-------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
eGroups eLerts
It's Easy. It's Fun. Best of All, it's Free!
http://click.egroups.com/1/9698/2/_/472499/_/972363472/
---------------------------------------------------------------------_->

From: "muhammad .m" <[EMAIL PROTECTED]>

Bismillah Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala
Rasulillah.

PUASA DI BULAN SYAABAN

Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya‘ban
sebagaimana yang  diriwayatkan 
daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda
tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga 
kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak
pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada 
bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda
berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya‘ban."
(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah
disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang 
diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat
engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan
sebagaimana (banyaknya)engkau berpuasa di bulan 
Sya‘ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana
bulan Sya‘ban, bulan yang manusia lalai (kerana
terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan

Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan
manusia kepada Allah Rabbul ‘Alamin, maka aku suka
supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam 
keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa’i)

http://www.brunet.bn/gov/mufti/ic5_1999.htm


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf!  It's FREE.
http://im.yahoo.com/

Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (PERCUMA)
Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk




Kirim email ke