*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beginilah sikap ahli-ahli BN

http://www.malaysiakini.com/archives_news/2000/nov/nov8/news9

>
>
>             Nov 8, 2000
>
>             BN main-main isu keganasan polis
>             'Ein Azmi dan Susan Loone
>
>             8pm, RABU: Wakil-wakil Barisan Nasional tidak serius 
>membincangkan isu keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan di 
>Lebuhraya Kesas pada Ahad lalu apabila usul itu dibentangkan oleh 
>pembangkang di Dewan Rakyat petang tadi.
>
>             Wakil Shah Alam, Mohd Zin Mohamed menyifatkan pendedahan 
>bukti-bukti tindakan polis yang diusulkan oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) 
>sebagai "satu pembohongan."
>
>             Pandangan Mohd Zin itu menyebabkan Mahfuz mencelah dengan 
>berkata, "saya ada bukti."
>
>             Sebelum itu, Mahfuz ketika membawa isu ini menunjukkan 
>beberapa keping foto tindakan polis dan juga membawa sekeping pita rakaman 
>video ke dalam dewan.
>
>             Foto dan pita itu kemudiannya ditunjukkan juga kepada Timbalan 
>Yang DiPertua, Lim Si Cheng.
>
>             Dalam usul itu, antara lain Mahfuz menyebutkan "tindakan 
>desperado pasukan polis" menyebabkan 116 penyokong pembangkang ditangkap, 
>lebih 30 orang mengalami kecederaan serius, seorang dibawa ke unit rawatan 
>rapi (ICU), seorang hampir buta dan lebih 70 buah kenderaan dirosakkan. 
>[Usul keganasan polis dibincang 4:30 petang, 8 Nov]
>
>             Keadaan mata Saidin Wateh mungkin mengalami buta kerana 
>peluang sembuh hanya 30 peratus, dakwa Mahfuz lagi.
>
>             Beliau juga mendakwa polis menembak gas pemedih mata yang 
>pernah digunakan oleh polis Israel untuk menyerang penduduk Palestin.
>
>
>             Wakil BN itu pada mulanya berkata dengan nada bergurau, "saya 
>faham kenapa wakil pembangkang marah, sebab (calon Presiden Amerika 
>Syarikat) Al Gore sudah kalah hari ini."
>
>             Kerajaan sering mengaitkan Al Gore dengan pembangkang apabila 
>pemimpin Amerika itu menyatakan sokongan terbuka kepada gerakan reformasi 
>di negara ini dalam satu majlis makan malam forum Kerjasama Ekonomi Asia 
>Pasifik (Apec) dua tahun lalu.
>
>             Mat Sabu dipukul polis
>
>             Mohamad Sabu (PAS-Kuala Kedah) pula menceritakan pengalamannya 
>pada hari itu melihat polis bertindak menarik tudung wanita yang berada 
>dalam perhimpunan itu, yang berjaya disertai sekurang-kurangnya 10,000 
>penyokong. Beliau sendiri mendakwa dipukul polis di tempat kejadian.
>
>             Mohamad pernah memberitahu malaysiakini sebelum ini bahawa 
>beliau mengalami lebam dan calar di bahagian peha tetapi beberapa 
>pengikutnya yang cuba melindungi pemimpin PAS itu mengalami kecederaan yang 
>lebih serius.
>
>             Polis juga menembak gas pemedih mata ke arah penduduk kampung, 
>dakwa Mohamad.
>
>
>             Mahfuz turut mendedahkan seorang wanita, Nor Azimah Mohd Nor, 
>yang didakwa ditelanjangkan dan didera oleh polis ketika dalam tahanan.
>
>             Bagaimanapun ketika membahaskan isu itu, Timbalan Menteri 
>Dalam Negeri Datuk Zainal Abidin Zin mempersenda wakil pembangkang.
>
>             "Saya hairan mengenai wanita yang bogel. Bagaimana Yang 
>Berhormat (pembangkang) boleh nampak perempuan (yang disebutkan itu) 
>ditelanjangkan?" katanya, sambil menyebut nama wakil Kuala Kedah.
>
>             Mohamad Sabu bangun membetulkan kenyataan wakil Bagan Serai 
>itu bahawa pendedahan tentang tahanan wanita itu dibuat oleh Mahfuz, bukan 
>daripadanya.
>
>             Sementara Ruhanie Ahmad (BN-Parit Sulong) mempertikaikan 
>gelagat Ketua Pemuda PAS itu yang dianggapnya popular dengan "tindak-tanduk 
>yang bercanggah dengan norma, nilai dan susila yang positif."
>
>             Beliau menyebut contoh kelakuan Mahfuz di dewan itu ketika 
>pembentangan Belanjawan pada bulan lalu dan majlis angkat sumpah 
>anggota-anggota pada sesi pertama sidang akhir tahun lepas.
>
>             "Undang-undang sering dilanggar (oleh PAS) tetapi mereka 
>berhujah memperjuangkan Islam," kata Ruhanie lagi.
>
>             Semua wakil kerajaan mendakwa perhimpunan itu yang tidak 
>mendapat keizinan polis sebagai haram dan pasukan keselamatan layak 
>mengambil tindakan terhadap penyokong Barisan Alternatif.
>
>             "Kerajaan telah mengarahkan polis agar tidak bertindak ganas," 
>kata Zainal Abidin lagi, sambil mendakwa perhimpunan itu tidak mendapat 
>sambutan.
>
>             "Jangan menuduh polis (negara ini) sebagai Nazi (pemerintahan 
>Hitler), Yahudi kerana mereka (polis Malaysia) juga orang Islam," katanya 
>lagi.
>
>             Seramai 126 orang, termasuk empat wanita, ditahan di beberapa 
>tempat di lebuhraya itu dalam perarakan menuju ke Jalan Kebun, tempat asal 
>yang dijadualkan perhimpunan, tetapi telah dikepung polis sepenuhnya 24 jam 
>sebelum itu.
>
>             Usul itu dibentangkan mulai jam 4:30 petang selama sejam. Ia 
>turut dibahaskan oleh Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) dan Abdul Rahman Yusof 
>(Keadilan-Kemaman).
>
>
>
>
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "tukang tambah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke