*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ salam~ Apasal banyak sangat khabar angin mengenai kematian ADUN atau pun MP yg sedang bertiup kencang sekarang ini? Selain daripada khabar angin kematian ADUN Bandar Kulim seperti yg tersiar di Laman Reformasi di bawah ini dan selain daripada berita mengenai Tun Ghafar yg dikatakan orang cuma boleh bergerak dengan bantuan kerusi roda sahaja; di sebelah utara sana pula ada orang dok heboh dengan kematian seorang ADUN Melayu dari kaw sekitar Padang Terap. Entah betul entah tidak, wallah hu aklam. p.s: mungkin orang dok harap dengan kematian ADUN & MP ini akan memungkinkan mereka mendapat jalar tar berturap baru atau pun dapat new traffic lites macam kat pekan Lunas sana nu.... ============================================== Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi Kulim 3 Dis 2000 Belum pun habis isu pilihanraya kecil Dun Lunas, kini heboh lagi mengenai kematian YB Bandar Kulim. Desas desus sejak semalam mengenai kematian beliau menghantui seluruh negara. Menurut maklumat yang diterima bahawa YB Yong dikatakan menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 5.00 petang semalam. Wartawan Mahazalim telah sempat menelefon beberapa buah hospital di sekitar Pulau Pinang, namun belum mendapat sebarang jawapan yang memuaskan dari pihak hospital yang dihubungi, ada yang menyatakan terlalu banyak panggilan bertanyakan hal tersebut dan ada yang tidak menjawab dengan memuaskan . Dimanakah hilangnya YB berkenaan ? Dimanakah beliau mendapatkan rawatan ? Sebenarnya , desas desus mengenai kematian beliau berpunca sejak 2 minggu lepas diketika hebatnya kempen pilihanraya Lunas . Dari sumber-sumber yang dipercayai, mengesahkan bahawa beliau diserang stroke dan dalam keadaan koma.Desas desus semakin kencang bertiup apabila sehingga kini belum ada sebarang reaksi dari mana-mana komponen parti Barisan Nasional. Malahan apa yang menjadikan masyarakat tertanya-tanya ialah kenapakah keluarga beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar atau Perdana Menteri atau pun Menteri besar Kedah sendiri yang boleh menghilangkan keresahan masyarakat Malaysia umumnya.Tunggulah berita selanjutnya berkenaan YB ini. Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>