*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum.,

Inilah bukti keangkuhan dan keperasanan rejim Mahathir.
Dia buat sesuka hati kepada DS Anwar. Macamlah rakyat merestui tindakan 
mereka. Tak sedar diri. Bukankah mereka tahu lebih 60% orang Melayu sudah 
benci mereka? Sekarang orang Cina pula mulai membenci mereka.

Lunas membuktikan rejim Mahathir sememangnya perasan. Perasan konon orang 
Melayu masih berdiri teguh di belakang mereka. Perasan konon orang Cina 
masih teguh di belakang mereka.

Memang perasan. Pilihanraya 99 membuktikan Melayu (60% lebih) sudah tolak 
UMNO. Namun, Rejim Mahathir masih perasan dan syok sendiri konon mereka 
masih sebuah parti yang disokong penduduk majoriti Melayu. Piirah... Semakin 
dia perasan, semakin rakyat meluat dan nak muntah.

InsyaAllah, Lunas bukanlah noktah. Tapi Lunas hanyalah titik permulaan 
perubahan masyarakat Cina pula dalam gerakan menolak BN!! InsyaAllah.

Tinggal lagi masyarakat India sahaja yang masih di belakang BN dengan 
teguhnya. Kita tunggu pula lawak2 nyayok Mahathir yang akan mengguris pula 
hati kaum India. Kemudian kaum Iban. Kemudian Kaum Kadazan. Lepas tu, 
bertambah-tambahlah keperasanan Rejim Mahathir.

PERASAN!!!

Wassalam.


>From: Adzman <[EMAIL PROTECTED]>
>To: hizb <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* ANWAR MOGOK LAPAR
>Date: Wed, 29 Nov 2000 22:30:28 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Bayangkan, kita buka puasa dengan ABC, kuih, kurma dan lauk-pauk 
>sedap-sedap
>bersama-sama keluarga tetapi beliau merengkuk kesakitan dan dinafikan
>segala-gala yang kita kecapi dibulan ramadhan ini!
>
>Inikah penguasa yang adil dan selalu bersifat IHSAN kepada rakyat???
>
>
>Anwar enggan makan sejak Isnin
>Oleh Zunar
>
>KUALA LUMPUR, 29 (Hrkh) - Anwar Ibrahim yang kini dirawat di Hospital Kuala
>Lumpur ( HKL ) kerana sakit belakang enggan makan sebarang makanan sejak
>Isnin lalu.
>
>Beliau hanya berbuka puasa dengan meneguk air dan itu sajalah yang menjadi
>hidangan beliau sepanjang hari. Beliau juga enggan menerima sebarang 
>rawatan
>dan ubat yang dibekalkan oleh pihak HKL.
>
>Langkah ini diambil sebagai protes kepada peraturan kerajaan yang 
>menghalang
>keluarganya untuk melawat beliau di hospital berkenaan walaupun ketika 
>waktu
>lawatan. Anwar dimasukkan ke HKL sejak seminggu lalu dan kedaan beliau
>dilaporkan agak serius dan diletakkan di atas kerusi roda.
>
>Sumber-sumber yang rapat dengan Anwar memberitahu bahawa Anwar sangat
>merindui keluarganya. "Anwar akan terus mengambil tindakan enggan makan dan
>memulau sebarang rawatan dan ubat hospital sehingga keluarganya dibenarkan
>menziarahi beliau" kata sumber itu.
>
>Langkah kerajaan menghalang keluarga Anwar melawat beliau mendapat bantahan
>banyak pihak. Semalam, Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Noor menggesa orang
>ramai supaya menunjukkanm bantahan dengan beramai-ramai berbuka puasa dan
>bertarawih di kaki lima wad peasakit HKL jumaat ini.
>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Adzman <[EMAIL PROTECTED]>

_____________________________________________________________________________________
Get more from the Web.  FREE MSN Explorer download : http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to