*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Negeri Selangor terima $91 juta bagi Putrajaya

                      Perjanjian jadikan Putrajaya Wilayah Persekutuan
dimeterai

                      KUALA LUMPUR -- Kerajaan Negeri Selangor akan
menerima wang tunai
                      RM200 juta ($91.35 juta) serta bayaran tahunan
sebanyak RM7.5 juta
                      untuk selama-lamanya daripada Kerajaan Persekutuan
dengan
                      termeterainya perjanjian untuk menjadikan kawasan
Putrajaya seluas 4,931
                      hektar sebagai Wilayah Persekutuan.

                      Surat perjanjian itu ditandatangani oleh Yang
di-Pertuan Agong Sultan
                      Salahuddin Abdul Aziz Shah, bagi pihak Kerajaan
Persekutuan manakala
                      kerajaan Negeri Selangor diwakili oleh pemangku
Raja Selangor, Raja Idris
                      Shah.

                      Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir
Mohamad, menjadi saksi
                      bagi Kerajaan Persekutuan manakala saksi bagi
Kerajaan Negeri Selangor
                      ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir
Toyo.

                      Majlis itu dijalankan di Balai Rongseri Istana
Negara di sini.

                      Perjanjian itu bagaimanapun akan berkuatkuasa pada
satu tarikh yang akan
                      ditetapkan selepas mendapat perkenan Majlis
Raja-raja dan Rang
                      Undang-undang berkaitan yang diluluskan Dewan
Undangan Negeri
                      Selangor dan Parlimen, kata kenyataan yang
dikeluarkan oleh Pejabat
                      Perdana Menteri.

                      Menerusi perjanjian itu juga Kerajaan Persekutuan
menyerahkan kepada
                      Kerajaan Negeri Selangor sebanyak 26 keping tanah
milik Persekutuan
                      seluas 10.16 hektar di Morib dan bilangan
keanggotaan perwakilan negeri
                      Selangor dalam lembaga pengarah Perbadanan
Putrajaya ditambah
                      daripada seorang sekarang ini kepada dua orang.

                      Dalam perjanjian itu juga, kedua-dua pihak
bersetuju supaya Kerajaan
                      Persekutuan membiayai projek-projek pembangunan
bagi memajukan
                      kawasan kampung di pinggir Putrajaya dan Cyberjaya
di bawah Rancangan
                      Malaysia Ke-8 (RMK-8) dengan kos RM800 juta.

                      Sekiranya peruntukan RM800 juta itu tidak dapat
dibelanjakan sepenuhnya
                      dalam RMK-8 bakinya akan dibelanjakan dalam
Rancangan Malaysia ke-9.
                      -- Bernama.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: kliner <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to