*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Bukan nak kater ler. Tapi, slogan 'Tawan Kelantan' tu juga yang 
dilaung-laubngkan pemimpin UMNO Kelantan di P/raya 99 dulu. Tapi, biasanya 
slogan tinggal slogan. Habuk pun tarak. Sebab, kerja nak satupadukan 
pemimpin2 UMNO Kelantan nih bukan kerje senang. Masing2 berbalah sesama 
sendiri. Maklumlah. Dapat jadi ketua bahagian, lumayan beb....

Jadi, insyaAllah, ini kali juga 'Tawan Kelantan' hanya akan tinggal satu 
lagi slogan kosong dan lompong. Seperti bedil buluh. Bunyi kuat, tapi tiada 
kesan kepada musuh. Yang cedera mungkin diri sendiri.

Apanama....sperti yang dikatakan Syazana, angan-angan mat jenin.

Wassalam.


>From: "Kosong IQ" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Awas Kelantan!!!!!1
>Date: Sun, 12 Nov 2000 08:00:00 SGT
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Muka Hadapan
>
>
>UMNO lancar gerakan takluk semula Kelantan
>KOTA BHARU 10 Nov. - UMNO Kelantan malam tadi melancarkan siri ceramah dan
>gerakan menakluki semula negeri itu daripada pemerintahan Pas dengan
>penganjuran satu perhimpunan pidato perdana di sini.
>
>Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata
>parti itu mahu memberi isyarat kepada Pas bahawa UMNO sudah bangkit dan 
>akan
>menewaskan mereka pada pilihan raya umum yang dijangka pada 2004.
>
>Tanda-tanda kebangkitan semangat anggota UMNO negeri untuk membebaskan
>rakyat dan Kelantan dari cengkaman Pas, selepas kalah pada pilihan umum
>lalu, semakin jelas dilihat dalam semua program yang dianjurkan, katanya
>semasa merasmikan perhimpunan itu di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan.
>
>Perhimpunan bertemakan "UMNO Kuat Islam Kuat: Masa Depan Rakyat Kelantan di
>Alaf Baru" adalah pembuka tirai kepada lebih banyak lagi ceramah
>besar-besaran yang dirancang UMNO Kelantan secara berterusan sehingga
>pilihan raya umum kelak.
>
>Yang turut berpidato pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 5,000 orang
>itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Annuar
>Musa, Ketua Penerangan UMNO Kelantan Profesor Mohamed Noor Deris dan Ketua
>UMNO Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali.
>
>Perhimpunan berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat 
>Hajat.
>
>Mustapa berkata kebangkitan semangat anggota UMNO Kelantan itu adalah 
>kerana
>mereka tidak mahu melihat nasib rakyat dan negeri ini terus mundur di bawah
>pemerintahan lemah Pas sejak 1990.
>
>Beliau memberi jaminan bahawa kebangkitan semangat itu hanya melalui 
>saluran
>demokrasi dan tidak akan melanggar undang-undang sedia ada.
>
>"Jangan jadi macam pembangkang, melanggar undang-undang, ingkar arahan 
>polis
>yang menjaga keamanan," katanya.
>
>Beliau mahukan rakyat Kelantan menolak Pas yang mendidik penyokongnya
>bersikap taksub kepada pemimpin sehinggakan mereka tidak mempertikaikan
>segala kelemahan dalam pentadbiran negeri.
>
>Mustapa menggesa semua anggota UMNO menggemblengkan tenaga mulai sekarang
>untuk memperkukuhkan jentera parti dan mendekati rakyat sebagai persediaan
>merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
>
>Beliau yakin jika rakyat Kelantan diberi penjelasan secukupnya, mereka akan
>menerima perjuangan UMNO. - Bernama
>
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at
>http://profiles.msn.com.
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Kosong IQ" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to