*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Jadi sekarang syeikh ahc mengatakan bahawa Allah tidak 
>mengiktiraf iman Dr.Mahathir lah???

Sila baca semula ayat:

"Dan kalau Kami kehendaki, sesungguhnya kami tinggikan (darjat)-
nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia
dan menurut hawa nafsunya.."(Al-A'raf 7:176)

Ayat Al-A'raf 7:176, adalah contoh ayat yang mana Allah tidak
menentukan siapa orang yang dimaksudkan. Semua ayat-ayat
Al-Qur'an adalah untuk kita renungkan dan ia bukan sesuai
untuk manusia di zaman Nabi sahaja. Apabila dikisahkan tentang
Fir'aun, jangan kita fikir itu sekadar cerita tentang raja
yang zalim. Mana-mana pemerintah zalim sekalipun di zaman 
moden ini adalah seperti Fir'aun. Begitu juga sebutan tentang
Abu Lahab, Haman, Nimrud, Samiri, dan dsbnya adalah watak-watak
yang dirakamkan dalam Al-Qur'an sebagai orang-orang yang 
berkuasa lagi angkuh. Pokoknya, ialah minda mereka yang
menentang ajaran-ajaran Allah. Di zaman ini memang terdapat
Fir'aun moden, Abu Lahab moden, Haman moden, dan Samiri moden.

Sebagai contoh, Samiri adalah penyebar ajaran sesat. Dia
memang hidup sebagai umat Nabi Musa, telah menyaksiakan
banyak mukjizat yang sepatutnya dia sudah yakin 100% ajaran
Nabi Musa adalah benar, tetapi dia cuba mencari pengaruh
"politik" ketika Nabi Musa tidak ada bersama kaum Bani Israil.
Dia berceramah begitu petah sekali sehingga ramai dari umat
Bani Israil menjadi pengikutnya.

Haman pula adalah pakar rujuk kepada Fir'aun berkenaan dengan
hal keugamaan. Dia berpangkat menteri dan seorang pengampu.
Ketika Fir'aun mengarah dia membuat satu bangunan tinggi untuk
mempersenda Nabi Musa kononnya Fir'aun mahu melihat Tuhan
yang dikatakan oleh Nabi Musa, maka Hamanlah manusia yang
tunjuk taat setia kepada perintah Fir'aun:

Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku akan mengetahui
tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah
liat, kemudian buatlah untukku bangunan yang tinggi supaya
aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku
benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang pendusta."
(Al-Qasas 28:38)

Sebenar Fir'aun bukan mahu melihat Tuhan, dia berkata mahu
melihat Tuhan Musa sebagai mempersenda ajaran-ajaran Nabi
Musa. Fir'aun tidak percaya kepada Allah, dan perbuatannya
menyuruh Haman membina satu bangunan yang tinggi adalah
untuk memperolok-olok SUPAYA NABI MUSA MERASA SAKIT HATI
mendengar kata-kata Fir'aun itu. Memang, jika Fir'aun membina
bangunan tinggi itu sekalipun, dia tidak akan melihat Tuhan.
Cuma jiwa busuk manusia macam Fir'aun itu sentiasa mencari
jalan menyakitkan hati orang-orang beriman.

Ayat Al-Qasas 28:38 memberi pengajaran kepada kita begitulah
jiwa seorang pemimpin yang keji dan zalim. Kenapa Allah
menyebut nama Haman dalam ayat tersebut? Ini kerana ramai
manusia yang gilakan pangkat dan dunia suka menjadi pengampu.
Fir'aun memang jahat, yang kuat menjilat punggung Fir'aun
turut juga jahat. Bagi Haman, dia percaya dengan membina
bangunan yang tinggi adalah perbuatan sia-sia, tetapi sebagai
seorang "yes-man" kepada Fir'aun, dia akan buat bangunan itu
sebagai tanda tunjuk setia kepada bossnya.

Perhatikan dalam ayat tersebut terdapat kata-kata "bakarlah
hai Haman untukku tanah liat". Ini menunjukkan kerja 
membakar tanah liat adalah satu pekerjaan yang berat. Bagi
orang macam Haman, dia akan berbuat apa sahaja untuk memuaskan
hati bossnya.

Janganlah dibaca Al-Qur'an sebagai buku cerita. Dalam
cerita-cerita yang disebut dalam Al-Qur'an adalah mesej
dan iktibar untuk umat manusia. Tak perlu manjadikan suratkahbar
sebagai panduan dan bahan rujukan. Ambillah Al-Qur'an dan 
renunglah sedalam-dalam pengajaran-pengajaran yang terselit
dalam kisah-kisah orang zaman dahulu.

Apabila Al-Quran banyak menyebut tentang orang-orang munafik,
perhatikan apakah tanda-tanda kemunafikan itu. Ada beberapa
orang sahabat Nabi mengambil berat tentang ayat-ayat berkenaan
orang munafik. Bahkan mereka meminta orang lain supaya melihat
adakah pada diri-diri mereka tanda-tanda kemunafikan. Ini
kerana mereka mahu membaiki diri mereka takut-takut ada tanda
munafik. Memang suratkhabar Berita Harian dan Utusan Malaysia
adalah kerja-kerja orang munafik. 

Ketika perhimpunan 100,000 orang penyokong BA diadakah, akhbar
melaporkan hanya sekitar 1000 orang sahaja yang hadir. Cakap
bohong adalah salah satu tanda munafik.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke