanggungjawab di atas darah orang awam yang tumpah ke bumi. Akibat dari
> sekor manusia yang zalim ini, rakyat terpaksa bermandi darah.
>
> 4 orang anak muda dalam sebuah kereta merah proton iswara dikejar polis tanpa
> sebab dalam kesesakan kereta. Polis terus memecahkan tingkap cermin anak muda
> belasan tahun ini dan memukul pemandunya tanpa sebarang pertanyaan dan
> mengheret serta memukul tiga lagi penumpang kereta tersebut.
>
> Polis menyembur air gas dan menembak gas pemedih mata ke arah orang yang
> terperangkap di hi-way walaupun di sana terdapat ramai orang termasuk
> kanak-kanak kecil (paling kecil depan saya berumur 10 bulan, apabila ditanya),
> dan terdapat orang perempuan/lelaki tua, dan orang2 perempuan di dalam
> kereta.
>
> Di Jalan Kebun, polis menyerbu rumah-rumah orang kampung dan menangkap
> orang-orang kampung termasuk orang-orang yang baru saja selesai solat zuhur.
> Serupa askar Yahudi tangkap dan serang orang Islam Palestin dalam masjid di
> Palestin.
>
> Di tepi hi-way dekat Bkt Kemuning, orang-orang Indon yang sedang duduk
> memerhati dari jauh juga ditempak dengan gas pemedih mata.
>
> FRU menangkap dan membelasah orang ramai yang tidak sempat lari menyelamatkan
> diri termasuk orang awam yang tidak tahu apa-apa. Memang FRU ini bagaikan
> binatang anjing yang apabila dibunyikan loceng, mereka serang. Dibunyikan
> loceng sekali lagi, mereka berpatah balik. Dibunyikan dua kali berturut2,
> mereka masuk trak. Memang macam binatang. Kalau ada saudara mara kita yang
> jadi FRU, suruh berhenti ajalah; carikanlah kerja lain untuk mereka daripada
> dilaknat oleh Allah dan manusia seluruhnya.
>
> Dalam keadaan terperangkap di hi-way itu, ada orang yang lapar dan dahaga. Ada
> anak-anak kecil yang nak minum susu. Ada orang tua yang sudah tidak larat. Ada
> orang perempuan yang terlalu letih berada di bawah panas matahari. Tetapi
> polis FRU tidak peduli itu semua. Mereka terus menghujani kami semua dengan
> air gas dan gas pemedih mata. Itulah arahan Mahathir, Mahafiraun, Mahazalim
> kepada polis. Dollah Badawi sebagai Menteri Dalam Negeri juga bertanggungjawab
> ke atas apa yang berlaku ini. Kami tetap melaknat kamu berdua sampai akhir
> hayat kami.
>
> Dalam keadaan yang begitu sesak itu, saya sempat bertanya kepada ramai orang
> di sana apakah sekiranya ada satu lagi panggilan untuk demo di hi-way, mereka
> sedia turun. 100% kata mereka sedia turun. Tidak kurang 50 orang yang saya
> tanya dalam catatan nota kecil saya, mereka bersedia untuk turun lagi, dan
> kali ini perlu dirancang dengan lebih rapi. Malah ada seorang korporat yang
> membawa Merc. mata belalang menyarankan supaya perhimpunan 100,000 orang yang
> akan datang dibuat di hi-way KLIA. Saya kira itu cadangan yang cukup baik!!!!
>
> Katanya kalau kita demo di bandar, polis dan FRU boleh blok kita, tetapi kita
> demo di hi-way, kita yang blok mereka. Malah polis FRU tidak berani secara
> terpisah-pisah (isolated) masuk celah-celah kereta kerana kalau silap hari
> dalam kereta ada parang, kayu, belantan dan senapang yang menghujani kepala2
> FRU binatang ini.
>
> Kalau demo yang dirancang di KESAS berjaya, maka di KLIA lebih mudah lagi.
> Kita mesti buat, katanya. Kalau di KESAS banyak kontena tersangkut tak sampai
> ke Pelabuhan Kelang tetapi kali ini, kalau kita di hi-way KLIA, maka sudah
> pasti banyak kapalterbang yang tidak akan naik. Kita mesti beri tekanan kepada
> Mahathir dan Dollah Badawi in supaya mengembalikan hak rakyat.
>
> PERHIMPUNAN 100,000 orng rakyat MAlaysia akan datang di KLIA! sekiranya
> Mahathir dan Dollah tidak memberikan permit kepada kita untuk berkumpul di
> Stadium Bukit Jalil. Stadium ini dbuat dengan keringat dan duit rakyat,
> mengapa kami tak boleh sewa dan gunakan Stadium ini? Mengapa?
>
> Semarakkan perjuangan rakyat! RE-for-ma-si 3x Allahuakbar!
>
> ____________________________________________________________________
> Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
>http://home.netscape.com/webmail
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to