*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
itulah akibat dari pentadbiran kerajaan negeri yang bergerak tanpa kawalan 
exco,mereka bergerak dengan arahan
dan gerakan tangan ketiga dari Istana,.
Elok SUK Wan Hashim berfikir banyak kali untuk meneruskan
sikap nya yang membelakangkan hubungan baik dengan MB dan
Exco kerajaan negeri.Exco arah lain ...awat hang dok buat tang lain...

komen sinis secara spontan.
Komen secara terperinci akan menyusul sekejap lagi.
Wallahu'alam.


>From: "Zakiah Zakaria" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil???
>Date: Tue, 14 Nov 2000 16:47:36 +0800
>
>Assalamualaikum
>Dipetik dari Utusan Online Hari nih, ada sesiapa nak komen atau buktikan 
>kesahihanya?
>Kedudukan kewangan Kelantan tidak stabil
>KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pentadbiran kewangan kerajaan Kelantan yang ditadbir 
>oleh Pas sejak 1990 didapati kurang stabil termasuk berlakunya 
>penyelewengan wang untuk urusan rasmi oleh pegawai-pegawainya, menurut 
>laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan di Dewan Rakyat hari ini.
>
>Penyediaan laporan penyata akaun awam kerajaan negeri yang tidak stabil ini 
>dikesan pada tahun lalu.
>
>Ketua Audit Negara, Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, terdapat 
>kesilapan dan 'kehilangan' perangkaan ketara selain ketiadaan dokumen 
>sokongan, menyebabkan beberapa baki akaun gagal disahkan atau tidak 
>dinyatakan dengan tepat.
>
>Selain itu, pemeriksaan mendapati pengurusan kewangan di Pejabat 
>Perbendaharaan Negeri masih lemah khususnya daripada aspek kawalan 
>perbelanjaan, hasil dan pinjaman.
>
>''Kedudukan kewangan kerajaan negeri secara keseluruhannya adalah kurang 
>stabil. Kedudukan ini berdasarkan aset berbaki defisit (kurangan) berjumlah 
>RM13.08 juta dan tanggungan semasa berjumlah RM180.07 juta terdiri 
>tunggakan hutang dan deposit.
>
>''Operasi kewangan kerajaan negeri pada 1999 berakhir dengan defisit 
>RM124.976 juta. Defisit itu berpunca daripada penurunan hasil berjumlah 
>RM175.15 juta pada 1998, kepada RM140.71 juta pada akhir tahun lalu,'' 
>katanya.
>
>Terdahulu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Rompin, Datuk Dr. Jamaluddin 
>Mohd. Jarjis yang juga Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) mendedahkan 
>beberapa butiran laporan itu semasa perbahasan Rang Undang-Undang 
>Perbekalan 2001.
>
>Laporan Ketua Audit Negara mengenai negeri Kelantan 1999 adalah pertama 
>kali didedahkan kepada umum.
>
>Menurut Dr. Hadenan, pihaknya turut mendapati pengurusan Kumpulan Wang 
>Pendahuluan Diri berjumlah RM500,000 sangat lemah sama ada di peringkat 
>Perbendaharaan mahupun jabatan.
>
>Beliau berkata, siasatan mendapati sebanyak 30 urusan wang pendahuluan 
>berjumlah RM991,779 diambil oleh empat pegawai untuk membayar sewa pesawat, 
>sewa kereta api, pembelian kenderaan dan jamuan makan.
>
>Katanya, perbelanjaan berkenaan sepatutnya dilakukan menerusi prosedur 
>kewangan biasa dan bukan Kumpulan Wang Pendahuluan Diri yang bertujuan 
>membolehkan pendahuluan diberi untuk urusan rasmi.
>
>''Walaupun perkara itu dilaporkan beberapa kali, nampaknya pegawai kerajaan 
>negeri masih meluluskan pendahuluan berkenaan,'' katanya.
>
>Menurut Dr. Hadenan, pihaknya turut mengesan beberapa kelemahan ketara 
>dalam pengurusan dan kawalan hutan di Kelantan, khususnya membabitkan 
>kaedah pemberian kawasan balak, kawasan ganti dan penjelasan denda.
>
>Beliau berkata, pengurusan kawasan balak di Kelantan jelas merugikan 
>kerajaan negeri berikutan perolehan menerusi konsep tender lebih 
>menguntungkan berbanding secara permohonan.
>
>''Sebanyak 278 lesen diberi kepada pengusaha menerusi cara permohonan yang 
>memberikan hasil sebanyak RM10.164 juta pada tahun lalu, manakala hanya 41 
>lesen dikeluarkan secara tender dengan hasil sebanyak RM7.308 juta, 
>sedangkan keluasan kawasan tender lebih kecil berbanding kawasan kaedah 
>permohonan,'' katanya.
>
>Menurut laporan itu, hasil kerajaan negeri telah menurun sejumlah RM34.43 
>juta, iaitu berkurangan daripada RM175.14 juta pada 1998 menjadi RM140.71 
>juta pada 1999.
>
>Sungguhpun, hasil cukai bertambah sejumlah RM1.67 juta tetapi hasil bukan 
>cukai dan terimaan bukan hasil masing-masing menurun RM13.62 juta dan 
>RM22.48 juta.
>
>Sebab utama kekurangan hasil kerajaan negeri adalah kerana Geran 
>Persekutuan bagi tahun 1999 berjumlah RM47.03 juta hanya diterima pada 
>tahun ini.
>
>Perbelanjaan pembangunan pada tahun 1999 pula berjumlah RM43.99 juta 
>berbanding RM53.73 juta pada 1998.
>
>Antara projek pembangunan yang ketara pengurangan perbelanjaan ialah Projek 
>Rumah Awam Kos Rendah sejumlah RM2.90 juta dan Projek Jalan Raya sejumlah 
>RM1.04 juta.
>
>Menurut laporan itu, pelaburan kerajaan negeri telah menurun sejumlah 
>RM145.82 juta menjadi RM9.88 juta berbanding RM155.70 juta pada 1998.
>
>Pelaburan ini susut dengan ketara kerana kerajaan negeri terpaksa 
>mencairkan simpanan tetapnya bagi memiliki ekuiti dalam Kelantan Water Sdn. 
>Bhd. berjumlah RM100 juta, yang kini dikenali sebagai Air Kelantan Sdn. 
>Berhad.
>
>Kajian audit, kata Dr. Hadenan , mendapati kelewatan dalam memproses 
>permohonan tanah mengambil masa melebihi 10 tahun.
>
>Keadaan ini disebabkan segala rekod berkaitan permohonan tanah tidak 
>diselenggarakan dengan kemas kini dan ketiadaan sistem untuk memantau 
>proses permohonan tanah.
>
>Katanya, juga berlaku kes pelanggaran syarat penggunaan tanah menyebabkan 
>kerajaan negeri kehilangan hasil,'' katanya.
>
>Pengurusan subsidi baja padi kerajaan negeri, kata Dr. Hadenan, juga kurang 
>memuaskan.
>
>© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala 
>Lumpur.
>E-mail: [EMAIL PROTECTED]
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amir zikri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke