Title: RE: H-Net* Shahrir Samad lagi...

Orang macam Shahrir ni kadang-kadang perlu jugak dalam Umno ni. Bukan apa,
kalau ada satu dua teguran dia tu at least masuklah juga sikit dalam hati
sanubari walaupun mungkin hanya segelintir kecil ahli Umno. Kalau nak harap
teguran dari pembangkang jangankan nak terima, nak dengar pun susah. Itulah
orang Umno. Diajar menerima apa shj. yang dimuntahkan pemimpin mereka. Apa
sahaja yang bercanggah dengan ucapan pemimpin mereka dianggap salah, walaupun
kekadang sesuatu tu memang dah jelas dalam Al-Quran dan hadis.

Well, berbalik kepada cerita Shahrir tak berani tegur dalam perjumpaan tertutup
mereka, pada saya ia bukanlah sesuatu yang baru. Sememangnya golongan manusia
Umno ni perkara yang paling mereka takuti (dari trend yang dapat diikuti) adalah
hilang jawatan (bagi yang ada jawatanlah), untuk memastikan jawatan tidak terlucut
ataupun menurun, perlulah overacting macam Rais Yatim ataupun Mid Man.
Bahkan memang kebanyakan dari kalangan yang ada sekarang adalah yang sewaktu dengan
mereka berdua ini. Kalau ada yang jenis suka menegur atau kurang taat-setia mungkin
akan mengikut langkah Afifuddin Omar atau yang sepertinya. Bayangkanlah Annuar Musa
yang sedikit masa dulu terkenal sebagai di antara panglima kesayanganpun boleh
terpelanting (mungkin kerana sedikit kesilapan), inikan pula bekas pembelot macam
Rais Yatim atau Shahrir Samad.

Pendekata, kalangan yang macam Shahrir Samad ni (yang kira beranilah jugak) pun
kalau berdepan susah nak tegur, apatah lagi yang lain. Kesimpulannya, kalau ada
yang kata mereka berjuang ataupun masih menyokong Umno kerana ingin membaiki dari
dalam, belajarlah dari sejarah. Sejarah tidak pernah berbohong. Kalau macam DSAI
yang dah ke tahap TPM tu pun dia boleh buat macam bola, kalau setakat baru ahli MT,
just forget it... Tapi tak tahulah, ada orang macam Fakhrul atau Al-Qubah masih
percaya bahawa mereka masih ada peluang. Mungkin mereka ni lebih powerful dari
ahli MT kut..Siapalah agaknya mereka ini ya....Anyway, mudah-mudahan sdr Fakhrul
dan kawan-kawan beliau berjaya dalam misi mereka....(untuk membaiki Umno dari dalam).

Secebis Coretan


-----Original Message-----
From: mystery man [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Tuesday, November 21, 2000 5:37 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Shahrir Samad lagi...



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila jgn terpedaya dgn Orang seperti Shahrir samad
ini. Beliau  hanya berani dgn article & laman web nya.
INi spt  satu sandiwara kononnya  UMNo mengamalkan
sikap terbuka dan menerima kritik,  Hakikatnya  dalam
mesyuarat tertutup antara majlis MT (termasuk Sharir)
yg di pengerusikan oleh Mahathir ternyata  Shahrir
diam menikus. Hatta semua MT pun membisu seribu bahasa
dan tidak ada yg berani menyakgkal Mahathir. Agaknya
Mahathir  ni pakai ilmu harimau belang kut ...



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mystery man <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke