*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Nak sambung sikit lagi mengenai topik ni.. 

ZAMAN DULU:  Dulu sekolah asrama penuh ada beberapa buah aje. Mana2
anak kampung yg dapat masuk, kembang-kempislah hidung kedua ibu-
bapa mereka. Kalau boleh ingin dihebohkan seluruh kampung.  Apa 
tidaknya, teramatlah susahnya nak dapat peluang macam tu.  Habis 
harta benda pun tak apa.  Mungkin pada masa itu anggapannya ialah; 
dengan masuk sekolah asrama penuh, cerahlah masa depan anak mereka.  
Mungkin ada benarnya. Tapi yang gagal pun ada juga.  Yang kena buang 
sekolah pun ada.
 
SUKA-DUKA: Saat paling gumbira ialah masa nak cuti.  Sebab dapat 
duit poket/biasiswa, dapat naik tren ramai2 walaupun berdiri kat 
tangga sepanjang perjalanan, dapat perli-gurau dengan rival schools 
yg kebetulan naik tren sama, dsbnya.  Kalau pasukan sekolah ada 
pertandingan diluar kawasan pula, berderetlah bas penyokong  yang 
bernyanyi sepanjang jalan (kalau menanglah).  Dikampung, orang 
kampung cukup hormat.  Saat paling tak gumbira pula, masa nak balik 
ke sekolah lepas cuti dan masa tak dapat balik raya.   

ANTARA YG BAIK:  Makmal2 sains cukup lengkap. Guru2 pun boleh
dikatakan bagus2, tapi ada juga yang slack.         
  
ANTARA YG TAK BAIK:  Adanya kes2 homosex/lesbian sampai panjat 
asrama waktu malam, bergeng2, dll.  

KENANGAN MENGUSIK JIWA: Makan nasi kawah tiap2 hari dan kualiti
bahan makanannya kekadang tu teramatlah teruk - kadang2 dalam sayur
ada katak, gulai ikan busuk yang meloyakan, dsbnya. Duit dari 
kampung pulak sikit punya susah mau sampai.  Dapat RM15 sebulan pun
dah kira ok - almaklumlah, harga getah masa tu berapa sangat. Masa
tu mee maggi adalah antara makanan paling enak.
 
SEKARANG, rasanya semuanya dah tak relevant.  Dengan lebuhrayanya, 
dengan talipunnya, dengan duit senang dapatnya, dengan banyak sekolah
asrama-penuhnya, dengan internetnya, dsbnya.  
 
Dibawah di kirimkan semula terjemahan lirik dikir barat (kisah diri
tukang-karut) yang mungkin relevant tentang anak kampung yg tak dapat
masuk sekolah asrama-penuh, tapi berjaya masuk U.   (Kepada yang 
berfatwa dikir-barat ni satu benda lagha, harap ignore para berikut,
atau anggaplah ianya sebuah sajak).  Bandingkan, betapa untung2nya
anak2 zaman sekarang. Line yang paling best untuk di digest ialah 
last line tu - erti sebuah pengorbanan seorang bapa orang kampung.

(deleted)
> ambo lahir kedunia di serambi gelega buluh
> (lahir diserambi berlantai buluh)
> tinggal kandunge bonda dine hari awal subuh
> (meninggalkan kandungan bonda di dini hari awal subuh)
> ambo celik mato tengok ale ni lawa sungguh
> (celik mata, tengok alam indah sungguh)
> ambo pun besar dengan penuh kasih saye
> (dibesar dengan penuh kasih sayang)
> dale sebuah basal ddiri atas tanoh oghe
> (disebuah bangsal yang didirikan atas tanah orang)
> ayoh selalu tinggal gi pagi kelik male
> (ayah selalu pergi pagi balik malam)
> kerja cari samah serial nak bui ambo make
> (kerja cari 50 sen, seringgit nak bagi anak makan)
> umor 7 tahun ambo pun ngaji sekoloh
> (berumur 7 tahun pergi sekolah)
> anok murid 3 butir kapung pakat duduk satu derjah
> (anak2 dari 3 kampung ditempatkan dalam 1 bilik darjah)
> cikgu2 sanjung kato hati ambo ceroh
> (cikgu sanjung, kata mereka budak ni pandai)
> tolok kali bagi capur ambo conggok jawab mudoh
> (tolak dharab bahagi campur, di conggak mudah)
> naik tikakte sekoloh menengoh tok janggut
> (masuk sekolah menengah tok janggut)
> malu tu gak kokghe baju carik seluar buruk
> (betapa malunya, baju koyak seluar buruk)
> keno bayar yure tambe bas ngan beli bok
> (kena bayar yuran, tambang bas, dan beli buku)
> ayoh pakso jual aye hok dia saye dale perukok
> (ayah terpaksa jual ayam yang dia sayang dari reban)
> perikso spm ambo buleh grade 1
> (spm dapat grade 1)
> naik tikakte 6 keno pindoh sekoloh baru
> (masuk tingkatan 6, pindah sekolah baru)
> di sekoloh menengoh kamil hati ambo bertamboh sayu
> (di sekolah menengah kamil, hati bertambah sayu)
> saing sekelah oghe sene2 nok masuk dekat ambo raso malu
> (kawan2 sekelas orang kaya2, nak dekat pun rasa malu)
> bose ko drebar bas duk minta pitih hari2
> (oleh kerana bosan dengan driver bas yang hari2 minta duit)
> doh tambe hok bule lepah ngan bule ni tok bayar lagi
> (sebab tambang bulan lepas dengan bulan ini belum bayar lagi)
> bokali ambo ni hagah hai tok pade gak dengan body
> (mungkinkah sebab gedebe/samseng walaupun tak sepadan dengan tubuh)
> ambo lompat turun bas galah beg berjale kaki
> (lompat turun dari bas, pikul beg berjalan kaki)
> dari kapung changgal ke sekoloh menengoh kamil
> (dari rumah ke sekolah menengah kamil)
> sikit jjale banyok berungga ngan air mato berline2
> (sedikit berjalan, banyak berlari, sambil air mata berlinangan)
> hari2 lapar jaghe benar hari kenye
> (hari2 lapar, jarang benar hari2 kenyang)
> pitih pokek seminggu serial pado  wak bbeli baik ambo sipe
> (duit pokek seminggu seringgit, daripada berbelanja baik simpan)
> hari sekoloh umum keputuse stp
> (dihari sekolah mengumumkan keputusan stp)
> saing2 mari keghumu dok pakat cuit dok pakat puji
> (kawan2 menggerumuni, mengusik2 dan memuji2)
> bele2 senyum ambo tanyo bakpo gak ni
> (sambil senyum, bertanya apa pasal ni?)
> saing kato hebatnyo mu keputuse mu tinggi sekali
> (kawan2 kata, hebatnya kamu, keputusan tinggi sekali)
> puah ayoh mmikir nok cari seribu rial
> (puas ayah pikir, nak cari seribu ringgit)
> doh ambo keno panggil masuk mengaji di U malaya
> (kerana anak dapat masuk U malaya)
> kobek habih cukil bawoh tuku cceloh bantal
> (selongkar habis, cari bawah lesung, dicelah bantal)
> jale yang terakhir tanoh sebuchu tu ayoh jual
> (jalan terakhir, ayah jual tanah sepenjuru tu)
> ambo tinggal kapong denga beline air mato
> (meninggalkan kampung dengan linangan air mata)
> sapa Kuala lupur takdok worih sedaro maro
> (sampai di KL, tiada waris tiada saudara mara)
> denga baju sela-sepunggung daftar u tahun pertamo
> (dengan baju sehelai sepinggang, daftar U tahun pertama)
> india cina pakat likung kato budak darat mari mmano
> (pelajar india cina mengelilingi hairan - budak dari hulu mana ni?)
> ambo masuk U ayoh pindoh kegua muse
> (lepas masuk U, ayah pindah ke gua musang)
> ambo mengadap buku ayoh menebah tanoh hute
> (anak mengadap buku, ayah menebas tanah hutan)
> sedih bercampur sayu ingat kayoh ambo soghe
> (sedih bercampur sayu, teringatkan ayah seorang)
> lo ni ambo gaji beribu nok balah jaso ayoh tok pade
> (sekarang gaji beribu, nak balas jasa ayah masih tak padan)

Sekian

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke