*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Pagi tadi saya sempat menonton Mahathir mengakui betapa politik wang dan 
politik rasuah semakin menjadi-jadi dalam UMNO, Parti Silam SeMalaysia. 
Sebab tu, kalian kena beli akhbar esok untuk membaca pengakuan Mahathir yang 
teramat tragis itu.

Sah! Sahih! Yakin!! Memang UMNO sebuah parti yang semakin tenat, semakin 
parah sakit politik wangnya. Ibarat seekor lembu- seekor lembu yang 
dijangkiti penyakit kuku-dan-mulut. Tunggu masa untuk ditembak sahaja.

Kenapa saya kata sah dan yakin politik wang dan politik rasuah memang 
membarah dalam UMNO? Sebab Mahathir buat entah keberapa kalinya menangis 
airmata buayanya lagi pagi tadi...teresak-esak dia. Nasib baik tak keluar 
hingus. Mengenangkan parti silamnya yang teruk dilanda politik wang. Dalam 
sedu-sedannya, Mahathir merayu supaya pemimpin2 UMNO meninggalkan politik 
wang!! Maknanya, dia merayu pada dia sendirilah tu. Lawak sungguh.

Apa lagi bukti sahih UMNO memang semakin parah dilanda politik wang? 
Buktinya, isu ini sudah terlalu banyak kali ditimbulkan dalam Perhimpunan 
Agung UMNO. Mahathir sendiri sudah berapa kali menangis, merayu supaya ahli2 
UMNO jangan terlibat. Jadi, sah! sahih! terbukti! UMNO memang parah. Ibarat 
seekor lembu yang dah terkena penyakit kuku-dan-mulut. Tunggu masa sahaja 
nak tersembam merebah bumi.

Justeru, apa sebabnya kalian yang masih menyokong UMNO terus degil dan 
'babil'? Bukankah pemimpin tertinggi anda sudah mengaku UMNO memang 
bermasalah? Kenapa kalian berkelakuan pelik begitu? Bukankah pelik bila anda 
suka parti yang berpenyakit. Bukankah pelik namanya jika seseorang itu suka 
makanan yang busuk dan bernanah bilaman hidangan yang segar dan lazat juga 
ada tersedia?

Ayuh, tinggalkan UMNO. Biarkan UMNO tersembam ke bumi. InsyaAllah, Allah 
s.w.t. tetap akan melindungi Melayu-Islam melalui PAS.

Sedarlah. UMNO tidak sama dengan Melayu. Melayu tidak sama dengan UMNO.
Melayu adalah sebuah bangsa. UMNO hanyalah sebuah organisasi orang Melayu. 
Begitu juga PAS.

Wassalam.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke