*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject:
        [alternatif-net] Pengalaman MatDeghih 05/11/00
   Date:
        6 Nov 00 20:18:56 SGT
   From:
        mny <[EMAIL PROTECTED]>
     To:
        [EMAIL PROTECTED]




dari FGR.

=========

matdeghih
Pengalaman aku ... 5 November 2000
Mon Nov 6 19:02:38 2000


5 November 2000 ... pastiku ingati sampai bila-bilapun.

Aku bergerak dari rumah jam 7.00 pagi ... hantar anak aku yang kat Taski

ABIM
tu ke Ipoh untuk majlis anugerah kecemerlangannya. Isteri aku
menemaninya
di
majlis itu. Pesan kat adik ipar aku supaya ambil mereka tengah hari
nanti.
Aku
sarapan jam 9.00 pagi setelah urusan pendaftaran kehadiran anak aku
selesai.
Isteri aku mencium tangan aku bila aku kata aku nak pergi Shah Alam.
Begitu
juga dengan anak aku. Jauh di sudut hati, tertangkapkah aku hari ini.

Jam 9.30 pagi aku bergerak kembali ke kampung untuk mengambil tiga orang

lagi
rakan yang berjanji akan turut serta. Sampai di kampung, ada dua
kematian.
Ziarah sebentar. Jam 10.30 pagi mula bergerak meninggalkan kampung.
Melalui
Lebuhraya Utara Selatan .... hampir ke simpang Bidor ada kereta jenazah
yang
mungkin membawa jenazah pancit tayarnya sedang berhenti di tepi jalan.
Terdapat sebuah Honda Accord yang mungkin keluarga jenazah sedang
berusaha
membantu menukar tayar kereta jenazah itu. Simpati aku kepada jenazah
itu.
Tapi aku perlu sampai ke Shah Alam tengah hari. Lagipun ada keluarga
jenazah
membantu menukar tayar. Kalau tidak ada, terpaksalah aku membantu.

Sampai di tempat Rehat Ulu Bernam, kami singgah untuk makan tengah hari.

Supaya nanti tidak lapar ketika berhimpun. sampai di Jejantas Rawang,
singgah
lagi. Kali ini memenuhkan tangki minyak ... sebagai persediaan kalau
sesak
di
jalan nanti. Telefon kawan yang telah sampai ... menurutnya semua jalan
ke
Jalan Kebun telah ditutup. Mereka sedang berkumpul di Masjid Shah Alam.

Sampai di Tol Shah Alam, kami ke tandas untuk buang air supaya nanti
bila
dah
berhimpun kuranglah rasa nak buang air. Kami bertanya satu keluarga akan

jalan
yang mudah ke Jalan Kebun. Beliau mencadangkan kami pergi ke Masjid Shah

Alam
kerana di sana nanti pergerakan konvoi akan di atur. Serentak dengan itu

hujan
turun dengan lebat. Datang pula sebuah peronda polis. Aku dah mula
gelisah.
Tapi polis itu tak turun kereta sebab hujan lebat. Aku mencadangkan agar

kami
terus bergerak, kerana mungkin pada waktu hujan ni polis tidak lagi buat

sekatan. Kami bergerak ... hujan rupanya tidak lama. Ada sekatan polis,
tapi
perjalanan kami tidak dihalang. Sampai di masjid, ramai yang menanti.
Kami
sembahyang jamak dahulu. Selepas itu A. Rustam Sani mencadangkan kami
bergerak
ke Tol Kesas. Kami bergerak berkonvoi ... sampai di simpang HICOM, polis

tak
bagi kami masuk. Kami berhenti di tepi jalan. Ada sebuah trak polis
menghalang
kenderaan dari masuk ke simpang itu.

Di ketika itu aku merasakan bahawa masing-masing berharap agar ada satu
ketua
untuk mendesak pihak polis mengubah traknya. Akupun mencadangkan agar
bergerak
ramai-ramai. Biarkan aku di depan. Asak kenderaan aku dari belakang
supaya
jalan raya di HICOM akan jem. Mereka ikut. Aku mula merapati trak polis.

Polis
tak bagi masuk. Aku kata aku dah tak boleh undur. Kereta di belakang
bertambah. Laluan tersekat ... mahu tidak mahu polis terpaksa ubah trak
..
dan
kami dapat masuk ke simpang yang menuju ke Tol Kesas itu. Aku melihat
tanda
arah... simpang ke Kota Kemuning 2km lagi. Kenderaan kami dah tak boleh
bergerak. Kami berjalan kaki. Aku tak tahu berapa km aku jalan kaki
untuk
sampai di Tol Kesas itu. Menurut mereka yang aku tanya ... lebih kurang
5km.
Di sepanjang perjalanan itu, ramai yang sembahyang Asar di tepi jalan...

atas
rumput... berlapikkan kertas akhbar ... menggunakan air mineral ...
menggunakan air dari parit kecil di sepanjang lebuhraya itu. Subhanallah

...
betapa besar kuasaMU ya Allah ....

Aku terus berjalan ... di udara helikopter polis tidak jemu-jemu
mengawasi
...
setiap kali melintas, setiap kali itulah laungan penghinaan terhadap
polis
tersembur dari mulut orang ramai. Di sebelah aku mendengar seorang India

berkata, "Dah lebih pukui lima ini, ceramahpun dah abih", aku renung
matanya,
dalam hati sah ini polis/sb. Beliau mungkin berharap agar aku mengiyakan

kata-katanya, dan mungkin juga berharap aku dan kumpulan aku bersurai.
Aku
jawab, "Kami datang bukan untuk dengar ceramah, kalau nak dengar
ceramah,
kat
kampungpun ada. Kami datang untuk memberi tekanan kepada Madey, untuk
menunjukkan kepada Madey yang kami tidak akan berhenti selagi Madey dan
kroni
di ambang kuasa". Polis tadi dah mula bergerak keluar dari kumpulan
kami.
Dalam hati aku, lantak kamu ler polis.

Kami mendengar satu letupan dan kelihatan asap berkepul di hadapan.
Serentak
dengan itu juga satu kumpulan yang membawa kain rentang sambil
melaungkan
reformasi dan takbir bergerak di jalan sebelah menuju ke arah kami. Kami

berhenti untuk turut sama dalam kumpulan yang datang dari arah hadapan
itu.
Tak lama nampak pula Kak Wan di Wira Putih melambai tangan. Fadhil Noor
di
kereta belakang. Kami terus berarak dan berarak.

Aku pandang kanan ... di sebelah aku ada Ezam dan Lokman ... aku
menyertai
mereka ... Lokman memang mengenali aku ... aku bersalaman dengan mereka.

Kami
bertiga jalan seiringan. Biarlah apapun yang berlaku. Tindakan aku
berjalan
seiringan dengan mereka bermakna mendedahkan identiti diri aku. Aku dah
sedia
menghadapi sebarang risiko. Walaupun risiko dibuang kerja. Aku berbual
dengan
Ezam dan Lokman sambil melambai tangan kepada reformist yang lain. Aku
menahan
sebuah kereta yang lalu. Minta ditumpangkan Ezam dan Lokman kerana
perjalanan
masih jauh lagi. Ezam tak mahu ... tapi kerana desakan reformist yang
tak
sampai hati melihatnya berjalan kaki, beliau naik juga kereta tersebut.
Ezam
dan Lokman sekali lagi bersalam dengan aku ... Ezam berkata, "Jumpa
nanti
di
Lunas"

Aku meneruskan perjalanan. Kumpulan aku tadi entah di mana perginya.
Laungan
reformasi dan takbir bergemuruh. Reformist yang lain menceritakan yang
seorang
sb telah dipukui. Cermin sebuah kereta volvo telah dipecahkan oleh
polis.
Tuan
punya Volvo jawab, "Tak mengapa, ini baru sedikit jihad". Pukui 7.30
malam,
aku sampai ke kereta aku. Kawan-kawan telah berada di situ.

Kami bergerak ... seseorang mencadangkan agar kami balik ikut Kelang.
Beliau
suruh ikut simpang Kota Kemuning. Banyak sangat bulatan di sepanjang
jalan
tersebut. Jalan tanah merahpun ada. Rupa-rupanya jalan ini tembus ke
Jalan
Kebun. Kami melihat tapak perhimpunan yang masih dikawal polis. Sempat
juga
melihat banyak kenderaan polis di satu sekolah. Aku tak tahu nama
sekolah
itu,
sebab hari mula gelap.

Nampak simpang ke Kelang. Jalan sesak tapi masih boleh bergerak
perlahan-lahan. Sampai di Tanjung Karang, kami singgah makan. Kemudian
cari
masjid. Di sepanjang jalan pulang terdapat tiga sekatan polis kepada
kenderaan
yang menuju ke arah Kuala Lumpur. Dalam hati, "...takut benar Madey
ni..."

Akhirnya aku sampai ke rumah jam 2.30 pagi.

Pukui 8.00 pagi aku dah berada di pejabat dengan satu suasana. Suasana
ceria...







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke