*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini 
iaitu:  
   
 
  Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi 
kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga 
kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah 
berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. 
Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak 
Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan 
memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah 
kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke 
hati.  
 
 
   
 
  Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit 
dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di 
akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia 
juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia 
hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan 
Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik 
ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak 
penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah 
rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah 
menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham 
akhirat.  
 
 
   
 
  Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. 
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan 
bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian 
kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan 
yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu 
hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak 
usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan 
ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina 
Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke 
akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan 
bergelumang dengan dosa?  
 
 
   
 
  Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.  Syaitan memang sentiasa hendak 
memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya 
sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada 
kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, 
kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita 
terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu 
penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan 
pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga 
diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak 
akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah 
kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita 
kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada!
!
 pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. 
Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya 
mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan 
kebaikan itu.  
 
 
   
 
  Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. 
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita 
menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban 
orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata 
orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. 
Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat 
memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul 
sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk 
jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke 
arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk 
daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya 
keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak !
!
rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan 
sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada 
banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan 
kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan 
cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap 
untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.  
 
 
-- 
Wassalam 
 
 
Get FREE Email/Voicemail with 15MB at Lycos Communications at http://comm.lycos.com 
 


____________________________________________________________
Powered by Fastmail from http://www.isys.com.my


--------- End Forwarded Message ---------



Get FREE Email/Voicemail with 15MB at Lycos Communications at http://comm.lycos.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "LINDA" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke