www.mahazalimtwo.tripod.com

LEBIH DARI 15,000 DI PENAMAAN CALON DUN LUNAS

Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

KULIM 21 Nov 2000 - Hampir lebih dari 15,000 penyokong BA turut menghadiri bagi memberi sokongan kepada calon , Sdr Saifuddin Nasution di hari penamaan calon DUN Lunas di Bandar Kulim hari ini. Turut bersama ialah Presiden keADILan DSWA, Dr Syed Hussin Ali , Dato Dr Hassan Ali, YAB Dato Fazdil Md Noor, Sdr Salehuddin Ayub, Nasaruddin Mat Isa, pemimpin pemuda dan wanita keADILan pusat dan negeri , serta beberapa teman artis Sabri Yunus, Ito Blues Gang , Pengarah filem terkenal Zulkifli M. Osman. Ketibaan calon pada jam 9.30 dan dibenarkan masuk ke banggunan pejabat Daerah Kulim pada jam 10.00 turut diiringi oleh beberapa pemimpin BA.

Sementara menunggu penggumuman pencalonan para penyokong yang berdiplin walaupun ada antara ahli UMNO yang sengaja melintasi kawasan BA , namun , dispilin dan arahan yang dikeluarkan dapat mengawal keadaan. Hampir sama dengan peristiwa di KESAS Highway, Helikopter polis turut beredar di angkasa bagi mengawal keadaan dan di “boo” oleh para pendokong keadilan. Keadaan dapat dikawal , walaupun pihak FRU berkawal termasuk juga pihak PGA. Ito sempat mendendangkan sebuah lagu yang dikenali ramai iaitu “BEBAS". Ini adalah sebagi selingan sementara menunggu keputusan penamaan calon diumumkan.

Diatas kertas sebentar tadi jelas menunjukkan betapa BN tidak akan mendapat laluan mudah kerana ini merupakan salah satu kenapa pihak BN mengimport penyokong luar dengan berpuluh buah bas , namun masih gagal menyaingi kehebatan penyokong BA berbanding mereka. Pihak BA tidak mengimport dengan menggunakan bas bagi menyokong pencalonan calonnya . Apa yang anda kelihatan digambar yang disiarkan , jelas penyokong keADILan akan menggugat kubu tradisional BN di LUNAS. BA AKAN BERJAYA MENAWAN DUN LUNAS.

SELAMAT BERJUANG RAKAN-RAKAN BA.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.

Kirim email ke