*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
saya pulak sokong 500% debat diadakan.  umnomen, jgn buat lece pula, dok
lobi bagi tak jadi.  

"saya tidak khianat pada negara tetapi memang saya menderhaka pada Perdana
Menteri Malaysia yang durjana."  -Ezam Mohd Nor.

-----Original Message-----
From: luqman ismael [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, October 30, 2000 5:57 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: Hizbi-Net
Subject: H-Net* Re: [harakahdaily] FW: "Satu wacana
intelektual"-temubual Mahfuz di Agendamalaysia



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akum,

saya tak setuju dengan debat umno-pas ni...kerana ia hanya membawa
banyak keburukan daripada kebaikan...nabi ajar bila ada masalah
MESYUARAT..bukan debat terbuka...debat ni hanya satu saluran
mempamerkan kuasa dan keangkuhan...nak tunjuk sapa lagi petah...
sapa lagi berani...tunjuk kuasa.....berlagak....tunjuk sapa lagi bijak
menyangkal....Allah mengutuk org macam ni...umat Islam ni makin menuju
kehancuran..tak payah tunggu Kristian atau Yahudi...umat Islam
sendiri akan musnahkan agama..seterusnya mencetuskan kemarahan Allah...
sabda nabi  bermaksud...org yg meninggalkan sembahyang itu meruntuhkan
agama....jelas di sini...berapa ramai umat Islam yg tidak sembahyang..?
dalam dunia ni byk perkara yg lagi penting dari politik.....ayuh kita
berganding tenaga berdakwah agar semua umat Islam dapat tunaikan
solat....wasalam

--[ ORaNG MuDE ]--
----- Original Message -----
From: Arif Azhan <[EMAIL PROTECTED]>
To: harakahdaily <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, October 28, 2000 12:17 PM
Subject: [harakahdaily] FW: "Satu wacana intelektual"-temubual Mahfuz di
Agendamalaysia


>
>
> > ............taken from http://www.agendamalaysia.com/
> > Mahfuz Omar
> > (26/10/00)
> >
> > Oleh Rozaid Rahman
> >
> > Mahfuz Omar tersenyum seketika apabila membaca komentar bekas diplomat,
> > wartawan dan setiausaha politik Tun Razak, Datuk Abdullah Ahmad dalam
> > Mingguan Malaysia dan New Straits Times. "Ya lah! Dollah Ahmad mungkin
tak
> >
> > setuju dengan debat ini tapi dia kena hormat cara generasi sekarang
> > berfikir... Dia boleh bernostalgia dengan zaman Kolej Melayunya tapi
debat
> >
> > saya dengan Hisham adalah debat anak muda tahun 2000 bukan 1950an," kata
> > Mahfuz.
> >
> > Abdullah, dalam kolum mingguannya di dua akhbar harian itu, menentang
> > cadangan debat di antara Mahfuz selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat
dengan
> >
> > Ketua Pemuda Umno Malaysia, Hishammuddin Tun Hussein. Abdullah
menyatakan
> > kebimbangannya, debat tersebut akan mendorong kepada perdebatan ke atas
> > isu-isu yang lebih sensitif lebih-lebih lagi perkara yang mengaitkan hak
> > orang Melayu.
> >
> > Malah Abdullah mendakwa, masyarakat bukan Melayulah yang lebih berminat
> > untuk melihat dua tokoh pemuda Melayu ini "mencederakan" diri
> > masing-masing
> > ketika membicarakan isu hak keistimewaan orang Melayu kerana hampir
> > kesemua
> > masyarakat bukan Melayu mahu melihatnya dimansuhkan.
> >
> > Dari kaca mata Abdullah debat tersebut lebih merugikan daripada membawa
> > faedah, hinggakan di akhir komentarnya beliau berkata jika debat itu
> > berlangsung beliau tidak sekali-kali akan menyaksikannya. Tetapi orang
> > muda
> > seperti Mahfuz mempunyai pendekatan berfikir yang berbeza. "Dalam proses
> > kematangan kita sebagai rakyat Malaysia, kita akhirnya akan dapati tidak
> > semua perkara boleh disapu ke bawah permaidani," kata Mahfuz dalam
> > temuramah
> > khas dengan AgendaMalaysia. "Cara masyarakat berfikir sentiasa
> > berubah...mereka tidak statik."
> >
> > "Andaian debat ini tidak akan menyelesaikan masalah adalah satu andaian
> > yang
> > berpegang kepada kepercayaan lama," jelas Mahfuz, "sedangkan generasi
baru
> >
> > Malaysia memerlukan satu anjakan paradigma. Tidakkah boleh semua pihak
> > yang
> > merasa ragu-ragu dengan niat murni kami ini mengenepikan keuntungan
> > politik
> > mereka buat sementara waktu dan melihat ia sebagai satu wacana
> > intelektual?"
> >
> > Jelas Mahfuz lagi: "Ada perkara yang kita perlu berbincang secara
terbuka
> > dan intelektual. Hanya dengan itu orang Melayu dan lain-lain keturunan
> > rakyat Malaysia akan lebih memahami diri masing-masing dan menghormati
> > garis
> > sempadan di antara mereka."
> >
> > Mahfuz, bekas tahanan ISA pada tahun 1987 dan rakan sebilik Lim Guan Eng
> > di
> > kem tahanan Kamunting, sering dilabelkan oleh musuh politiknya sebagai
> > 'ultra' Melayu. Tetapi ketika Guan Eng dibebaskan dari hukuman penjara
18
> > bulan, awal tahun lalu, orang pertama yang datang menziarahinya adalah
> > Mahfuz. Mereka bertemu di belakang pentas pada sebuah program
> > mengalu-alukan
> > pembebasan Guan Eng di Melaka. Mahfuz yang tiba dengan Proton Saga
meluru
> > ke
> > belakang pentas lalu memeluk Guan Eng. Tidak lama kemudian, kedengaran
> > ketawa besar di antara kedua-dua anak muda ini.
> >
> > "Ini kawan saya di Kamunting, tidak mungkin saya melupakannya," kata
> > Mahfuz
> > kepada penulis sebaik sahaja terserempak di belakang pentas. Di atas
> > pentas
> > kemudian, Mahfuz dan Guan Eng mengangkat tangan masing-masing dan
> > menyifatkan hubungan mereka berdua bagaikan paha kanan dan paha kiri.
Jika
> >
> > dicubit paha kanan sudah tentu paha kiri akan terasa pedihnya. Mereka
> > memperlihatkan lambang kesetiakawanan yang baru di kalangan generasi
kedua
> >
> > dalam parti pembangkang Malaysia.
> >
> > Dari segi pengalaman, Guan Eng terlebih dahulu menjadi wakil rakyat dan
> > ahli
> > Parlimen Malaysia. Hari ini, Mahfuz, meneruskan kelantangan suara Guan
Eng
> >
> > di Dewan Rakyat setelah bekas ketua pemuda Dap itu tidak boleh
bertanding
> > pada pilihan raya umum November 1999, ekoran hukuman yang
> > dihadapinya.Tidak
> > seperti Guan Eng, perjalanan Mahfuz ke Parlimen Malaysia melalui liku
yang
> >
> > sukar. Sebelum memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena, Kedah, tahun lalu,
> > Mahfuz telah mengharungi tiga pilihan raya umum sejak 1986 - kesemuanya
> > beliau tewas. Pada pilihan raya umum 1990, beliau bertarung melawan
> > heavyweight Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dan tewas
> > dengan majoriti yang besar.
> >
> > "Tapi hari ini, saya memperjuangkan nasib Anwar pulak...itulah yang
> > dinamakan
> > politik," ujar Mahfuz.
> >
> > Bekas pengurus pasukan bola sepak belia Kampung Titi Gajah, Alor Setar
itu
> >
> > merupakan 'idola' belia di kampungnya 20 tahun lalu. Kini 'idola' itu
> > telah
> > menjadi buah mulut di kalangan mahasiswa, pemuda dan masyarakat umum
> > apabila
> > isu debat antaranya dengan ketua pemuda Umno Malaysia hangat
diperkatakan.
> >
> > Debat ini, kata Mahfuz, adalah satu fenomena luar biasa yang akan
menjadi
> > perkara biasa selepas ini. "Hari ini, setiausaha pemuda Pas bertemu
dengan
> >
> > setiausaha pemuda Umno di sebuah restoran di Jalan Pahang untuk
> > membincangkan perbahasan ini secara terperinci. Jadi bayangkanlah betapa
> > debat ini telah membuka ruang yang lebih luas untuk kami berbincang dan
> > berkenalan. Siapa tahu mungkin selepas ini lebih banyak pertemuan di
meja
> > makan akan berlangsung."
> >
> > Ada pihak mempertikaikan kenapakah beliau mahu membicarakan isu sensitif
> > ini
> > secara terbuka. Mahfuz menjelaskan; "Debat ini tidak akan mempersoalkan
> > hak
> > keistimewaan Melayu sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153,
> > Perlembagaan Negara malah jauh sekali untuk saya mencadangkan agar ia
> > dihapuskan...jadi saya harap orang-ramai jangan salah sangka."
> >
> > Mahfuz menjelaskan bahawa debat antaranya dengan Hisham adalah untuk
> > membincangkan soal pelaksanaan hak-hak keistimewaan Melayu sama ada ia
> > benar-benar memenuhi tuntutan Perkara 153. Pas, kata Mahfuz, sejak tahun
> > 1965 lagi telah membawa satu usul untuk meminda perlembagaan dengan
tujuan
> >
> > untuk memperkukuhkan Perkara 153 agar ia tidak diganggu-gugat oleh
> > mana-mana
> > pihak.
> >
> > "Malangnya Umno sering menggunakan Perkara 153 untuk menakut-nakutkan
> > orang-ramai dengan berkata hak keistimewaan orang Melayu akan tergugat
> > sekiranya parti itu ditolak oleh rakyat dalam pilihan raya umum," jelas
> > beliau lagi. "Mereka sering meletakkan Dap sebagai pengancam kepada hak
> > tersebut, sedangkan hak keistimewaan Melayu telah banyak terhakis
diwaktu
> > Umno menjadi tulang belakang kerajaan."
> >
> > Mahfuz tidak berhasrat sama sekali untuk melihat debat ini dibatalkan
demi
> >
> > perkembangan minda dan masa depan generasi muda Malaysia. "Empat puluh
> > enam
> > peratus [46%] rakyat Malaysia adalah generasi muda yang berilmu," tambah
> > Mahfuz. "Oleh itu saya minta veteran seperti Datuk Abdullah Ahmad
> > menyedari
> > hakikat bahawa kami tidak mahu dibelenggu oleh tindakan yang berasaskan
> > emosi tetapi bersandarkan ilmu."
> >
> > Atas alasan itu, Mahfuz percaya debat ini mampu menjadi perintis ke arah
> > politik yang lebih matang dan terbuka, bukan politik berasaskan emosi
> > kepartian masing-masing.
> >
> >
> > AM Interviews: Mahfuz Omar
> >
> >
> >
>
> -------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
> eGroups eLerts
> It's Easy. It's Fun. Best of All, it's Free!
> http://click.egroups.com/1/9698/8/_/124038/_/972868019/
> ---------------------------------------------------------------------_->
>
> To Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
> To Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
> harakahdaily: http://www.harakahdaily.com
> Diari ceramah: http://www.harakahdaily.com/diary/index.html
> PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "luqman ismael" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdul Hamid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke