*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Azmin nafi Qardhawi ditemui PM SHAH ALAM, 17 Nov (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Ulu Kelang, Azmin Ali, kesal dengan media milik Barisan Nasional (BN)/Umno kerana telah melaporkan pertemuan Perdana Menteri (Dato Seri Dr Mahathir Mohamad) dengan ulama muktabar Dr Yusuf Qardawi di Doha, Qatar, baru-baru ini. Menurutnya, pertemuan itu dilaporkan dalam berita tengahari NTV 7, Isnin 13 November 2000. "Saya meneliti laporan tersebut dan menghubungi Dr Yusuf Qardawi secara utusan dan Dr Yusuf memaklumkan secara tegas bahawa pertemuan itu tidak berlaku. Dalam utusan itu Dr Yusuf bersedia datang ke Malaysia bertemu dengan PM dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri (Dato Seri Anwar Ibrahim)," katanya di luar ruang legar Dewan Persidangan, di SUK. Azmin menghubungi Dr Yusuf Qardawi melalui utusanNYA jam 2.30 pagi bertarikh 15 november 2000. Beliau berkata, ini merupakan satu tamparan hebat kepada PM di mana seorang ulama muktabar menyampaikan mesej yang cukup jelas supaya isu Anwar ditangani dengan prinsip keadilan sebagaimana yang terdapat dalam hukum syarak. "Saya memohon agar PM dapat menerima teguran ini dengan penuh kebijaksanaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin hak kepentingan orang Melayu dan Islam di Malaysia," tegasnya. _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. Share information about yourself, create your own public profile at http://profiles.msn.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Hoot Hoot" <[EMAIL PROTECTED]>