*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A§§alamu'alaikum

meh kita pakat2 baca cerita lawak dlm UM ari nih...nasib baik kat tadika budak
takde pilihanraya...kalau ada mau ada lagi yg buat "surat pembaca" cam ni
dalam UM

MPP dikuasai pelajar mirip pembangkang
Saudara Pengarang,
PADA 22 November lalu, Dewan Cancelor Tun Razak UKM (Dectar) bergema dengan
laungan Allahu Akhbar.

Bukan pada malam itu sahaja, seminggu sebelum itu pun laungan itu telah
bergema.

Tetapi sayangnya ia bukan dimanifestasikan untuk meraikan kejayaan pelajar
mendapat gred pertama dalam hadiah pendidikan, tetapi kerana meraikan kejayaan
golongan pelajar yang digelar Islam Penyelamat Ummah (IPU) menguasai Persatuan
Mahasiswa UKM (PMUKM).

Kini bukan sahaja di UKM, golongan yang sinonim dengan parti pembangkang ini
telah menguasai UM dan UPM.

Senario ini turut melanda UUM yang dahulunya dikuasai oleh pemimpin yang
prokerajaan, kini jelas dan nyata Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dikuasai
oleh golongan pelajar yang mirip pembangkang.

Kita turut merasa pelik adakah Timbalan Naib Canselor (TNC) dan dekan-dekan
dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) tidak menyedari atau sengaja melelapkan
mata melihat perkara tersebut?

Tentu pelik, dalam saat pentadbiran UKM menekankan supaya jangan wujud
pertandingan berkumpulan, pelajar-pelajar yang taksub ini membuat provokasi
yang keterlaluan, menggantungkan sepanduk dan bendera yang jelas tertera nama
parti salah satu kumpulan yang bertanding.

Bahkan, pada satu ketika, mahasiswi golongan ini begitu berani mendekati
kelompok pelajar yang prokerajaan yang menggelarkan diri mereka Tindakan Siswa
Bersatu (TSB) dan mengibarkan bendera mereka sehingga hampir-hampir
mencetuskan pergaduhan. Syukurlah pihak keselamatan begitu cepat bertindak.

Berbalik kepada soal pilihan raya yang baru berlalu itu, kita berasa cukup
takut kerana golongan IPU ini telah memenangi kesemua 57 kerusi MPP yang
dipertandingkan.

Meskipun jumlah pelajar yang keluar mengundi hanya kira-kira 55 peratus
sahaja, ia menunjukkan satu fenomena yang menggerunkan jika sesuatu tidak
diambil kira oleh kerajaan.

Lebih malang lagi pelajar-pelajar yang menjadi ROTU (Royal Officer Training
Unit) secara terang-terang menyokong puak ini. Golongan yang bakal menjadi
Pegawai Muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini begitu berani memakai pakaian
celoreng dan seragam askar semasa di Dectar.

Saya percaya gejala tidak sihat ini bukan hanya berlaku di UKM, malahan di
IPTA lain juga.

Saya memberi pandangan ini kerana UKM yang dilahirkan dari semangat kebangsaan
orang-orang Melayu yang mahukan ada universiti sendiri yang mendaulatkan
bahasa kebangsaan/Melayu, akhirnya diisi oleh pelajar-pelajar yang
pro-pembangkang. Di manakah silapnya pentadbiran UKM hari ini?

Saya sendiri selaku bekas pelajar UKM, berasa begitu cukup terhina dan meluat
dengan gelagat golongan pelajar yang berimej sedemikan.

Saya percaya mahasiswa ini telah tidak dapat berfikiran secara waras seperti
yang dikehendaki oleh ajaran Islam sebenar. Adakah anak-anak Melayu kita telah
lupa dengan sejarah penubuhan UKM?

Saya juga turut terharu kerana masih ada lagi pelajar yang menyokong kerajaan
di UKM. Tetapi cukup malang, mereka gagal menarik jumlah undi yang menyakinkan
untuk membolehkan mereka membentuk Kerajaan PMUKM. Lebih malang lagi
pentadbiran UKM gagal mengerah para pelajar keluar mengundi. Daripada
kira-kira 16,900 orang pelajar, hanya kira-kira 9,000 pelajar sahaja keluar
mengundi. Adakah pelajar terlalu sibuk sehingga lupa tangung jawab mereka
memilih wakil untuk mewakili mereka?

Kini hanya UiTM sahajalah yang berjaya membentuk pemimpin pelajar yang
mendukung kerajaan. Kita harus memberikan tahniah kerana UiTM masih mampu
mempertahankan institusi mereka daripada dikuasai oleh pembangkang.

Oleh itu Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan harus membuat pendedahan
menyeluruh terhadap semua IPTA, dari Naib Canselor, Timbalan Naib-Naib
Canselor, pegawai-pegawai terutamanya HEP sehinggalah pengetua asrama dan
fellow-fellow.

Pastikan mereka di IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) mendukung dasar
kerajaan atau diberhentikan. - BEKAS MPP, UKM, Bangi.

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: budak <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to