Date: Thu, 16 Nov 2000 08:37:32 +0800

www.harakahdaily.com

Majlis pembebasan penentang Israel 8 Disember

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Hrkh) - Sempena pembebasan Ketua Dewan Pemuda PAS
Pusat, Haji Mahfuz Omar, Naibnya, Salahuddin Ayub dan aktivis PAS, Haji
Jamaluddin Manaf pada 8 Disember ini, Dewan Pemuda PAS Pusat akan
menganjurkan Majlis Pembebasan Wira Menentang Israel di Penjara Kajang, 8
Disember jam 8 pagi.

Justeru, seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir bagi menghadiri hari yang
penuh bersejarah itu.

Selain itu, pada sebelah petang dan malam hari yang sama di adakan majlis
jamuan berbuka puasa dan ceramah umum sempena kesyukuran pembebasan
ketiga-tiga mereka, kesyukuran setahun kemenangan PAS dalam pilihanraya dan
pelancaran sambutan badar al-kubra.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh pimpinan PAS termasuk Mursyidul `Am PAS,
Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor, Timbalan
! Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang, Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Naib Ketuanya,
Salahuddin Ayub.

Majlis itu akan diadakan di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar bermula
jam 5 petang hingga 12 malam.


Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!

Kirim email ke