*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Biasanya saya lihat jika terlalu over sangat orang akan mencarut. Tak
kira lah samada dia memperjuangkan kebenaran atau kebathilan. Tapi yang
nyatanya ,orang itu mesti separuh tiang atau tiga suku.

Saya pernah dengar seorang ustaz berkata di Gombak bahawa Saidina Abu
Bakr ada berkata, orang marah ni macam orang separuh gila, yakni hilang
sebahagian dari akalnya.

Orang lain pula apalagi,terus ambil kesempatan dan menuduh orang yang
mencarut tu dengan perkataan perkataan yang tidak baik dan sekali gus
ingin menunjukkan dia ajelah yang cool dan rational dan waras dan
benar.

Yang saya nak cakap ialah pasal menyebarkan maklumat yang betul
mengenai agama kita, Islam. Masalah dengan internet ni ialah kita tak
tahu kita lawan cakap dengan siapa. Kalau kita tau mungkin kita
approach cara lain.

Kalau lah benar ingin memaklumkan pada orang ramai mengenai kemunkaran
UMNO,kita patut berasa seolah olah orang yang kita lawan cakap tu ada
di depa mata kita. Jadi kita akan lebih bersopan. Juga kita boleh
belajar mengenai ehsan. Orang lain tak nampak tapi Tuhan nampak.

Kalau dah selalu pergi masjid/ surau tu eloklah, daripada duduk rumah
tengok cerita Tarzan, Xena the warrior princess, Robin Hood ,dsb yang
banyak belon belon dekat dada tu. Kalau pun tertidur masa dengar kuliah
itu lebih baik daripada membenarkan mata kita lihat belon belon tu.

Satu perkara yang saya pelik ialah orang orang yang sesat tak akan
mengaku sesat sampai dia mati. juga orang munafik tak akan mengaku dia
munafik. Malah dia kan kata orang yang beriman tu lah orang yang
munafik dan sesat . dia sajalah yang baik.

Kalau penyakit munafik ni dah hinggap kat kita, alamat binasalah kita
sebab kita tak tau yang kita kena penyakit ni. Salah satu tanda yang
saya nampak ialah penyakit "aku saja yang betul orang lain semuanya
salah". Kemudian tu merendah rendahkan orang lain. 

Kalau benarlah seseorang tu mukmin, maknanya dia adalah orang yang
bersyukur. Dia berasa mujur kerana Allah SWT telah limpahkan Hidayat
pada nya dan dia rasa biarlah orang lain share jugak excitement yang
dia dapat ni. Sebab tu dia nak bagi tau orang lain pasal kebenaran ni.
Dia juga akan berasa kasihan pada orang orang yang belum lagi diberi
hidayah ni,bukannya benci pada orang tu tapi benci pada apa yang dia
buat.

Semasa saya duduk di exco Pemuda UMNO Bahagian dulu saya ada satu
masalah yang saya tidak dapat selesaikan. Masalahnya ialah bagaimana
nak selaraskan perjuangan UMNO ni dengan Kalimah Syahadat yang saya
pegang ni.

Perjuangan UMNO adalah berdasarkan kebangsaan, iaitu bangsa Melayu.
Oleh itu apa-apa saja yang berkenaan dengan orang Melayu akan di
perjuangkan. Ekonomi, pelajaran, kebudayaan, agama, sosial (5 perkara).

Kalimah syahadat pulak berpecah kepada tiga perkara, Rukun iman, rukun
Islam dan ehsan.

Sementara tunggak kebangsaan ialah bangsa dan dahannya ada lima,
kalimah shahadat pulak bertunggakkan tiada Tuhan melainkan Allah dan
Muhammad itu Rasulullah. Dahannya pula ialah tiga perkara yang saya
cakap kan tadi.

Islam menerima sesiapa saja yang mengucapkan dan menerima kalimah
syahadat ini, secara otomatik. Kebangsaan pula menerima ahli dari
bangsa yang sama (atau rumpun yang sama), sebab tu Cina dan India tak
boleh jadi ahli UMNO. Bukan Islam juga boleh jadi ahli UMNO jika dia
seorang pribumi.

Islam tidak menerima bukan Islam sebagai ahlinya. Seorang ahli dalam
agama Islam mesti menerima Allah sebagai Tuhannya dan tidak menerima
Tuhan palsu yang lain. Seseorang ahli dalam agama Islam mesti menerima
Nabi Muhammamd sebagai pesuruh yang sempurna dalam menyampaikan ajaran
Islam. Maknanya tidak ada benda yang sengaja atau tidak sengaja yang
ditinggal kan oleh Nabi Muhammad.

Dan banyak lagi isu yang saya tidak boleh selesaikan semasa didalam
pemuda UMNO Bahagian tu. Oleh kerana itu saya memilih untuk keluar
daripada UMNO dan memilih parti lain yang ideologinya straight forward
untuk menjadikan Kalimah Syahadat sebagai tonggak perjuangan.

Kalau saudara Fakhrull ada idea bagaimana nak selaraskan perjuangan
UMNO dan Kalimah Syahadat orang Islam, sila respon pada saya. Saya ni
ingin belajar. Banyak benda yang saya tidak tahu.

Wallahu A'lam.

    
--- Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> salam~
> 
> Aku tak peduli hang UMNO ka bukan UMNO ka; asalkan hang
> sokong Dr Mahathir, sokong manusia-manusia keparat yang
> sanggup menghina dan menyiksa Ulamak-Ulamak tak kira Ulamak
> tempatan mahu pun Ulamak luaq, sepertimana dalam kes
> al-Ustaz Yusuf Qardawi yg dihalang masuk ke Malaysia mahupun
> dalam  kes seorang Ulamak Besar dari Pattani (rujuk laman reformasi
> dua tiga minggu lepas), iaitu al-syahid Tuan Guru Hj Abdul Rahman
> Betong yg 
> ditangkap di Kuala Kangsar pada bulan posa 1998 yg lalu, kemudian
> diserahkan
> hidup-hidup untuk dikedarah oleh anjing-anjing Siam hingga
> gugur syahid dalam penjara Siam beberapa minggu yg lepas; maka
> selama itulah hang pun dok satu kapai dengan depa.
> 
> Maka itu, selagi lagi mana hang dok satu kapai dengan mereka; sekali
> lagi dengan 
> nada yg tak senonoh aku tulih kat hang & co:
> 
> "KEPALA B*TUH HANGPA!! - aku yang mangkaq dan tak senonoh nie pun tau
> nak 
> bezakan mana yg hak mana yg bathil, awat hangpa yg ayaq quran dan
> hadith dok 
> berbuih di mulut tu pun masih tak reti-reti lagi!!
> 
> MANGKAQ BETOI!!
> 
> -Aku Temingat Dari Belantara-
> 
> =========================================================== 
> 
> 
> Fakhrull wrote:
> 
> iKUTILAH PENGAKUAN PEJUANG YANG SUDAH HILANG PUNCA....BILA KITA TEGOR
> DIBUBUHNYA
> SEKELIAN KESALAHAN UMNO KAT KITA....DITUDUHNYA KITA ORANG
> UMNO...ORANG YANG 
> MENANG DALAM JIHAD ITU HANYALAH ORANG YANG BERIMAN.....MUDAH MUDAHAN
> KAMU SEDAR 
> DAN INSAF..........
> 
> 
> > [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >
> > <cut>
> > ASSALAMUALAIKUM.....buat tatapan netters sekelian terutama yang tak
> kena
> > penyakit taksub,yang boleh pikirlah maksudnya..Berikut adalah kata
> kata 
> pejuang
> > palsu......yang boleh memalukan geng(kumpulan) beliau sendiri....
> >
> > Kata kata pejuang merapu....dengan nada yang tak senonoh:-
> <cut>
> ===========================
> 
> > AKU jawab:
> >
> > Assalamualaikum yg sdra Fakhrull & co,
> >
> > Betullah hang cakap aku nie "pejuang merapu dengan nada tak
> seronoh".
> > Aku mengaku bab itu....memang sebijik kena kat batang hidung aku.
> >
> > Nie aku nak habag kat hang sikit; dulu aku memang manusia jenis
> perangai
> > tak senonoh, aku dulu UMNO pekat, karat berdengung, jenis piang
> punya.
> >
> > Aku masih ingat lagi bagaimana aku yg dulunya hardcore UMNO kat
> kampung, orang
> > kuat belia; kuat2 tak kuat tak taulah; calang2 Persatuan Belia
> kampung, tarak
> > nak menang aih Anugerah Kurnia Belia Jaya Negeri Kedah!
> >
> > Lepas tu, suratan takdir membawa aku jadi pelajar belajar sampai
> Amerika.
> > Pi pi sana, tu dia aih, budak2 kita kat sana ramai sungguh
> geng-geng 'dakwah';
> > itulah gelaran aku terhadap puak2 MISG, ABIM, Tabligh, Arqam, PAS
> dan yg sama
> > waktu dengannya.
> >
> > Aku yg jenis hu ha hu ha, apanama yg hang tulis sebagai 'tak
> senonoh' tu jadi
> > panas badan, tak boleh nak masuk bila dok bergelumang dengan
> budak-budak tu.
> > Masa tu, bila aku tengok depa, aku rasa depa tu 'kanyiaq' habih;
> aku rasa depa
> > tu macam budak2 mentah tak tau apa pasal hidup....ego habislah aku
> masa tu 
> sebab
> > ya lah, kita nie dah ditrain kat malaya dulu macam2 masa dlm UMNO
> dan Belia
> > tu.
> >
> > Aku ingat lagi masa kat oversea tu, aku jadi barua kerajaan
> gila-gila punya.
> > Yg tak boleh aku lupa sampai hari ini; sekali tu aku dengar cerita
> ada sorang
> > budak PAS (kepala PAS kat situ) ada dok pi kawan dengan budak2
> Kristian. Aku 
> tak
> > taulah apa yg dia buat; tapi yg aku ingat aku ada call MSD pi habag
> kata si 
> anu
> > bin si anu itu dok pi masuk gereja ka mana-mana; aku ada cucuk
> pegawai MSD tu
> > suruh tarik biasiswa budak tu. Kira jahat habis aku masa
> tu.....barua dan tak
> > senonoh habis!
> >
> > Baru2 nie, bertahun2 lepas tu, aku ada terserempak dengan brader tu
> kat satu
> > kedai makan dekat tempat kerja aku. Kami la nie masing2 dah
> bekeluarga dah; 
> aku
> > senyum tengok dia, dia pun senyum tengok aku. Aku senyum dalam rasa
> bersalah,
> > dia pula senyum ikhlas. Aku tau dia senyum ikhlas sebab dia tak tau
> pasal
> > call aku ke MSD itu. Nasib baik pegawai MSD tu tak makan garam yg
> aku bagi,
> > kalau tidak naya saja brader tu. Mungkin jugak pegawai MSD itu
> geng2 "dakwah" 
> tu
> > jugak, wallah hu aklam.
> >
> > Habis tu, macam mana pulak aku boleh beralih 180 degree ke PAS
> sekembalinya ke
> > Malaya?
> >
> > Aku terjatuh hati pada PAS lama sebelum meletusnya ke Anwar
> Ibrahim. Makna  
> kata
> > aku tersangkut dengan PAS tak ada kena mengena dengan isu Anwar.
> >
> > Cerita dia macam nie.
> >
> > Hang taulah, untuk young professional macam aku masa mula2 balik US
> hampir 
> satu
> > dekad yg lalu; asal orang kampung, tapi kerja punya pasal;
> terpaksalah 
> berpindah
> > ke bandar. Duduk di bandar tak macam dok di kampung; aku jenis yg
> suka 
> bercampur
> > dengan orang (w/pun perangai tak senonoh...he,he,he); dok di bandar
> bukan 
> orang
> > nak sembang dengan orang sangat. Kalau ada pun cuma satu tempat
> saja yg orang
> > mungkin ikhlas nak sembang dengan hang, iaitu kalau hang join
> orang2 Surau 
> atau
> > pun orang2 masjid.
> >
> > Kalau hang pi Kelab Malam ka mana-mana ka, boleh jugak, tapi GRO
> GRO itu nak
> > sembang dengan hang pasal duit saja, depa bukan ikhlas.
> >
> > Dipendekkan cerita, aku pun dalam keadaan berpura (sebab nak buat
> kawan dan
> > mungkin nak try naik melalui politik kat situ), aku pun pi join
> puak2
> > surau/masjid kat situ; dan secara kebetulan Pengerusi Surau itu
> adalah juga
> > Ketua Cawangan UMNO kat situ, Setiausaha Surau pun adalah
> Setiausaha UMNO; 
> jadi
> > masuk ngam2 lah dengan aku.
> >
> > Dan, dek kerana kepandaian aku berPR, maka sekali tu Pengerusi
> Surau dah offer
> > aku nak jadi Ketua Pemuda. Aku kata tak pa lah aih, saya tengok
> dululah, bagi
> > depa lain dulu.
> >
> > Dalam dok tengok dulu tu, saya jadi lagi kerap ke surau bercampur
> dengan depa.
> > Kuliah tak miss, tapi biasalah kuliahnya bab haid bab nifas (betul
> nie). Bila
> > dah selalu ke surau tu, rasa miss pulak kalau tak pi, tak tau pasal
> pa.
> >
> > Lama2, bila dah dok kawan dengan geng2 surau tu, selalu dok ikut
> depa pi 
> kenduri
> > tahlil, baca yassin etc, selalu dok ikut depa pi dengar ceramah
> Ustaz (Ustaz 
> PAS
> > tak main la); aku jadi seronok pulak.
> >
> > Ustaz2 yg jadi kegemaran kami masa tu ialah Ustaz Shamsuri, Ustaz
> Harun Din,
> > Hasan Din, Hassan Ali, Ismail Kamus dan lain2 Ustaz yg diapprovekan
> oleh
> > kerajaan untuk muncul di kaca TV ataupun di corong2 radio 3 Utara.
> >
> > Aku masih ingat, sekali tu kami meredah hujan lebat (dlm kereta la)
> merentasi
> > jambatan Pulau Pinang nak pi dengar rakaman Forum Perdana di USM.
> Sampai sana
> > kereta jem sampai entah ke mana2 dlm USM tu, tak dak parking, basah
> kuyup kami
> > jalan sebab kena parking jauh. Tak pa lah, sanggup buat apa saja
> sebab nak pi
> > tengok Ustaz Shamsuri yg pertama kali masuk TV. Ahli2 Panel selain
> dari Ustaz
> > Shamsuri ialah Ustaz Harun Din dan Tuan Mufti P. Pinang, Tuan
> Syeikh Azmi.
> > Pengerusi Majlis pula ialah Dr Hassan Ali. Tengok2 tempat full,
> penuh, jadi 
> kami
> > cuma berpuas hati dengan siaran litar kat luar dewan.
> >
> > Dipendekkan cerita, bertahun2 selepas itu, apabila sehari demi
> sehari; aku 
> dapat
> > rasa yg darah biru UMNO yg mengalir dalam diri aku makin lama makin
> kurang,
> > sikit demi sikit aku rasa darah lain yg berwarna hijau mula
> menggantikan darah
> > berwarna biru tersebut.
> >
> > Dan, diringkaskan cerita jugak; bila kesemua Ustaz2 yg aku sebut di
> atas mula
> > beralih arah menyokong pimpinan Ulamak untuk mendaulahkan Islam di
> bumi 
> Malaysia
> > ini; aku pun secara tiba2 jadi tersentak. Tanpa aku sedari, darah
> biru pekat 
> yg
> > dulunya memenuhi setiap rongga saluran darah aku; tiba2 saja sudah
> hilang 
> ghaib
> > entah ke mana!
> >
> > Hari ini aku cukup allergic dengan UMNO; bukan sebab PAS, ADIl atau
> sapa-sapa;
> > tapi aku cukup baran, panas hati yg mendidih setiap kali aku
> mengenangkan apa 
> yg
> > dah UMNO (khususnya Dr Mahathir) dah buat terhadap Ustaz2 aku tu.
> >
> > Contoh:
> >
> > 1. Ada ka patut ustaz Shamsuri yg humble itu dilondeh seluarnya,
> dibiarkan
> > terkontang konting dalam jel digigit nyamuk hingga ke pagi?
> >
> > 2. Ada ka patut ustaz Harun Din yg mak pak aku (w/pun UMNO) cukup
> kagumi itu
> > dituduh Dr Mahathir sebagi Ulamak penipu dok jual air jampi?
> >
> > 3. Ada ka patut Ustaz Badrulamin yg selalu muncul di kaca TV itu,
> ditangkap
> > lepas tu dipakaikan seluar pendek dan ditonjolkan kpd umum. Tarak
> hormat sama
> > Ustaz ka?
> >
> > 3. Dan, last sekali ada ka patut Ustaz Hamdan Othman (hangpa
> mungkin tak kenai
> > kut); yg pernah bersama2 pejuang Mujahideen Afghanistan berperang
> melawan
> > tentera Soviet; bila dia balik Malaysia; sekali tu kena cekup di
> bawah ISA 
> entah
> > apa sebab, dan dikapit TELOQnya dan ditorture selama 7 hari?
> >
> > Ustaz kena kapit teloq......seorang mujahideen pulak tu....hangpa
> tak rasa
> > terhina ka????
> >
> > Kerana apa yg depa dok buat kat Ustaz2 kesayangan aku tu; maka hari
> ini
> > sapa saja yg dok sokong Mahathir, dok bela Mahathir, tak kira
> Fakhrull, tak
> > kira Qubah, tak kira sapa-sapa; di sini dengan nada tak senonoh aku
> nak kata:
> >
> > "KEPALA B*TUH HANGPA!! - AKU YG PERANGAI TAK SENONOH NIE PUN TAU
> NAK BEZAKAN
> > MANA YANG HAK, MANA YAG BATHIL; TAK KAN HANGPA YG AYAT QURAN DAN
> HADITH PUNYA
> > CAYAQ DI MULUT TU PUN MASIH TAK RETI-RETI LAGI!!!"
> >
> > -Temingat dari Belantara-
> >
> 
> __________________________________________________________
> This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one Place.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abtalib ib <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke