www.harakahdaily.com

Panduan jika nama (gambar) anda dikehendaki polis

Kuala Lumpur, 18 Nov (Hrkh) - Sebuah NGO, Suaram hari ini memberitahu, orang
ramai yang mana nama dan gambar mereka tersiar dalam akhbar dan media lain
kerana menyertai perhimpunan 100,000 rakyat 5 November lepas tidak
semestinya menyerah diri kepada polis.

Ini kerana, penyataan tersebut bukanlah merupakan waran tangkap yang mesti
dipatuhi oleh mereka.

"Anda berhak memilih untuk tidak menyerah diri, kerana notis dalam akhbar
atau TV tidak lengkap dari sudut undang-undang. Pihak polis mesti
mengeluarkan waran tangkap untuk membolehkan anda menyerah diri," menurut
satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Suaram.

Namun Suaram mengingatkan bahawa pihak polis berhak menangkap anda bila-bila
masa dan di mana saja.

"Sekiranya ditangkap anda berhak untuk tidak memberi! sebarang kenyataan
bertulis (iaitu kenyataan di bawah perkara 112 dan 113) ketika soal siasat.
"Cukup hanya setakat memberi butir-butir peribadi anda kepada kedua-dua
kenyataan tersebut," kata Suaram lagi Sejak akhir-akhir ini, pihak polis
telah menggunakan taktik baru dengan menggunakan media untuk mengesan
mereka-mereka yang menyertai perhimpunan aman.

Jika gambar anda tersiar dalam akhbar atau TV dan anda diminta menyerah diri
ke balai polis, pastikan anda membaca nasihat di bawah sebelum mengambil
apa-apa tindakan.

Suara Rakyat Malaysia ( SUARAM ), iaitu sebuah NGO yang menyediakan khidmat
nasihat untuk OKT, menekankan dua aspek penting dalam kes sebegini.

Panduan dan nasihat untuk anda:


Pihak polis mesti mengeluarkan waran tangkap untuk membolehkan anda menyerah
diri. (Nama dan gambar yang disiarkan dalam akhbar tidak dikira sebagai
waran).
Mengikut undang-undang, jika pihak polis mahukan kerjasama and! a, pihak polis
sepatutnya mengeluarkan satu sapina Notis 111 dimana notis tersebut
menghendaki anda datang ke balai bolis terdekat yang jauhnya tidak lebih
dari tujuh batu dari rumah anda.
Jika inginkan kepastian, anda boleh menelefon balai polis dan pastikan balai
polis mana dan pegawai polis mana yang mengendalikan kes anda. Dapatkan
butir-butir mengapa anda dipanggil. Sebaiknya dapatkan peguam untuk membuat
panggilan tersebut.
Sekiranya anda memilih untuk menyerah diri, anda dinasihatkan pergi dengan
peguam dan jika anda tidak mempunyai peguam, anda dinasihatkan menghubungi
Suaram atau Pusat Bantuan Guaman untuk membolehkan pihak-pihak ini membantu
anda.
Jika anda ditahan polis sebelum anda sempat menyerah diri, pastikan anda
memberi konteks nombor anda kepada sahabat atau saudara dan minta mereka
menghubungi Suaram atau Pusat Bantuan Guaman.
Jika anda ditahan, pihak polis hanya boleh mengambil satu kenyataan iaitu
Kenyata! an 113. Anda tidak perlu memberi sebarang maklumat kecuali
butir-butir diri anda dan mengatakan kepada polis bahawa anda akan memberi
semua kenyataan di Mahkamah.
Jika pihak polis meminta satu kenyataan saksi iaitu kenyataan 112, anda
dinasihatkan menjawab semua soalan kecuali jika soalan tersebut bermotif
memerangkap anda. Dalam keadaan sebegitu, anda juga berhak memberitahu polis
bahawa anda akan bercakap di mahkamah.
Anda berhak untuk enggan memberi sebarang kenyataan kepada pihak risikan
(SB) kerana itu tidak diperlukan dalam undang-undang.
Sentiasa memberitahu seorang kawan atau ahli keluarga dimana anda pergi.
Sila cuba mengingati nama dan cam muka-muka pegawai polis yang mengendalikan
kes anda. Jika ada sebarang insiden salah guna kuasa polis atau anda
dikasari, maka anda boleh mengambil tindakan sivil terhadap pihak-pihak
berkenaan. Nombor-nombor untuk nasihat :


Pusat Bantuan Guaman

03-26932072 (Waktu Pejaba! t Sahaja)
03-26913005 (Waktu Pejabat Sahaja)
SUARAM


03-77843525 (Waktu Pejabat Sahaja)

03-77820357 (Waktu Pejabat Sahaja)
Petugas SUARAM


012-3795032

012-3769496

019-2409612

Comments ? E-mail Us




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Calendar - Get organized for the holidays!

Reply via email to